Previous Page  22 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 24 Next Page
Page Background

22

Rabu, 7 Oktober 2020

LONDON, 6 OKT

– Manchester United

menandatangani Edinson Cavani antara

empat pemain yang dibeli kelab itu

pada hari terakhir musim perpinda-

han, manakala Arsenal melengkapkan

perpindahan termahal semalam de-

ngan menandatangani pemain tengah

Thomas Partey dari Atletico Madrid.

United berada dalam perhatian

selepas kekalahan memalukan 61 di

halaman sendiri kepada Tottenham di

Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

Pemain

tengah

antarabangsa

Belanda, Donny van de Beek adalah

satu-satunya pemain tambahan baharu

skuad Ole Gunnar Solskjaer sebelum

ketibaan Cavani, Alex Telles, Amad

Diallo dan Facundo Pellistri semalam.

Cavani, 33, telah menjadi ejen

bebas sejak meninggalkan Paris Saint-

Germain (PSG) pada bulan Jun dan

menandatangani perjanjian satu tahun

dengan pilihan pejanjian tetap untuk

musim kedua. Pemain Uruguay itu

menjaringkan 200 gol dalam tujuh

musim bersama kelab gergasi Perancis

itu untuk menjadi penjaring terbanyak

kelab sepanjang masa.

“Manchester Unitedadalah salah satu

kelab terhebat di dunia, jadi adalah satu

penghormatan sebenar untuk berada di

sini,” kata Cavani.

“Saya telah bekerja sangat keras se-

masa cuti dan saya merasa bersema-

ngat untuk bersaing dan mewakili kelab

yang luar biasa ini.”

Kedatangan Telles, pertahanan kiri

dari Porto bernilai £13.5 juta (AS$19 juta)

boleh dikatakan lebih penting untuk

membantu pertahanan United yang

telah bolos 11 gol dalam tiga perlawanan

terakhir mereka musim ini.

PARIS, 6 OKT

– Bekas kapten dan juru-

latih Perancis, Michel Platini memper-

tahankan Olivier Giroud menjelang per-

lawanan persahabatan esok menentang

Ukraine, dengan mengatakan bahawa

penyerang Chelsea yang tidak digemari

itu mempunyai kualiti untuk memimpin

pasukan Perancis.

Giroud, 34, bermain hanya 17

minit dari tiga perlawanan Liga

Perdana Inggeris di Chelsea musim

ini dengan Frank Lampard lebih suka

memilih Tammy Abraham atau Timo

Werner tetapi beliau mahu dia dalam

kesebelasan utama jurulatih Perancis,

Didier Deschamps walaupun dikritik.

“Giroud, jika dia bermain di depan,

dia mempunyai kualiti di bahagian

serangan,” kata bekas presiden UEFA,

Platini kepada

AFP.

“Dan jika Deschamps memilih beliau,

itu kerana dia menganggap Giroud layak

bermain. Tidak patut dia dikritik.

“Deschamps

tahu

bagaimana

melakukan tugasnya, dia tahu apa

yang harus dia lakukan dan jika dia

menganggap Giroud paling sesuai,

maka dia menurunkannya. Lagipun, jika

Giroud dikritik, kita semua telah dikritik,

bahkan Pele!” tambahnya.

Giroud akan membuat penampilan

ke-100 untuk Perancis minggu ini dan

kemungkinan akan berganding dengan

Antoine Griezmann dari Barcelona.

Griezmann hanya menjaringkan 15

gol dalam51 perlawanan sejakmenyertai

Barca dari Atletico Madrid pada Julai

2019. Platini mengatakan penyerang

Barca akan mendapat peluang baik

dalam serangan dengan kehadiran

Giroud seperti di Atletico dengan

adanya Diego Costa.

“Saya rasa Griezmann memerlukan

seorang Giroud, seorang Costa, seorang

lelaki di depannya,” kata Platini.

“Kepintaran Griezmann bermaksud

bahawa dia selalu berada di mana bola

mendarat. Anda boleh mengatakan

sebaliknya, bola selalu mendarat di

tempat dia berada.

“Namun, Giroud adalah seseorang

RED DEVILS

TANDATANGANI

EMPAT PEMAIN

BAHARU

Reaksi penyerang PSG, Edinson Cavani ketika meraikan jaringan gol semasa perlawanan antara

PSGdanGirondinsdeBordeauxdi StadiumParcdesPrincesdi Parispada23Februari lalu. United

semalam menandatangani Cavani sebagai antara empat pemain dibeli di hari terakhir musim

perpindahan sebelum ditutup. – AFP

“Dia adalah pemain yang kami

perhatikan selama beberapa waktu dan

persembahannya sejak beberapa tahun

kebelakangan ini adalah apa yang kami

cari,” kata Solskjaer mengenai pemain

antarabangsa Brazil itu.

