Selasa, 6 Oktober 2020
23
WELLINGTON, 5 OKT –
Penonton
akan dibenarkan menyaksikan ke-
johanan ragbi Piala Bledisloe kedua
antara All Blacks andWallabies di Eden
Park setelah keputusan kerajaan un-
tuk melonggarkan sekatan COVID19
di Auckland, kata Ragbi New Zealand
hari ini.
Perlawanan pada 18 Oktober akan
dimainkan di belakang pintu tertutup
sehingga Perdana Menteri Jacinda
Ardern mengumumkan had perkum-
pulan ramai di Auckland akan ditarik
semula minggu ini, menjadikan kota
itu sejajar dengan seluruh bandar di
New Zealand.
Ragbi New Zealand menyambut
baik langkah itu, yang bermaksud
organisasi yang berdepan masalah ke-
wangan itu akan mengadakan kedua-
dua kejohanan Bledisloe pertama di
Wellington pada 11 Oktober dan yang
kedua di Auckland seminggu kemudi-
an dengan tempat yang penuh sesak.
Ketua ragbi profesional NZR, Chris
Lendrum berkata, peminat Auckland
telah merindukan menonton ragbi elit
semasa sekatan itu berlaku.
“Ini adalah berita positif bahawa
mereka akan dapat menikmati per-
lawanan ragbi,” katanya dalam satu
kenyataan. Sekatan tetap dilaksana di
Auckland lebih lama daripada negara
lain kerana bandar itu sebelum ini di-
landa gelombang kedua, yang kini te-
lah berjaya dibendung. – AFP
KUALA LUMPUR, 5 OKT –
Tiga
puluh pemain sedang mengintai
peluang mewakili negara untuk
Sukan SEA ke-31 di Vietnam,
tahun depan berikutan barisan
kejurulatihan masih menilai
prestasi mereka dalam bebera-
pa kejohanan yang sedang ber-
langsung ketika ini, termasuk
Liga Sepak Takraw (STL).
Presiden Persatuan Sepak
Takraw Malaysia (PSM) Datuk
Seri Ahmad Ismail berkata 30
pemain itu dibahagikan kepada
lima kategori, dan dinilai dari
semasa ke semasa berdasarkan
pelbagai kriteria ditetapkan ba-
dan induk itu, termasuk melepa-
si ujian Institut Sukan Negara
(ISN).
“Pada pandangan saya, pe-
main muda yang kita ada ke-
tika ini tidak jauh beza prestasi
dengan pemain senior, dan saya
tidak terkejut jika ada satu regu
muda pergi ke Sukan SEA.
“Saya yakin apa kita lakukan
sejak beberapa tahun lepas ber-
jaya dan tahun ini kita perkemas-
kan kriteria sedia ada,” katanya
dalam temu bual eksklusif ber-
sama
Bernama
di pejabatnya,
baru-baru ini. – Bernama
GARCIA JUARA PGA
SANDERSON FARMS
Sergio Garcia dari Sepanyol memenangi Kejohanan Sanderson Farms di Jackson, Mississippi,
kelmarin. – AFP
WASHINGTON, 5 OKT
– Sergio Garcia
membuat pukulan
birdie
di lubang
ke-72 untuk memenangi Kejohanan
Sanderson Farms semalam, dengan
merebut gelaran pertama PGA AS sejak
memenangi gelaran Masters 2017.
Pemain Sepanyol berusia 40 tahun
itu mengatakan “Cukup manis,” sambil
senyum dan meraikan kemenangannya.
“Hebat. Tentunya saya telah banyak
bekerja keras.”
Garcia membuat pukulan di par 67
untukmenamatkan 72 lubang di Country
Club of Jackson, Mississippi.
Sementara kelebihan Malnati, yang
berada dalam kelab mendahului selama
dua jam dengan pukulan
stroke
.
“Permainan ini adalah impian saya,”
kata Malnati.
“Saya dapat melakukannya setiap
hari. Ia sukar. Untuk menjalani hari
seperti hari ini, apa yang saya lakukan di
luar sana, terasa hebat. Saya rasa saya
memenangi kejohanan.”
Garcia mendedikasikan kemenangan
itu kepada bapanya, Victor Garcia, yang
telah melihat dua orang abangnya
meninggal dunia akibat COVID19.
