22
Selasa, 6 Oktober 2020
MANCHESTER, 5OKT
– Ole Gunnar Solskjaer
melabelkan kekalahan semalam sebagai
memalukan selepas Manchester United
dibelasah 6 1 di halaman sendiri kepada
Tottenham, perasaan terburuk dalam 15 tahun
sepanjang beliau berada di kelab itu sebagai
pemain, jurulatih dan pengurus.
Anthony Martial yang dilayangkan kad
merahmemburukkan lagi keadaanbuat United
ketika Jose Mourinho menikmati mimpi indah
kembali ke Old Trafford sejak meninggalkan
kelab itu pada 2011.
Son Heung-min dan Harry Kane masing-
masing menjaringkan dua gol ketika Spurs
mengucar-kacirkan pertahanan United yang
goyah, bahkan sebelum Martial dilayangkan
kad merah setelah melakukan kekasaran
terhadap Erik Lamela.
Tanguy Ndombele dan Serge Aurier juga
menjadi sasaran untuk Tottenham, yang
mempamerkan aksi cemerlang dari minggu
ke minggu di kesemua empat perlawanan
mereka dalam lapan hari.
“Ia adalah perasaan yang mengerikan, hari
terburuk yang saya alami sebagai pengurus
dan pemain Manchester United,” kata
Solskjaer.
“Tempat ini tidak cukup bagus. Saya
mengaku. Ini keputusan saya untuk memilih
pasukan yang saya pilih. Juga sebagai skuad,
itu tidak cukup baik untuk Manchester
United.”
Dengan kekalahan itu akan menjadi
tumpuan kepada United menjelang tarikh
akhir musim perpindahan pada Isnin ini.
Penyerang Uruguay Edison Cavani
dilaporkan akan menyertai United, pasukan
Ole Gunnar Solskjaer sangat memerlukan
pemain baharu.
Mourinho, yang dipecat sebagai pengurus
United pada Disember 2018, menyatakan apa
yang disifatkannya sebagai hari bersejarah
bagi Tottenham.
“Ini adalah sejarah untuk Tottenham,
sejarah untuk pasukan saya dan saya tidak
dapat menaikannya juga sejarah bagi saya,”
kata pengurus Portugal itu.
“Orang boleh mengatakan bahawa anda
bermain menentang 10 orang untuk masa
yang lama. Itu benar, tetapi bagi saya juga
benar bahawa 11 lawan 11 kami bermain
dengan sangat baik,” katanya.
“Kami mencipta masalah besar kepada
United, kami menang 2 1 dan mereka tidak
dapat mencari jalan keluar untuk mengawal
kami.” – AFP
MADRID, 5 OKT
– Barcelona kehilangan
mata pertama mereka musim ini ketika Sevilla
berjaya mengikat Barca 1 1 di Stadium Camp
Nou sebagai saingan kuat merebut gelaran La
Liga musim ini.
Luuk de Jong menjaringkan gol
pendahuluan buat Sevilla dan Philippe
Coutinho berjaya menyamakan kedudukan
dua minit kemudian, di mana pasukan pelawat
boleh dikatakan sebagai pasukan yang lebih
baik dalam perlawanan yang sengit semalam.
Keputusan seri tersebut mengakhiri
permulaan sempurna buat pasukan Ronald
Koeman sebagai jurulatih Barca tetapi dia
tidak begitu senang dengan meraih satu
mata, walaupun pasukannya juga berpeluang
merebut kemenangan.
“Kami kurang bertenaga daripada dua
perlawananpertama tetapi itu jugabergantung
pada pasukan lawan,” kata Koeman.
SPURS BERPESTA GOL
DI OLD TRAFFORD
Reaksi pasukan Tottenham ketika meraikan jaringan gol ketiga semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris
menentangManchester United di StadiumOld Trafford, Manchester, England, kelmarin. – AP
Sevilla ikat Barca,
Madrid kukuh
di puncak liga
Aksi pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde
merebut boladenganLionelMessi ketikaperlawanan
LaLigaantaraFCBarcelonadanSevillaFCdi Stadium
Camp Nou, Barcelona, kelmarin. – AFP
Sementara itu, Real Madrid berada tiga
mata di atas Barcelona tetapi telah bermain
lebihbanyakperlawanan, setelahkemenangan
2 0 ke atas Levante pada awal pagi kelmarin
dan kini berada di tangga teratas.
