Rabu, 7 Oktober 2020
18
MAGHRIBI BERDEPAN
PERINTAH KETAT
BERIKUTAN COVID 19
RABAT, MAGHRIBI
– Dengan
pintu masuk sempadannya
melalui udara dan laut ditutup
selama beberapa bulan dan
lapan bandarnya menghalang
orang ramai daripada keluar
dan masuk, Maghribi telah
melakukanpelbagaiusahakeras
untuk mengekang penyebaran
wabak koronavirus.
Meskipun begitu, negara
yang terletak di pesisir pantai
Atlantik itu, yang menarik
kehadiran ramai pelancong
sebelum wabak melanda, telah
mencatatkan 133,272 kes
positif sejak bulan Mac dan
angka kematian mencecah
sehingga2,330orang (setakat 5
Oktober), antara yang tertinggi
di negara-negara Afrika Utara.
Maghribi telahmula melaku-
kan langkahperintahberkurung
pada 20 Mac, namun beransur-
ansur mengurangkan keka-
ngan. Walau bagaimanapun
dengan jumlah jangkitan yang
tiba-tiba meningkat baru-baru
ini, telah memaksa mereka un-
tuk mengambil langkah-lang-
kah yang diperlukan.
Marrakesh, sebuah destina-
si utama pelancongan, masih
tidak mengalami apa-apa pe-
rubahan, sementara pihak
polis melakukan pemeriksaan
menjadi pemandangan rutin di
Casablanca yang terjejas teruk,
bandar yang menjadi penyum-
bang ekonomi utama di negara
itu. Pihak polis berkeliaran di
pusat-pusat perniagaan, jalan-
jalan, sarang-sarang dadah dan
pantai-pantai yang ditutup,
dengan kenderaan-kenderaan
tentera kadang-kadang keli-
hatan melintas lalu. Mereka
merupakan isyarat dan amaran
keras kepada penduduk untuk
sentiasa mematuhi perintah-
perintah ketat negara itu untuk
mengekang wabak.
Di bandar utara Tangiers,
kenderaan-kenderaan tentera
telah dikerahkan pada bulan
lalu untuk membantu men-
guatkuasakan langkah-langkah
di sana. Pergerakan antara
bandar itu dengan yang lain
telah dihentikan, seperti juga
di Casablanca, kecuali jika
mendapat kebenaran daripada
pihak kerajaan.
Di Casablanca, langkah-
langkah yang ketat untuk men-
ghalang orang ramai daripada
meninggalkan bandar telah
dikuatkuasakan. Pihak polis
melakukan sekatan jalan raya
yang difokuskan ke atas teksi-
teksi, bas-bas, lori dan ambulan
swasta, kenderaan-kenderaan
yang dikenal pasti biasa digu-
nakan oleh orang-orang untuk
menyelinap keluar dari bandar
tersebut, ujar Karim El Idrani,
pemerintah Daerah Polis Al
Fida.
Di Rabat, pusat bandar
politik dan tempat di mana
terletaknya istana utama King
MohamedVI, pihak polis di tem-
patkan di laluan-laluan masuk
dan keluar walaupun bandar itu
tidak ditutup. Meskipun begitu
kenderaan-kenderaan
yang
masuk ke bandar tersebut diar-
ahkan untuk menunjukkan buk-
ti sebagai penduduk di sana,
atau surat-surat kebenaran
untuk pergi ke bandar itu, ter-
utama bagi yang datang dari
bandar-bandar yang ditutup,
atau berhadapan dengan huku-
man denda.
Pengarah
epidemiologi
di Kementerian Kesihatan,
Mohamed Lyoubi, memberi-
tahu sidang webinar bahawa
beliau menjangkakan situasi
akan menjadi semakin mem-
buruk pada musim sejuk tatka-
la musim lu akan bertembung
dengan pandemik COVID19.
“Banyak hospital dan tem-
pat-tempat ujian koronavirus
dijangka akan mencecah kapa-
sitinya,” kata Lyoubi. “Keadaan
ini juga akan mempengaruhi
kebolehan pihak berkuasa
kesihatan untuk melakukan
siasatan kes dan memastikan
pengesanan kontak serta me-
mantau pesakit-pesakit yang
dirawat di rumah.”
