Khamis, 8 Oktober 2020
14
RANTAU ASIA PASIFIK TERAJUI
PEMULIHAN EKONOMI
Ford umum perubahan
kepimpinan, operasi baharu
KUALA LUMPUR, 7 OKT
Rantau Asia-
Pasi ik sedang menerajui dunia dari
segi pemulihan ekonomi, namun kadar
pemulihan itu pastinya tidak sekata
susulan beberapa faktor, menurut
Moody’s Analytics.
Ia berkata ini termasuk jumlah kes
COVID19 di beberapa negara tertentu,
tahap sekatan pergerakan ekoran penu-
laran virus serta tempoh yang diperlu-
kan untuk membendung pandemik.
Moody’s Analytics menerusi nota
penyelidikan hari ini berkata secara
global, jumlah kes baharu dilihat susut
pada September, walaupun bilangannya
meningkat semula di Amerika Syarikat
dan mencecah angka baharu di United
Kingdom, Perancis, Sepanyol, dan
bahagian lain di Eropah.
Walaupun beberapa kluster baharu
muncul di rantau Asia-Pasi ik namun
kebanyakannya telah dikekang sejak
Ogos, dan jumlah kes baharu kini jauh
lebih rendah berbanding sebelum ini,
katanya.
Ia berkata sementara itu di Asia
Tenggara, Malaysia, Filipina dan
Indonesia terus berjuang menangani
penularan jangkitan COVID19.
Penyediaperisikankewangandanalat
analisis kepada perniagaan itu berkata
langkah
membendung
penularan
COVID19 dan melonggarkan sekatan
pergerakan menjadi usaha penting bagi
permulaan situasi ekonomi di Asia untuk
bertambah baik.
Bagaimanapun, pemulihan jangka
panjang akan bergantung kepada
penglibatan semula rantau ini dengan
ekonomi dunia, menerusi perdagangan
barangan
dan
perkhidmatan
global, termasuk perjalanan dan
pelancongan.
Ketika sektor perjalanan dijangka
menjadi antara komponen terakhir
dalam ekonomi global yang akan pulih,
perdagangan dunia pula telah melepasi
titik kritikal dan mula menunjukkan
peningkatan.
“Walaupun tidak mencatatkan angka
sebelumCOVID19 namun perdagangan
global dan pengeluaran perindustrian
jelas telah bertambah baik.
“Ini berlaku lebih pantas berbanding
semasa krisis kewangan global 2009,
susulan sifat kitaran atau pusingan
perniagaansemasa,denganpengeluaran
pada awalnya tidak dijejaskan oleh
kejutan permintaan,” menurut irma itu.
Moody’s Analytics berkata apabila
ekonomi
mula
dibuka
semula,
permintaan terhadap barang tertentu
meningkat dengan segera, termasuk
komponenelektronik untuk pengeluaran
komputer riba, telefon mudah alih serta
sistem teknologi maklumat; peralatan
perubatan; farmaseutikal serta produk
perlindungan peribadi.
Permintaan pada peringkat awal
di China adalah terhadap barangan
komponen automotif dan produk
pengguna tahan lama.
Corak permintaan ini ditunjukkan
menerusi Indeks Pengurus Pembelian
China rasmi, katanya.
“Sentimen
dalam
kalangan
pengeluar juga bertambah baik secara
pantas,
sebahagiannya
didorong
oleh langkah dasar kerajaan yang
memberangsangkan,yangmenyediakan
kredit mencukupi untuk industri besar
dan penting, seterusnya disokong oleh
pendanaan bagi projek infrastruktur
yang mewujudkan permintaan terhadap
peralatan pembinaan, keluli, simen, dan
komoditi asas lain,” menurut Moody’s
Analytics.
Ia
berkata
Taiwan,
Malaysia,
Vietnam, New Zealand dan Singapura
merupakan negara pertama yang
bertambah baik dengan hubungan
dengan China dan seluruh dunia melalui
industri pengeluaran teknologi, bekalan
perubatan, produk makanan dan
komoditi lain.
Pemulihan ekonomi yang berterusan
di rantau Asia-Pasi ik bagaimanapun kini
amat bergantung kepada peningkatan
permintaan global, yang belum dapat
dipastikan, menurutnya. – Bernama
DUBAI,7OKT
Ford,sebuahsyarikat
pengeluar pelbagai jenis kenderaan
yang bertapak di Michigan telah
melantik Jim Farley sebagai presi-
den Ford yang juga ketua pegawai
eksekutifnya (CEO), baru-baru ini.
Pelantikan itu adalah untuk terus
mentransformasikan
perniagaan
globalnya, membuat perubahan
bagaimana syarikat itu diatur dan
beroperasi bagi memberikan kece-
merlangan pelaksanaan yang mem-
beri manfaat kepada pelanggan dan
memberikan pertumbuhan yang
menguntungkan.
