Rabu, 7 Oktober 2020
13
RINGKASAN
COVID 19
boleh tersebar
melalui udara
WASHINGTON, 6 OKT
– Pusat
Kawalan
dan
Pencegahan
Penyakit Amerika Syarikat (CDC)
semalam mengeluarkan pan-
duan terkini yang menyatakan
COVID19 kadangkala boleh
tersebarmelalui penularanudara,
lapor agensi berita
Sputnik
.
“Beberapa jangkitan boleh
disebarkan dengan cara terde-
dah kepada virus daripada titi-
san kecil dan zarah-zarah yang
dapat bertahan lama di udara
selama beberapa minit hingga
berjam-jam,” kata kenyataan itu.
“Virus ini mungkin menjang-
kiti individu yang jaraknya lebih
daripada enam kaki dari orang
yang dijangkiti atau setelah in-
dividu itu meninggalkan ruang
tersebut.” CDC berkata penu-
laran melalui udara lebih cen-
derung berlaku di ruang tertu-
tup dengan pengudaraan yang
tidak mencukupi. – Bernama
Peru rampas 420
kilogram kokain
LIMA, 6 OKT
– Pasukan kese-
lamatan Peru merampas se-
jumlah 420 kilogram kokain
di Lembah Sungai Apurimac,
Ene dan Mantaro di wilayah
Amazon, lapor agensi berita
Xinhua
, memetik Kementerian
Pertahanan semalam.
Dadah itu dirampas pada
Ahad
di
daerah
terpen-
cil Megantoni di wilayah La
Convencion, 1,029 kilometer
tenggara Lima, ibu negara Peru.
Rondaan bersama tentera
dan polis berjaya menggagalkan
usaha untuk menyeludup 10 kar-
ung guni mengandungi dadah
berkenaan, kata kementerian
itu. Agensi penguatkuasaan un-
dang-undang Peru menjalankan
operasi berterusan di kawasan
lembah, yang menjadi lokasi op-
erasi kartel dadah tempatan dan
antarabangsa. – Bernama
TRUMP: KITAMESTI
TEWASKAN COVID 19
Presiden Donald Trump menanggalkan penutup mulut dan hidungnya sejurus selepas tiba di
Rumah Putih dari Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Washington pada 5 Oktober. – AFP
WASHINGTON, 6 OKT
– Presiden
Donald Trump meninggalkan Pusat
Perubatan Walter Reed dan menuju
ke Rumah Putih untuk terus menjalani
pemulihan selepas dijangkiti COVID19,
lapor agensi berita
Sputnik
.
Trump dilihat berjalan meninggal-
kan pusat perubatan itu pada petang
semalam dengan memakai penutup
mulut dan hidung sambil melambai ke-
pada pihak media.
Di Rumah Putih, Trump menanggal-
kan penutup mulut dan hidungnya ke-
tika bergambar di atas balkoni Truman,
lapor
NBC News
.
Kira-kira dua jam kemudian dalam
rakaman video, Trump berkata rakyat
Amerika tidak perlu takut kerana
Amerika Syarikat (AS) mempunyai
peralatan perubatan dan ubat-ubatan
terbaik di dunia. Katanya, vaksin untuk
memerangi penyakit itu akan ada tidak
lama lagi.
“Kami akan kembali bekerja,” kata
Trump dan berikrar untuk ‘menewaskan’
COVID19. Trump berkata beliau ‘mesti
ke depan’ sebagai pemimpin negara
walaupun ada risikonya.
“Dan sekarang saya rasa lebih baik.
Mungkin saya kebal. Saya tidak tahu,”
kata Trump.
Terdahulu, pada Isnin pasukan
perubatan Trump memberitahu war-
tawan presiden memenuhi semua kri-
teria untuk dibenarkan keluar hospital
dan keadaannya bertambah baik sejak
didiagnosis pada Khamis. Trump, da-
lam ciapannya kira-kira 20 minit sebe-
lum meninggalkan hospital, beliau
akan meneruskan kempen ‘tidak lama
lagi.’
Presiden itu dijangka menyertai de-
bat presiden yang dijadual 15 Oktober
di Miami, Florida, menurut pengarah ko-
munikasi kempen Trump, TimMurtaugh.
– Bernama
‘10 peratus penduduk dunia dijangkiti COVID 19’
GENEVA,6OKT
– Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menganggarkan 10
peratuspendudukdunia sudahdijangkiti
COVID19, jauh lebih tinggi berbanding
statistik rasmi.
Badan dunia di bawah naungan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) itu juga mahu menyegerakan rom-
bakan dalaman institusi supaya lebih
bersedia menangani cabaran akibat vi-
rus itu.