Program ujian Maghribi se-
makin tidak dapat menampung
keadaan. Barisan-barisan pan-
jang yang menantikan kepu-
tusan ujian mereka kini meru-
pakan pemandangan biasa di
luar hospital-hospital dan mak-
mal-makmal di bandar-bandar
Maghribi.
Dengan meningkatnya kes,
hospital-hospital bergelut den-
gan peningkatan jumlah pe-
sakit yang semakin ramai, dan
beberapa unit rawatan rapi te-
lah mencecah kapasiti penuh.
Bulan Ogos lalu, petugas-petu-
gas kesihatan telah melakukan
tunjuk perasaan di luar Hospital
IbnZohr di Marrakeshmenuntut
agar mereka diberikan kondisi
kerja yang lebih baik. Gambar-
gambar yang menunjukkan
pesakit-pesakit COVID19 me-
menuhi lorong-lorong hospital
yang sesak, dengan sebahagi-
annya berbaring di atas lantai,
telah mencetuskan kemarahan
ramai di media sosial.
Pakar-pakar perubatan tu-
rut melakukan tunjuk peras-
aan yang sama di tempat lain,
mendakwa terdapat beberapa
pusat kesihatan tidak mempu-
nyai kakitangan yang mencu-
kupi dan tidak membekalkan
kelengkapan perlindungan diri
kepada
pekerja-pekerjanya.
Kementerian Kesihatan telah
mencari jalan untuk menga-
tasi masalah tersebut dengan
membangun hospital-hospital
lapangan.
Peningkatan kes-kes terse-
but memberikan tamparan be-
sar kepada Maghribi, yang be-
rada dalam fasa pengurangan
langkah-langkah sekatan.
Pada 19 Julai, ia telah me-
mulakan fasa ketiganya da-
lam menarik balik sekatan dan
pelawat-pelawat asing bagi
tujuan perniagaan dibenarkan
masuk ke negara itu bermula
10 September.
Namun Casablanca men-
guatkan lagi komitmennya
setelah melihat peningkatan
dalam kadar jangkitan. Bandar
tersebut merupakan hos ke-
pada 42 peratus daripada kes
yang dilaporkan setiap hari,
40 peratus daripada kes-kes
serius dan 38 peratus daripada
jumlah kematian yang dicatat-
kan di seluruh negara, menurut
Menteri Kesihatan, Khalid Ait
Taleb.
Pasar raya, kafe-kafe, kedai-
kedai dan restoran-restoran di-
arahkan untuk tutup lebih awal.
Bandar tersebut juga mengelu-
arkan perintah berkurung dari
pukul 10 malam hingga 5 pagi.
Pihak polis turut melakukan
sekatan jalan raya dan rondaan
bagi memastikan arahan-arah-
an tersebut dipatuhi.
Kerajaan Maghribi pada bu-
lan lepas berkata bahawa “jika
angka-angka tersebut berteru-
san meningkat, Jawatankuasa
Saintiik COVID19 mungkin
akan mencadangkan untuk
melakukan perintah berkurung
penuh sekali lagi, barangkali
dengan langkah-langkah yang
lebih ketat.” – AP
Pegawai polis Maghribi mengendali sekatan jalan raya berhampiran dengan Masjid Hassan II. – AP
Kelihatan pegawai polis mengarahkan pergerakan lalu lintas di pusat
pemeriksaan. – AP
Para pegawai polis Maghribi melakukan rondaan di pantai Ain Diab di
Casablanca, Maghribi. – AP
Pegawai polisMaghribi mengingatkanpenjual untukmenghormati langkah-
langkah keselamatan seperti menjauhkan diri dan memakai penutup mulut
dan hidung. – AP
PegawaipolisMaghribiyangmemakaipenutupmulutdanhidungmemastikan
kepatuhan terhadap penutupan kafe dan kedai pada pukul 8 malam di
Casablanca, Maghribi. - AP