“Dia adalah pemain pertahanan baik

dan akan menambahkan persaingan

sebenar kepada pasukan.”

United juga menandatangani dua

pemain sayap berusia 18 tahun dari

Uruguay, Pellistri dari Penarol dan

Atalanta Diallo, yang akan menyertai

pada bulan Januari dalam kesepakatan

yang dilaporkan bernilai 41 juta euro.

– AFP

Platini sokong Giroud paling

sesuai untuk Perancis

Gambar fail pada 22 November 2019 menun-

jukkanMichel Platini ketika menghadiri acara

di Nice, Perancis. Menurut Platini, dia lebih

suka gaya permainan Giroud di bahagian se-

rangan. – AFP

yang lebih kuat, lebih besar. Tetapi

Griezmann memerlukan Giroud,” tam-

bahnya. Sementara itu, Giroud telah

melepasi rekod Thierry Henry untuk

Perancis dengan 51 gol antarabangsa.

“Saya harap akan selalu ada pemain

yang menjaringkan banyak gol untuk

Perancis,” katanya. – AFP

Abraham, Chilwell dan Sancho

langgar protokol COVID”19

Reaksi Abraham dan Chilwell semasa

perlawanan yang lalu bersama Chelsea.

Abraham, Ben Chilwell dan Jadon Sancho

telah melanggar garis panduan COVID”19

denganmembuat perkumpulan ramai. – AP

LONDON, 6 OKT

– Dua pemain

Chelsea, Tammy Abraham dan Ben

Chilwell serta pemain Borussia

Dortmund, Jadon Sancho tidak akan

menyertai skuad England setelah

ketiga-tiga pemain itumelanggar garis

panduan COVID19 dengan membuat

parti.

Abraham telah meminta maaf

setelah rakaman video menunjukkan

pemain itu menghadiri pesta ulang

tahunnya di London dengan lebih

daripada enam orang yang hadir pada

Sabtu lalu.

Perhimpunan lebih dari enam

orang tidak dibenarkan di England

berdasarkan garis panduan terkini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga

untuk mengurangkan risiko penularan

wabak, kedatangan Tammy Abraham,

Ben Chilwell dan Jadon Sancho

akan ditangguhkan,” kata Persatuan

Bola Sepak dalam satu kenyataan

kelmarin.

“Ini untuk memberi masa untuk

mengumpulkan maklumat lebih lanjut

mengenai pertemuan sosial yang

dilaporkan oleh ketiga-tiga pemain itu

pada hujung minggu.”

Ia berlaku sebulan selepas Phil

Foden dan Mason Greenwood

dihantar pulang kerana melanggar

protokol COVID19 ketika bersama

skuad Gareth Southgate dari England

di Iceland.

Abraham memberitahu “Saya

tiba di rumah untuk membuat

perhimpunan kecil.

“Walaupun saya sama sekali tidak

menyedari ini dirancang, sayasepenuh

hati ingin meminta maaf atas sikap

naif yang ditunjukkan untuk organisasi

dan menghadiri perhimpunan ini.

“Yang dapat saya lakukan sekarang

adalah belajar darinya, meminta

maaf kepada semua orang dan

memastikannya tidak akan berulang

lagi.” – AFP

Walcott kembali bersama The Saints

LONDON, 6 OKT

– Theo Walcott

telah bergabung semula dengan

Southampton setelah pemain sayap

Everton itu membuat pinjaman

sepanjang musim kembali ke kelab

lamanya di mana dia memulakan

kariernya.

Walcott memilih untuk kembali ke

Southampton setelah hanya membuat

dua penampilan di Everton musim ini.

Pemain antarabangsa England

berusia 31 tahun, yang mem-

buat penampilan seniornya untuk

Southampton ketika berusia 16 tahun,

kembali 14 tahun selepas meninggal-

kan Southampton setelah menyertai

Arsenal.

“Southampton FC dengan bangga

mengumumkan bahawa Theo Walcott,

salah satu pemain akademi paling

terkenal dalam sejarahnya, telah

kembali ke St Mary,” kata Southampton

dalam satu kenyataan.

Walcott, yang menghabiskan 12

tahun di Arsenal sebelum pergi ke

Everton pada Januari 2018.

“Saya

mempunyai

beberapa

peluang dari kelab lain, tetapi sebaik

sahaja Southampton datang untuk

saya, itu adalah sebahagian daripada

saya yang telah menjadikan saya

sebagai pemain. Itu ada di hati saya,”

kata Walcott. – AFP