Previous Page  21 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 6 Oktober 2020

21

BERI KESELESAAN UNTUK ‘SI BULUS’

Oleh Amri HTZ

Memiliki haiwan peliharaan memerlukan

kita menyediakan makanan bersesuaian

dan tempat tinggal yang selesa untuk

mereka. Ini penting bagi mengelakkan

tekanan kepada haiwan peliharaan yang

dimiliki. Salah satu perkara yang penting

perlu diambil perhatian ialah tempat me-

letakkan makanan mereka. ‘Keselesaan’

ketika mereka menikmati makanan atau

minuman dapat ditingkatkan dengan

cara mereka tempat khusus untuk me-

letakkan bekas atau mangkuk makanan

yang diperbuat daripada kayu terpakai.

Sedia barangan

Bagi mereka tempat meletakkan

mangkuk makanan khusus ini, baran-

gan yang diperlukan ialah pita pen-

gukur, mesin pemotong kayu, mesin

ketam kayu, pengepit kayu, gam kayu,

alas plastik untuk meja, pahat kayu dan

wood wax

atau varnis.

Langkah yang perlu dilakukan

Pada projek ini, kayu terpakai akan

digunakan bagi memanfaatkannya se-

lain bagi mengurangkan kos pembua-

tan. Bagi memberikan keunikan kepada

rekaan, kayu berwarna gelap dan cerah

akan digunakan di mana apabila dican-

tumkan nanti, ia akan menghasilkan per-

mukaan kayu yang beraneka warna.

Langkah pertama adalah meratakan

kesemua kayu yang digunakan menjadi

satu ukuran menggunakan mesin pemo-

tong kayu. Ukuran kayu yang diperlukan

sebelum ia dicantumkan menjadi satu

bahagian ialah ½” x 1”. Namun ukuran

kayu yang didapatkan ini adalah tertak-

luk kepada ukuran kayu terpakai di mana

jika awda memilih untuk menggunakan

ukuran yang lebih tebal, ia juga akan

menjimatkan penggunaan gam kayu

nanti.

Untuk panjang setiap kayu, ia belum

dapat ditentukan disebabkan kesemua

kayu-kayu tersebut akan dicantumkan

dengan kedudukan tercampur yang ke-

mudiannya barulah proses pemotongan

dilakukan. Ukuran kasar panjang yang

diperlukan ialah 2.5 kaki. Jadi kayu yang

panjang lebih daripada ukuran kasar

tersebut bolehlah dipotongkan menjadi

lebih pendek.

Kesemua kayu yang telah dipotong-

kan dengan ukuran dinyatakan pada

langkah seterusnya akan dicantumkan

yang memerlukan awda untuk menyedi-

akan meja khusus beralaskan plastik di

mana proses percantuman akan meng-

hasilkan lelehan gam.

Permukaan depan dan belakang kayu

berukuran 1” akan disapukan menggu-

nakan gam kayu secara keseluruhannya.

Terlalu sedikit dalam menyapukan gam

pada permukaan kayu menjadikannya

berisiko untuk terpisah ketika diguna-

kan, jadi awda perlu ‘bermurah hati’ da-

lam penggunaan gam.

Bagi kayu yang tidak sama panjang,

ia hanya akan disambungkan dengan

cara menyusun atau meletakkan ba-

hagian hujungnya dengan kayu lain

bagi mendapatkan kepanjangan yang

diperlukan. Bagi memastikan bahagian

hujung setiap kayu yang akan dicantu-

mkan di antara satu dengan lain tidak

mempunyai rongga kosong, pastikan

bahagian hujung kayu yang akan disam-

bungkan mempunyai permukaan yang

rata. Gunakan mesin pemotong kayu

untuk mendapatkan permukaan yang

sempurna.

Bagi lebar kayu yang dicantumkan,

ini tertakluk kepada saiz mangkuk ma-

kanan yang digunakan. Pada projek ini,

lebar kayu lebih kurang 10” akan direka

sesuai dengan ukuran mangkuk yang

digunakan.

