Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 8 Oktober 2020

13

RINGKASAN

BEIRUT, 7 OKT –

Presiden Lubnan

Michel Aoun akanmemulakan rundingan

parlimen untuk menamakan seorang

perdana menteri baharu pada minggu

depan, kata pejabatnya hari ini.

Ia akan menandakan percubaan keti-

ga untuk menamakan seorang perdana

menteri baharu dalam kurang setahun

susulan beberapa peletakan jawatan

ketika berdepan krisis ekonomi yang

semakin teruk dan letupan pelabuhan

yang memusnahkan seluruh daerah ibu

negara.

“Presiden Aoun telah menetapkan 15

Oktober sebagai tarikh untuk mengada-

kan rundingan parlimen untuk melan-

tik seorang tokoh untuk membentuk

sebuah kerajaan baharu,” kata pejabat-

nya di Twitter. - AFP

Pegawai tentera

AS jalani

kuarantin

WASHINGTON,

7

OKT

Pegawai

tertinggi

tentera

Amerika Syarikat (AS), termasuk

Jeneral Mark Milley, Pengerusi

Ketua-ketua Staf, menjalani

kuarantinkendirisetelahpegawai

lain diuji positif COVIDˆ19, lapor

agensi

Anadolu

.

Naib Komandan Pentadbiran

Pengawal Pantai AS Laksamana

Charles Ray, disahkan positif

pada Isnin, menurut laporan

CNN

. Milley diuji negatif tetapi

sebagai langkahberjaga-jagabe-

liau bekerja dari jarak jauh, kata

seorang pegawai pertahanan.

Panglima

Tentera

Darat,

Tentera Laut dan Tentera Udara

juga telah diuji negatif virus terse-

but, tetapi meneruskan kuarantin

sebagai langkah berjaga-jaga.

– Bernama

Ketua UNHCR

positif COVID‚19

GENEVA, 7 OKT –

Ketua

Pesuruhjaya Tinggi Pelarian

Pertubuhan

Bangsa-Bangsa

Bersatu (UNHCR)) berkata hari ini

beliautelahdiuji positifCOVIDˆ19,

selepas memimpin mesyuarat

tahunan agensi secara ”izikal da-

lam dua hari pertama.

Filippo Grandi, yang melan-

carkan mesyuarat Jawatankuasa

Eksekutif UNHCR di Geneva

pada Isnin, memberitahu peser-

ta menerusi pautan video beliau

perlu meneruskan mesyuarat

dari rumah.

“Saya akan mengadakan

Jawatankuasa Eksekutif UNHCR

dari rumah kerana saya perlu

mengasingkan diri selepas diuji

positif COVIDˆ19,” katanya di

Twitter. “Saya hanya mengalami

gejala ringan dan berharap dap-

at sembuh tidak lama lagi,” tam-

bah beliau. – AFP

Debat p’raya

seterusnya tidak

wajar diadakan

WASHINGTON, 7 OKT –

Calon

presiden Joe Biden berkata sema-

lam sesi debat berikutnya tidak

boleh diadakan jika lawannya

Presiden Donald Trump masih

belum bebas daripada COVIDˆ19,

lapor agensi berita

Xinhua

.

“Baiklah, saya rasa jika dia

(Trump)masihmempunyaiCOVID,

kita tidak sepatutnya adakan

debat,” kata Biden kepada war-

tawan. Sesi debat kedua antara

Biden calon Demokrat dan Trump

dari Republikan dijadual pada 15

Oktober di Miami, Florida.

“Saya tidak pasti bagaima-

na keadaan sebenar Presiden

Trump sekarang. Saya tidak tahu

apa statusnya,” kata bekas naib

presiden Amerika Syarikat (AS)

itu, sambil berkata beliau tidak

sabar mengadakan debat itu

tetapi berharap ‘semua protokol

dipatuhi.’ – Bernama

SEPTEMBER CATAT

SUHU PALING PANAS

Anggota bomba semasa memadamkan kebakaran di Calistoga, California pada 1 Oktober 2020.

Pantai barat Amerika Syarikat mengalami musim kebakaran paling teruk dalam sejarah dengan

hampir empat juta ekar kawasan terbakar. – AFP

PARIS, 7 OKT –

Permukaan Bumi adalah

lebih panas pada bulan lalu berbanding

mana-mana bulan September yang di-

catat, dengan suhu sejak Januari men-

gatasi tahun kalendar paling panas pada

2016, menurut Program Pemantauan

Bumi Kesatuan Eropah hari ini.

Tahun ini telah menyaksikan tiga

bulan dengan suhu panas – Januari,

Mei dan September – dengan Jun

dan April terikat di tempat pertama,

lapor Perkhidmatan Perubahan Iklim

Copernicus.