“Itu sukar, saya kehilangan dua orang
bapa saudara saya kerana COVID19. Ini
sukar bagi ayah saya. Tetapi yang ini
adalah untuknya.”
Garcia, yang memenangi gelaran
pertama PGA AS sebagai ayah, telah
memenangi tiga kali dalam Jelajah
Eropah sejak merangkul jaket hijau
tetapi hanya berada di kedudukan ke-51
di dunia.
“Tetap percaya, terus bekerja
keras dan terus ber¡ikir secara
rasional,” kata Garcia mengenai kunci
kemenangannya.
“Saya juga dapat menemui beberapa
perkara dengan lebih jelas dan ia
membantu saya.”
Malnati memenangi satu-satunya
gelaran PGA di Sanderson Farms pada
2015, tetapi dia hanya berjayamerangkul
kedudukan tiga teratas PGA sejak itu.
– AFP
30 pemain
intai peluang
Sukan Sea
Vietnam
Kvitovamara ke sukuTerbuka
Perancis selepas lapan tahun
Aksi Petra Kvitova dari Republik Czech memukul bola kepada Zhang Shuai dari China semasa
perlawanan tenispusingankeempat TerbukaPerancis TheRolandGarros 2020di Paris semalam.
– AFP
PARIS, 5 OKT –
Petra Kvitova kembali
ke suku akhir Terbuka Perancis untuk
pertama kalinya dalam lapan tahun
hari ini sementara Novak Djokovic
meneruskan usaha untuk menjadi orang
pertama dalam setengah abad yang
memenangi keempat-empat gelaran
Grand Slam sebanyak dua kali.
Juara Wimbledon dua kali, Kvitova
marakesukuakhirdi RolandGarrosuntuk
kali kedua. Terakhir kali penampilan
terbaiknya di Paris ketika dia mara ke
separuh akhir pada tahun 2012.
Pemain pilihan ketujuh, Kvitova, yang
terlepas kejohanan tahun lalu kerana
kecederaan
lengan,
mengalahkan
pemain China, Zhang Shuai 62, 64 dan
seterusnya akan menentang pemain
veteran Jerman, Laura Siegemund.
“Ini benar-benar sukar. Sudah pasti
sukar,” kata Kvitova, yang akan kembali
ke-10 teratas berikutan penampilannya
di Paris.
“Dia bermain dengan sangat baik dan
bermain dengan sangat agresif. Saya
sangat gembira saya berjaya walaupun
saya tidak berjaya melakukannya pada
kedudukan 52.”
“Apabila bumbung ditutup ia seperti
berada di dalam rumah dan saya sangat
suka bermain,” tambah Kvitova.
Siegemund, 32, mara ke suku akhir
Grand Slam pertamanya dalam kategori
perseorangan setelah mengalahkan
bekas juara junior, Paula Badosa dari
Sepanyol 75, 62.
Dia menjadi pemain keempat yang
mara ke suku akhir tahun ini, menyertai
Iga Swiatek, Nadia Podoroska dan
Martina Trevisan. – AFP
Penonton dibenarkan
saksi perlawanan ragbi
Piala Bledisloe kedua
Kuching FC tidak gentar
saingan Piala Malaysia
KUCHING, 5 OKT –
Kuching FC yang
telah mengesahkan tempat dalam
Piala Malaysia, tidak akan gentar ketika
berhadapan dengan pasukan lawan
yang lebih kuat dalam kejohanan itu
nanti, kata Penolong Jurulatihnya
Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah.
“Walaupun belum pernah ada
pengalaman dalam Piala Malaysia,
ditambah pula bersaing dengan
pasukan-pasukan ternama, itu bukan
penghalang bagi pasukan kami untuk
memberi saingan sengit,” katanya
selepas perlawanan bertemu Johor
Darul Takzim II (JDT II) di Stadium
Negeri di sini malam tadi.
Pada perlawanan Liga Premier itu,
pasukan tuan rumah membuat kejutan
dengan menewaskan JDTII, 21.
Ahmad
Nurfaizal
berkata
kejayaan Kuching FC menempatkan
diri mereka dalam kelompok lapan
pasukan teratas Liga Premier,
adalah pencapaian yang amat
memberangsangkan dan menambah
semangat pemainnya untuk bekerja
lebih keras lagi, dalam saingan Piala
Malaysia. – Bernama