Keseluruhan permukaan kayu yang

telah disapukan gam akan dikepit meng-

gunakan pengepit kayu untuk mengeka-

lkan kedudukannya. Tertakluk kepada

jenis gam kayu yang digunakan, berikan

masa 24 jam bagi gam mengering se-

penuhnya sebelummeneruskan langkah

membersihkan keseluruhan permukaan

daripada lebihan gam yang mengering.

Permukaan kayu dengan lelehan

gam yang mengering perlu dibuangkan

terlebih dahulu sebelum proses mera-

takan permukaan kayu menggunakan

mesin ketam. Jika ia dilakukan tanpa

membuangkannya terlebih dahulu, ini

boleh memberikan risiko kepada mata

(blade) mesin ketam yang boleh mero-

sakkannya dan turut diketahui, kos un-

tuk menggantikannya dengan yang ba-

haru setentunya agak berharga. Untuk

itu, gunakan pahat kayu yang cukup

tajam bagi menyelesaikan permasala-

han tersebut.

Setelah dibersihkan, potongkan

kayu tersebut dengan panjang 30”

(18” permukaan atas dan 6” untuk se-

tiap kaki struktur pemegang makanan)

menggunakan mesin pemotong kayu.

Kayu yang telah dipotongkan tersebut

kemudiannya akan dipotongkan men-

jadi tiga bahagian di mana dua daripada

merupakan kaki kepada kayu pemegang

mangkuk makanan tersebut.

Apabila kayu tersebut telah dipo-

tongkan menjadi tiga bahagian, ke-

semua bahagian hujung kayu akan di-

potongkan dengan sudut 30 darjah.

Langkah pemotongan ini perlu diambil

perhatian di mana setiap bahagian hu-

jung kayu (untuk setiap satu bahagian)

akan dipotongkan dengan sudut yang

berlawanan (gambar).

Langkah seterusnya ialah menebuk

bahagian tengah permukaan kayu

menggunakan mata gerudi berdiameter

6”. Sebelum itu tandakan bahagian ten-

gah permukaan atas kayu menggunakan

pensel dan dari situ (telah permukaan

terbahagi kepada dua bahagian) akan

membolehkan awda mendapatkan lagi

bahagian tengah kedua-dua bahagian

yang telah ditandakan garisan tadi.

Lakukan proses penebukan dengan per-

lahan agar tidak merosakkan mata geru-

di mahupun permukaan kayu.

Dengan langkah penebukan telah

dilakukan, langkah seterusnya adalah

mencantumkan bahagian kaki kedua-

dua sudut hujung kayu. Menggunakan

teknik memasukkan pasak atau skru un-

tuk mencantumkannya, terlebih dahulu

permukaan cantuman perlu disapukan

dengan gam kayu agar cantuman lebih

kukuh.

Langkah terakhir ialah melindungi

permukaan kayu daripada kelemba-

pan terutamanya daripada air mela-

lui mangkuk minuman kucing awda.

Menggunakan

wood wax

atau varnis,

sapukan keseluruhan permukaan den-

gan dua hingga tiga lapisan agar ia cu-

kup tebal untuk menghalang kelemba-

pan daripada menyerap ke dalam kayu.

Akhirnya, setelah varnis mengering tiba

masanya untuk memberi makan kepada

‘sibulus’ kesayangan dengan tempat

makanan yang lebih selesa.

Prosesmenebuk lubang untuk ruangan bekas

makanan.

Sudut potongan kayu yang diperlukan sebelummencantumkan kesemua bahagian.

Keadaan kayu pelbagai jenis setelah dican-

tumkan menjadi satu yang kemudiannya

dipotongkan dengan ukuran yang diper-

lukan.

Lebihan gam perlu dibuangkan sebelum meneruskan langkah melindungi permukaan kayu

menggunakan

wood oil

atau varnis.

Langkah mencantumkan struktur kayu

menggunkan skru dari bahagian bawah.