Menurut kenyataan dari Premier
Automobiles Sdn Bhd (Brunei), di
sini, hari ini, Jim Farley yang meng-
gantikan Jim Hackett telah mengga-
riskan matlamat penting dan pe-
rubahan organisasi semasa mesyu-
arat secara maya bersama pasukan
global syarikat itu.
Farley mengatakan Ford meran-
cang untuk bergerak pantas dalam
meningkatkan kualiti, mengurang-
kan kos dan mempercepatkan pen-
strukturan perniagaan yang kurang
berkembang maju.
Pada masa yang sama katanya,
Ford akan berkembang dengan
memperuntukkan lebih banyak
modal, sumber dan bakat kepada
perniagaan kukuhnya dan francais
kenderaannya.
Di samping itu, memperluaskan
perniagaan kenderaan komersial
dengan menerapkan perkhidma-
tan perisian sesuai, sistem peman-
duan sendiri serta menawarkan ken-
deraan elektrik sepenuhnya pada
skala di seluruh dunia, termasuk
Transit, FSeries, Mustang, SUV dan
Lincoln.
Poland denda Gazprom6.45 bilion euro
WARSAW, 7 OKT
Pemerhati anti-mo-
nopoli Poland hari ini berkata ia menun-
tut syarikat minyak Rusia, Gazprom
membayar denda sebanyak 6.45 bilion
euro (AS$7.58 bilion) berhubung saluran
paip Nord Stream 2 Rusia yang bersam-
bung dengan Jerman.
Pengawal atur berkata ia juga
mengenakan denda 52 juta euro ke atas
lima syarikat lain, termasuk Shell British-
Belanda, yang terlibat dalam pembinaan
saluran kontroversi.
UOKiK memberi amaran pada 2016
bahawa, jika dibina, Nord Stream 2 akan
menghambat persaingan dan enggan
untuk meluluskan konsortium.
UOKiK
kemudian
melancarkan
prosedur antikepercayaan ke atas
syarikat-syarikat pada 2018.
“Tomasz Chrostny, Presiden UOKiK,
telah mengenakan penalti lebih PLN 28
bilion ke atas Gazprom, dan lebih PLN
234 juta ke atas lima syarikat lain yang
terlibat dalam pembinaan saluran paip
gas – akibat kekurangan persetujuan
bagi transaksi Nord Stream 2,” kata
UOKiK dalam satu kenyataan di laman
webnya. – AFP
Gambar fail bertarikh 7 September menunjukkan kemudahan Nord Stream2 di Lubmin, Jerman.
– AFP
Tempahan awal PS5 laris
dalam tempoh sejam
SEOUL, 7 OKT
Tempahan awal
PlayStation 5 (PS5) kelompok kedua
habis terjual hanya dalam tempoh sejam
di Korea Selatan, kata pihak industri hari
ini.
Sehingga 2 petang, semua peruncit
utama mengatakan tempahan awal
PS5 sudah ditutup, lapor agensi berita
Yonhap
.
Sebanyak 11 kedai dalam talian dan
kedai biasa mula menerima tempahan
awal pada tengah hari.
Tempahan awal untuk kelompok
pertama PS5 pada 18 September lalu
juga habis dijual dalam tempoh yang
singkat.
PS5 dilancarkan pada 2013. Alat
permainan keluaran terbaru Sony Corp.
itu dijadual dilancarkan di Korea Selatan
pada 12 November.
Di Korea Selatan PS5 standard dijual
dengan harga 628,000 won (AS$540)
sementara edisi digital berharga
498,000 won.
PS5 diharap dapat merangsang
pertumbuhan pasaran domestik di
tengah-tengah trend duduk di rumah
berikutan pandemik. – Bernama
BOK adakan sesi ujian edaran
mata wang digital tahun depan
SEOUL, 7OKT
Bank of Korea (BOK)
hari ini berkata pihaknya merancang
untuk mengadakan sesi percubaan
pengeluaran dan edaran mata wang
digital pada tahun depan, untuk
menilai potensi pengenalan mata
wang kripto baharu.
Pada Mac tahun ini, BOK mula
mengkaji isu undang-undang dan
teknologi bagi menilai kemampuan
untuk kemungkinan mengeluarkan
mata wang itu di bawah skim tiga
langkah, lapor agensi berita
Yonhap
.
Bank itumerancangmewujudkan
dan mengakti kan program perintis
mata wang digital tahun depan,
menurut pegawai bank.
Menurut
BOK
langkah
berkaitan bukan bermaksud untuk
mempersiapkan
pengeluaran
mata wang kripto yang sebenar,
sebaliknya bank sedang membuat
persiapan diperlukan “andai ia
berlaku.” – Bernama
Gambar fail 26 Januari menunjukkan mata
wangkripto tiruandi Dortmund, barat Jerman.
BOK merancang untuk mempercepatkan
penyelidikan mata wang digital untuk
mengatasi kemunculan mata wang kripto di
sektor swasta. – AFP