“Buat masa sekarang tidak adanya

perbezaan di antara 2020 dan 2016 un-

tuk tahun panas setakat ini,” beritahu

saintis Copernicus Freka Vambourg ke-

pada

AFP

.

Untuk tempoh 12 bulan sehingga

September, planet mencatat hampir

1.3 darjah Celsius mengatasi tahap pra-

perindustrian.

Ia amat hampir dengan had maksi-

mum 1.5 darjah Celsius untuk kesan te-

ruk yang dibutirkan dalam laporan 2018

oleh panel penasihat sains iklim PBB,

IPCC.

Setakat ini, Bumi telah menjadi pa-

nas secara purata sebanyak satu dar-

jah, cukup untuk menambah masalah

gelombang haba, kemarau dan ribut

tropika yang menjadi lebih teruk akibat

kenaikan paras laut.

Suhu pada September adalah ‘amat

tinggi’ di utara Siberia, selain Garisan

Artik, yang telah melihat cuaca amat pa-

nas selama beberapa bulan.

September juga panas di Timur

Tengah, dengan suhu tinggi baharu

dicatat di Turki, Israel dan Jordan.

“September adalah lebih panas

sebanyak 0.05 Celsius berbanding

September 2019, bulan September pa-

ling panas sebelumnya,” kata laporan

Copernicus. - AFP

Fosil T‚Rex dijual AS$31.8 juta

Remaja jadi perdana menteri sehari

HELSINKI, 7 OKT –

Perdana Menteri

Finland Sanna Marin menjalani hari

yang kurang sibuk hari ini selepas me-

nyerahkan kuasa kepada seorang rema-

ja berusia 16 tahun sebagai sebahagian

daripada kempen untuk mempromosi

hak wanita.

Aava Murto, dari Vaasky di selatan

Finland, berkata beliau mempunyai ‘hari

yang menyeronokkan’ tatkala beliau

berdepan dengan media di tangga par-

limen selepas bertemu dengan menteri

keadilan.

Murto menambah beliau ‘mempela-

jari banyak perkara baharu mengenai

perundangan.’

Pada tengah hari, pelajar yang aktif

berkempen mengenai isu iklim dan hak

asasi manusia dijangka bertemu dengan

ahli parlimendanmenteri pembangunan

dan perdagangan asing.

Mesej beliau kepada pembuat kepu-

tusan adalah budak perempuan “perlu

sedar betapa pentingnya mereka dan

mereka juga boleh sama mahir dalam

teknologi seperti budak lelaki,” berita-

hunya kepada

AFP

.

“Saya ”ikir orang muda boleh menga-

jar orang dewasa supaya menjadi lebih

inovatif dan memikirkan lebih mengenai

masa depan,” tambahnya.

Pertukaran peranan itu adalah seba-

hagian daripada kempen ‘Girls Takeover’

oleh badan kebajikan hak kanak-kanak

Pelan International, yang bertujuan me-

nambah kesedaranmengenai kemahiran

dan peluang digital budak perempuan

dalam industri teknologi dan menekan-

kan masalah gangguan internet ke atas

wanita. – AFP

AavaMurto, 16 tahun, bercakapkepadamedia

di Helsinki, Finland kelmarin. - AFP

Bidaan mencecah AS$9 juta da-

lam kurang dua minit selepas pele-

longan bermula, namun selepas 14

minit, hanya terdapat tiga pembida

dalam persaingan, sehingga bidaan

terakhir ditetapkan pada tawaran

AS$27.5 juta, yang termasuk kos dan

komisen.

Penjualan itu dianjurkan di New

York, di mana pakar penilaian berada,

tetapi dengan talian dibuka kepada

Hong Kong dan London, di mana

pakar Christie’s menerima panggilan

daripada pengumpul.

Fosil itu, diberi nama gelaran

Stan, mencecah 13 kaki tinggi dan

40 meter panjang, dengan tanda

tebuk di tengkorak dan leher diper-

cayai bukti perkelahian dengan ra-

kan T-Rex lain. Ia mungkin mempu-

nyai berat kira-kira lapan tan apabila

masih hidup, kira-kira 67 juta tahun

lalu.

Fosil itu ditemui di Dakota

Selatan pada 1987 dan dinama-

kan sempena ahli paleontologi

yang menemui rangka itu, Stan

Sacrison.

Ahli paleontologi dari Institut

Penyelidikan Geologi Black Hills di

Dakota Selatan menghabiskan lebih

30,000 jam mengeluarkan fosil itu

dan memasang 188 tulang rangkanya.

- AFP

Parlimen Lubnan

runding PMbaharu

Dari Muka 1