Sehingga kini, lebih daripada
35.5 juta kes COVID19 direkodkan di
seluruh dunia, termasuk sekitar 1.04 juta
kematian.
Namun, WHO kini menganggarkan
sekitar 10 peratus daripada 7.8 bilion
penduduk dunia sudah dijangkiti iaitu
lebih 20 kali ganda jumlah rasmi sejak
virus itu pertama kali muncul di China
akhir tahun lalu. Pengarah Kecemasan
WHO, Michael Ryan, berkata anggaran
terbaik menunjukkan ketika ini kira-kira
10 peratus penduduk dunia mungkin
dijangkiti virus itu.
“Tahap jangkitan berbeza antara
bandar dan luar bandar, berbeza antara
kumpulan yang berlainan.
“Tetapi pada hakikatnya, ini ber-
maksud sebahagian besar dunia tetap
berisiko,” katanya pada mesyuarat khas
lembaga eksekutif agensi itu semalam.
– AFP
Johnson umum projek tenaga turbin terapung
LONDON,6OKT
–PerdanaMenteri Boris
Johnson hari ini berjanji akan menukar
Britain kepada tenaga angin Arab Saudi
dengan rancangan menghubungkan se-
tiap rumah dengan tenaga yang diper-
oleh daripada turbin terapung.
Dalam ucapan penutup pada
persidangan tahunan parti Konservatif,
Johnson berusaha melancarkan semula
inisiatif dengan pelan menarik untuk
menambah empat kali ganda tenaga
yang dihasilkan oleh angin luar pesisir
daripada 10 hingga 40 gigawatt pada
dekad ini.
Namun pencinta alam sekitar
berkata rancangan itu gagal memenuhi
‘pemulihan hijau’ untuk membina
Kurungan dimusnahkan banjir, tujuh serigala hilang
MARSEILLE,6OKT
– Tujuh ekor serigala
hitam Kanada hilang hari ini selepas
banjir memusnahkan kurungan mereka
di taman hidupan liar selatan Perancis,
kata pejabat biodiversiti Perancis (OFB),
mengingatkan haiwan itu mungkin mati
kelaparan jika tidak ditemui segera.
Taman hidupan liar Alpha, di hutan
simpanan Mercantour di utara bandar
Riviera Nice, musnah selepas banjir
melanda tenggara Perancis, membunuh
sekurang-kurangnya empat orang.
Dua ejan OFB dan seorang doktor
veterinar sedang mencari di kawasan
itu dengan helikopter selepas meneri-
ma laporan beberapa serigala kelihatan
berhampiran taman di mana ia telah
dikurung. Serigala yang terlepas tidak
dapat hidup sendiri kerana sudah biasa
diberi makan, beritahu pengarah seran-
tau OFB Eric Hansen kepada
AFP
. “Apa
yang penting adalah mencari dan me-
nangkapnya dengan bantuan senapang
dart,” kata Hansen.
Serigala hitam Kanada adalah
serigala kelabu spesies besar, dengan
berat badan 80 kilogram. – AFP
ekonomi mampan selepas krisis
COVID19, dan pengkritik menuduh
Johnson berusaha mengalih tumpuan
dari beberapa kegagalan pandemik.
Perdana menteri berkata pelaburan
baharu bernilai 160 juta pound untuk
pelabuhan dan kilang untuk menghasil-
kan turbin generasi akan datang akan
menyokong 60,000 pekerjaan. – AFP
Boris Johnson memakai penutup mulut
dan hidung ketika beliau meninggalkan 10
Downing Street di tengah London kelmarin,
sebelummenyampaikan ucapan pada
persidangan tahunan Parti Konservatif. – AFP
18maut dalam
serangan
bom kereta
BEIRUT, 6 OKT
– Sebutir bom
kereta membunuh 18 orang
hari ini, kebanyakannya orang
awam, di bandar Al-Bab di utara
Syria, kata badan pengawas
peperangan.
Letupan berhampiran sebuah
stesen bas di bandar itu juga
mencederakansekurang-kurang-
nya 40 orang, ada di antaranya
parah, lapor Pihak Berkuasa Hak
Asasi Manusia Syria yang ber-
pangkalan di Britain.
Turki dan proksi Syria men-
gawal
beberapa
kawasan
wilayah di sempadan Syria
berikutan tiga serangan ten-
tera sejak 2016. Tidak adanya
pihak yang mengaku bertang-
gungjawab atas pengeboman
kereta itu, namun terdapatnya
beberapa siri serangan di Al-Bab
sejak ia ditawan oleh tentera
Turki daripada kumpulan Islamic
State (IS) pada 2017. – AFP




