Rabu, 7 Oktober 2020
21
KEBUN ATAS
BUMBUNG
TUMBUH BAGAI
CENDAWAN
Petani bandar bercucuk tanamdi sebuah kebun di mana tanaman ditanamdi bekas perkarangan
penjara di Singapura. – AFP
Gambar menunjukkan pemandangan kebun atas bumbung yang digunakan untuk perladangan
bandar untuk menanam tanaman di atas gedung membeli-belah Rafles City di Singapura.
– AFP
SINGAPURA
– Di atas bumbung sebuah
gedung membeli-belah Singapura,
petak-petak tanahyangditanami terung,
rosemary,pisangdanbetikjelaskelihatan
berwarna-warni
berlatarbelakangkan
bangunan pencakar langit kelabu di
daerah perniagaan negara kota.
Tapak seluas 10,000 kaki persegi
itu merupakan antara sejumlah besar
ladang atas bumbung di negara yang
kesempitan ruang, sebahagian daripada
projek untuk menghasilkan lebih banyak
makanan dalam negara dan mengu-
rangkan kebergantungan pada import.
Kerajaan telah mempelopori pro-
jek tersebut di tengah kebimbangan
mengenai perubahan iklim yang men-
gurangkan hasil tanaman di seluruh
dunia dan ketegangan perniagaan yang
menjejas import, namun ia telah diberi
perangsang tambahan oleh pandemik
koronavirus.
“Tanggapan salah yang selalu
timbul adalah tidak adanya ruang
projek untuk mewujudkan bidang tanah
di atas bumbung telah menjadi semakin
penting di Singapura, yang mengimport
90 peratus daripada makanannya.
Perladangan pernah menjadi bi-
dang yang umum di negara itu, namun
merosot mendadak tatkala Singapura
berkembang maju menjadi pusat ke-
wangan yang dipenuhi dengan bangu-
nan pencakar langit. Sekarang kurang
satu peratus daripada tanahnya diper-
untukkan kepada pertanian.
Bagaimanapun, dalam tempoh be-
berapa tahun lalu, bandar dengan 5.7
juta penduduk itu telah melihat petak
tanah tumbuh dengan banyak di atas
bumbung bangunan.
Pihak berkuasa berkata pada tahun
lalu bahawa mereka bercita-cita menda-
patkan 30 peratus daripada ‘keperluan
zat pemakanan’ rakyatnya dari dalam
negara menjelang tahun 2030, dan in-
gin menambah pengeluaran ikan dan
telur serta sayur-sayuran.
Dengan koronavirus menambah
lagi kebimbangan mengenai gangguan
rantaian-bekalan, kerajaan telah mem-
percepat usahanya, mengumumkan
bumbung sembilan bangunan tempat
letak kereta akan menjadi ladang ban-
dar dan memperuntukkan Sg$30 juta
untuk merangsang pengeluaran maka-
nan tempatan.
Edible Garden City, satu daripada
beberapa irma yangmengendali ladang
bandar di Singapura, menguruskan kira-
kira 80 tapak atas bumbung.
Namun mereka juga mewujudkan
banyak kebun makanan di tempat yang
lebih unik, termasuk bekas penjara,
dalam kontena perkapalan dan di
beranda apartmen bertingkat tinggi.
Ladang mereka hanya menggunakan
racun perosak semula jadi seperti
minyak ‘neem’ untuk menghalau haiwan
perosak.
“Apa yang kami ingin lakukan adalah
menyebar mesej untuk bercucuk tanam
dan mengeluarkan makanan kami
sendiri. Kami mahu menyokong bahawa
anda benar-benar tidak memerlukan
bidang tanah yang besar,” menurut
ketua eksekutif irma Ang.
Syarikat itu menanam lebih daripada
50 jenis makanan, daripada terung,
kacang bendir dan buah markisah
kepada sayuran daun, bunga yang boleh
dimakan dan ‘mikrohijau’ – sayur yang
dipetik apabila mereka masih muda.
Ia juga menggunakan kaedah
teknologi tinggi.
Di sebuah tapak di dalam kontena
kapal, mereka sedang menguji sistem
hidroponik khas – menanam tanaman
tanpa tanah – dibangunkan oleh sebuah
syarikat Jepun.
Sistem itu memaparkan sensor yang
mengawasi keadaan, dan peraturan
kebersihan yang ketat bermakna
Petani bandar menjaga sayur-sayuran yang ditanamdalamkontena kapal yang diterangi cahaya
LED di Singapura. – AFP
untuk bercucuk tanam di Singapura
disebabkan kami kekurangan tanah,”
kata Samuel Ang, ketua eksekutif Edible
Garden City, yang mengendali tapak itu
di gedung membeli-belah.
“Kami mahu mengubah tanggapan
tersebut.”
Perladangan bandar sedang ber-
kembang pesat bagai cendawan tum-
buh selepas hujan di bandar berpen-
ghuni padat di seluruh dunia, namun
tanaman boleh ditanam tanpa racun
perosak. Hasil keluaran Edible Garden
City dipetik, dipaketkan dan dihantar
pada hari yang sama – kebanyakannya
ke restoran – tetapi pelanggan dalam
talian juga boleh melanggan kepada
penghantaran kotak buah dan sayur-
sayuran.
Jualan ke restoran menjadi lembap
apabila Singapura menutup perniagaan
untuk membendung koronavirus dari
April hingga Jun, tetapi Ang berkata
pelanggan yang terdiri daripada rumah
tangga meningkat tiga kali ganda dalam
tempoh yang sama.
William Chen, pengarah program
makanan, sains dan teknologi di
Universiti Teknologi Nanyang Singapura,
berkata pembangunan ladang bandar
merupakan ‘satu cara untuk menampan
kejutan kegagalan rangkaian bekalan.’
“Perladangan bangunan pencakar
langit di Singapura pastinya satu pilihan
yang cerah,” tambah beliau.
Namun, terdapatnya batasan yang
dapat dicapai oleh sebuah negara
dengan saiz separuh daripada bandar
Los Angeles, dan Chen menekankan
bahawa bandar itu masih perlu
bergantung pada import makanan asas
lain, seperti daging.
“Kami tidak mempunyai ladang
haiwan, dan untuk beras, kami tidak
mempunyai tanah yang luas,” ujarnya.
“Penanaman padi dan gandum dalam
keadaan tertutup akan menelan kos
yang tinggi, jika dapat dilakukan.”
Selain itu, kekurangan petani berke-
mahiran di Singapura menimbulkan satu
cabaran besar.
“Sementara kami berupaya merekrut
orang dengan minat dalam pertanian,
mereka tidak mempunyai pengalaman
yang relevan,” kata Ang. – AFP