Gol dari Vinicius Junior dan Karim
Benzema memberikan kemenangan buat
juara bertahan, yang kini telah memenangi
tiga perlawanan. - AFP
Gunners di landasan
yang tepat
Reaksi Nicolas Pepe (kanan) ketika
meraikan jaringan bersama rakan
sepasukannya, Pierre-Emerick Au-
bameyang pada perlawanan antara
Arsenal danShefieldUniteddi Stadi-
um Emirates, London, kelmarin. – AP
LONDON, 5 OKT
– Pemain
remaja Arsenal, Bukayo Saka,
meraikan panggilan pertamanya
dalam skuad England dengan
menjaringkan gol buat The
Gunners dalam kemenangan
2 1 menentang Shefield United
semalam.
Saka dimasukkan dalam
skuad Gareth Southgate ming-
gu ini untuk perlawanan antara-
bangsa England menentang
Wales, Belgium dan Denmark.
Pemain berusia 19 tahun
itu menandakan penglibatan
pertamanya di England dengan
membantu Arsenal dengan
jaringan gol pertamanya di
Stadium Emirates.
Nicolas Pepe turun dari
bangku
simpanan
untuk
menambah gol kedua buat
Arsenal di separuh masa kedua
perlawanan.
David McGoldrick men-
jaringkan gol pertama buat
Shefield United musim ini di
minit-minit akhir perlawanan,
tetapi sudah terlambat untuk
kembali bangkit selepas ke-
tinggalan dua gol.
Arsenal tidak berada di tahap
terbaik, tetapi Arteta mendor-
ong pemainnya tetap fokus dan
akhirnya menemui jalan untuk
memastikan kemenangan ketiga
di Liga Perdana Inggeris mereka
dalamempat perlawananmusim
ini. Ini adalah perlawanan yang
baik buat Arsenal dalam bebera-
pa tahun terakhir dan kemenan-
gan itu menandakan kemajuan
mereka sejak Arteta mengambil
alih tugas pada bulan Disember
lalu.
Pemenang Piala FA itu belum
kalah di halaman sendiri sejak
Februari lalu dan mereka ber-
tambah semakin baik, memberi-
kan harapan kepada mereka un-
tuk berada di kedudukan empat
teratas liga.
Pasukan Chris Wilder te-
lah tewas keempat-empat
perlawanan liga musim ini,
meninggalkan mereka di zon
penyingkiran hanya beberapa
minggu setelah berakhirnya
musim pertama mereka yang
mengagumkan.
Kekalahan tujuh perlawanan
berturut-turut yangmerangkumi
tiga perlawanan musim lalu
adalah aksi terburuk mereka
sejak 1975 76. – AFP
Pereira setuju pinjaman ke PSG
PARIS, 5 OKT
– Juara Perancis,
Paris Saint-Germain (PSG) hari
ini
mengumumkan
penan-
datanganan pemain pinjaman
Danilo Pereira dari Porto.
Pemain tengah berusia 29
tahun itu, yang telah beraksi
mewakili Portugal sebanyak
39 penampilan, telah menan-
datangani kontrak sehingga 30
Jun 2021, dengan pilihan untuk
membeli secara tetap.
Pereira
membuat
202
penampilan untuk Porto, men-
jaringkan 19 gol dan memenangi
liga Portugal dua kali pada 2018
dan 2020, gelaran Supercup
Portugis pada 2018 dan Piala
Liga pada 2020.
“Ini cabaran baharu bagi
saya, dan menjadi sebahagian
daripada Paris Saint-Germain
sesuai dengan cita-cita saya,”
kata Pereira. - AFP




