Selasa, 6 Oktober 2020
20
EKPRESI KEMANUSIAAN
MELALUI LUKISAN PADA KOT
KOTA PANAMA
– Artis Genaro
Rodriguez
begitu
terharu
setelah
ditugaskan
untuk
mengubah kot putih doktor
COVID 19 menjadi karya seni
sehingga dia menyamakan
pengalaman itu dengan melu-
kis pakaian adiwira.
Rodriguez merupakan salah
seorang daripada 22 seniman
Panama yang diminta untuk
mengubah kot makmal peker-
ja kesihatan barisan hadapan
menjadi karya seni yang siap
untuk dilelong bagi mengum-
pulkan wang untuk peralatan
antivirus di negara Amerika
Tengah.
Dengan menggunakan cat
akrilik, Rodriquez mengolah
corak geometri dengan warna
yang terang pada pakaian
berwarna putih.
“Dalam karya saya, saya
menggunakan banyak warna
kelabu, tetapi di sini sayameng-
gunakan warna putih yang su-
dah ada pada kot, kerana bagi
saya ia membawa makna hara-
pan,” katanya kepada media di
Kota Panama.
Masing-masing dari dua
dozen kot dalam koleksi itu
mempunyai label nama dok-
tornya, yang merupakan seba-
hagian daripada karya akhir.
Kot makmal yang dicat oleh
Rodriguez adalah milik Fulvia
Vergara, ketua jabatan rawatan
rapi di hospital awam Santo
Tomas di bandar ini.
Melihatnya
pada
pan-
dangan, Vergara mengakui
merasa terharu melihat kotnya
berubah. “Bagi seorang doktor,
ia seperti jubah yang menge-
nal pasti dan melindungi pada
masa yang sama,” katanya.
Seni sebagai ingatan
Di ibu kota daerah Cangrejo,
artisRoloDeSedasmempelajari
kot yang diberikan, kini dicat
dengan warna hijau dan
menampilkan seorang wanita
yang diilhami oleh cerita rakyat
Panama.
De Sedas mengatakan ba-
hawa mengusahakan pakaian
itu secara ringkas memberi
gambaran bagaimana kehidu-
pan doktor yang memiliki-
nya, berlari menyusuri koridor
hospital untuk menguruskan
mangsa virus.
“Tiada satu pun objek yang
pernah saya kerjakan sebelum-
nya memiliki makna atau ke-
hidupan yang begitu banyak,”
kata De Sedas.
Sebanyak 24 kot akan dile-
long kepada pembida tertinggi,
menampilkan pemandangan,
binatang, bentuk geometri,
virus khayalan dan mata anak
yang sedih. Terdapat juga
pakaian dengan gambar nyata
yang membangkitkan budaya
Asia atau karya nyata Sepanyol
Salvador Dali.
“Apa yang saya mahukan
terhadap semua adalah mem-
beri penghormatan kepada
para doktor yang menjadi pah-
lawan wabak ini,” kata artis
Olga Sinclair.
“Seni memiliki kualiti untuk
menghiasi keadaanapapundan
karya-karya ini akan menjadi
bukti kesetiaan, perpaduan dan
keindahan,” tambahnya lagi.
‘Sarat dengan kemanusiaan’
Panama mempunyai jumlah
jangkitan COVID 19 tertinggi di
Amerika Tengah, dengan lebih
111,000 kes dan lebih 2,300
kematian.
Lelong diadakan dari 1
hingga 4 Oktober, dan pihak
penganjurmengatakan bahawa
hasilnya akan digunakan untuk
membeli peralatan bagi pusat
kesihatan.
“Merekasangatmemerlukan
bantuan, bukan sahaja bekalan
perubatan untuk COVID tetapi
juga peralatan,” kata Ricardo
Gago, presiden Kelab Rotary
Panama, yang menganjurkan
lelongan.
Harga pembukaan untuk
setiap karya adalah AS$1,000,
walaupun pihak penganjur
percaya bahawa tawaran akan
meningkat lebih tinggi, dan
mengharapkan kenaikan lebih
dari AS$24,000 untuk 24 kot.
“Setiap kot ini adalah sehelai
kain yang penuh dengan
kemanusiaan,” kata pelukis dan
pengukir Eduardo Navarro.
“Pandemikinitelahmembuat
kita melihat kehidupan dengan
cara yang berbeza.” – AFP
Pereka tempatan ikuti Minggu Fesyen ASPARA
XOIA dan Chantique, dua
jenama pereka tempatan akan
mempamerkan koleksi mereka
dalam Minggu Fesyen ASPARA
Spring-Summer 2021 pada 7
hingga 10 Oktober 2020 di
Khazakstan.
Musim ini, pertunjukan
tersebut akan diadakan di
wilayah Merke, Khazakstan
melalui siaran langsung dalam
talian yang akan disertai sera-
mai 60 pereka fesyen terkenal
dari 35 negara secara dalam
talian.
Pada kebiasaannya, per-
tunjukan fesyen antarabangsa
merupakan acara eksklusif
untuk para pembeli B2B dan
elit melihat dan mendapatkan
akses pertama pada koleksi
pereka baharu danmemilih edi-
si runway yang terhad. Namun,
selepas wabak global berlaku,
penstriman dan penyiaran da-
lam talian secara langsung
telah menjadi norma baharu,
yang membolehkan pereka fe-
syen menjangkau pangkalan
khalayak baharu dan lebih be-
sar. Ini juga akan menjadi pe-
luang bagi penduduk Brunei
untuk melihat reka bentuk ter-
baharu bukan hanya dari XOIA
dan Chantique, tetapi juga dari
pereka antarabangsa lain.
Dalam
acara
tersebut,
XOIA akan mempamerkan
sejumlah lapan set rekaan pak-
aian wanita terbaharu mereka,
sementara Chantique akan
mempamerkan 10 set rekaan
terbaharu termasuk pakaian
lelaki. Kedua-dua pereka mer-
upakan Duta Fesyen ASEAN
Fashion Designers Showcase,
rakan kongsi Minggu Fesyen
ASPARA.
Pereka fesyen Chantique,
Fadzil Hadin, seorang yang
tidak asing dalam penyertaan
minggu fesyen antarabangsa
mengatakan, “ini adalah kali
kedua saya menyertai Minggu
Fesyen ASPARA, ia memang
merupakan peluang yang be-
sar untuk menjual reka bentuk
kami kepada pembeli Eropah
dan antarabangsa yang lain.
“Ini bukan hanya peluang
yang baik bagi XOIA untuk
mempamerkan bakat dan
memantapkan lagi jenama
kami di platform antarabangsa,
tetapi ini juga akan memberi
lebih banyak kesedaran kepada
kreatif tempatan yang lain
dalam industri ini.”
Pereka fesyen dan pengarah
urusan XOIA, Atiqah Ismail,
menyatakan rasa bersyukur
dapat mengambil bahagian
dalam acara tersebut. Beliau
juga berharap agar masyarakat
di negara ini turut memberikan
sokongan kepada mereka.
Dua pereka tempatan, XOIA dan
Chantique akan mempamerkan
rekaan mereka di Minggu Fesyen
ASPARA di Khazakstan. - Gambar
serahan XOIA
Pekerja galeri menyusun kot-kot yang telah digubah. – AFP




