Rabu, 7 Oktober 2020
15
‘PULAUNAMI MALAYSIA’ GAMIT
PENGUNJUNG KE KELANTAN
BACHOK –
Ribuan deretan pohon rhu
pantaidanpohonkayuputih(Eucalyptus)
yangtersusunindahmengujakansesiapa
sahaja sebaik sampai di Pantai Senok
di sini, bersesuaian dengan julukannya
sebagai ‘Pulau Nami Malaysia’.
Keindahan jujukan pokok di situ me-
niti bibir pelancong domestik dan luar
negara, seraya menarik minat sesiapa
sahaja untuk berswafoto, berkelah ber-
sama keluarga, bersantai bersama rakan
atau kumpulan, malah pasangan pen-
gantin baharu turut menjadikannya se-
bagai lokasi bagi mengabadikan kenan-
gan terindah.
Menurut Ketua Penolong Setiausaha
(Pelancongan
dan
Kebudayaan)
Pusat Penerangan Pelancongan (TIC)
Kelantan Nik Mahmud Nik Jaffar, selepas
kira-kira 4,344 pokok rhu pantai dan
kayu putih ditanam di sepanjang pantai
itu sejak 2009 dengan tambahan 400
lagi anak pokok rhu pada Disember ta-
hun lepas, sudah pasti pantai itu boleh
dimajukan lagi sebagai kawasan tarikan
pelancong.
“Segelintir orang menyebut Pantai
Senok ini sebagai Pulau Nami (sebuah
pulau peranginan di Korea Selatan) versi
Malaysia dengan adanya deretan pokok
rhu yang tinggi, tersusun indah dan
mengujakan itu.
“Ia menjadi bonus buat Kelantan
apabila Pantai Senok yang dahulunya
terkenal
sebagai
perkampungan
nelayan, kini menjadi tumpuan ramai
berikutan julukan nama itu,” katanya
kepada
Bernama
di sini, hari ini.
Nik Mahmud berkata transformasi
keindahan alam di situ juga bagaikan
satu lubuk rezeki baharu kerana
penduduk setempat boleh memperoleh
pekerjaan atau sumber pendapatan
baharu dengan memasarkan produk
industri kecil dan sederhana (IKS) seperti
hasil laut, kraf tangan dan makanan.
Beliau berkata sejak Pantai Senok
semakin dikenali, ia telah membantu
melonjakkan jumlah kedatangan pelan-
cong ke Kelantan tahun lepas dengan
mencatat seramai 4.3 juta pelancong
termasuk 300,000 pelancong antara-
bangsa atau 92 peratus pelancong
domestik dan selebihnya pelancong
antarabangsa.
“Pada asalnya pokok rhu ini ditanam
oleh Jabatan Perhutanan Kelantan
Program Pemuliharaan Kawasan Pesisir
Pantai negeri bagi mengelak hakisan
pantai dan banjir.
“Ia suatu inisiatif bijak apabila pokok-
pokok rhu dan kayu putih ini membesar,
ia memberi satu perubahan keindahan
alam semula jadi di Pantai Senok yang
menakjubkan, malah dengan adanya
beberapa tarikan lain seperti makanan
dan minuman unik ia sekali gus
melengkapkan daya tarikan sedia ada,”
katanya.
Menurut beliau kerajaan negeri,
bersama Majlis Daerah Bachok, Bandar
Pelancongan Islam dan Pejabat Tanah
danGalian (PTG) JajahanBachoksentiasa
mengadakan usaha ke arah menarik
pelancong, termasuk menyediakan
perkhidmatan bas pelancong di bawah
pakej ‘Kelantan Sightseeing Tours - Jom
Maghi Derak Kelate’ (Mari Melancong Ke
Kelantan).
Ketika tinjauan di Pantai Senok,
Bernama
sempat bertemu dengan
Halmahera Mat Salleh, 44, yang pernah
melancong ke Pulau Nami pada 2016.
Halmahera berkata susunan pokok
rhu di Pantai Senok itu hampir sama
dengan keindahan di Pulau Nami,
namun yang membezakannya ialah
pulau itu ditanam dengan pokok maple
yang daunnya berwarna-warni mengikut
perubahan musim.
“Di Pulau Nami, kemudahan yang
disediakan lengkap dan teratur, ada la-
luan pejalan kaki, ada papan tanda yang
sarat dengan informasi, restoran halal,
surau, perpustakaan dan kafeteria. Saya
harap di Pantai Senok disediakan kemu-
dahan seperti tandas, surau dan beka-
lan air,” katanya.
Bagi Asma Zulkili, 20, dari Machang
berkata dia bersama rakan dan keluarga
sudahbeberapa kali mengunjungi Pantai
Senok untuk melihat keindahan serta
keunikan kawasan yang kini menjadi
tumpuan pelancong.
Katanya selain rimbunan pokok di
situ, turut menjadi tarikan pengunjung
ialah rumah api paling kecil terletak di
pinggir Pantai Senok dan juga kesan
tinggalan sejarah pendaratan Jepun
di Pantai Kuala Pak Amat, Sabak, yang
terletak berhampiran. – Bernama
Asma Zulkili, 20, (kanan) dan Anis Nabila Izzati Abdul Rahman, 20, berswafoto di Pantai Senok yang indah dengan susunan pokok rhu, sesuai bagi
mereka yang suka memuatnaik gambar-gambar menarik di laman media sosial. – Bernama
PutraEilmanAl-ZiqAfrizam,11,(kiri)bersamaadiknyaPutriAzzaleaAmandaAfrizam,8,menikmati
keindahan di Pantai Senok dengan susunan pokok rhu yang cantik.
RusuelaHarun, 38, merakamkan gambar anaknya Nur Naditul Najiha, 17, di Pantai Senok dengan
susunan pokok rhu yang ditanam ala-ala di Pulau Nami di sini. Permukaan tanah dipenuhi daun
pohon rhuyangmati umpamahamparanpermaidani sertasusunanpokok rhuseakanandaberada
di Pulau Nami Korea. – Bernama




