Previous Page  15 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 8 Oktober 2020

15

NURDIYANAH R.

KEUNIKAN BISKUT AMBULUNG

RAIH SAMBUTANMENGGALAKAN

Gambar oleh Muiz Matdani

Bak kata peribahasa Melayu, ‘Berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing, begitulah

semangat yang ditampilkan oleh sebi-

langan penduduk Kampung Batu Apoi

dalam meniti usaha memajukan pelba-

gai produk tempatan menerusi program

Satu Kampung Satu Produk (1K1P) me-

reka dari semasa ke semasa.

Setibanya penulis dan rakan

Media

Permata

di Kampung Batu Apoi, yang

terletak kira-kira 5 kilometer dari

Pekan Bangar, di daerah yang terkenal

dengan julukan ‘Permata Hijau Brunei’

itu sememangnya jelas membukti-

kan bahawa semangat juang mereka

dalam menghasilkan sesuatu produk

dari sumber alam yang sedia ada di

kampung berkenaan sehingga mence-

tus kepada bidang keusahawanan

dan sekali gus meningkatkan sektor

pelancongan.

Dari pohon rumbia

Salah satu produk yang dihasil-

kan oleh penduduk menerusi Majlis

Perundingan Kampung (MPK) Batu Apoi,

Mukim Batu Apoi ialah sagu atau dikena-

li sebagai ambulung iaitu sejenis tepung

kanji yang diperoleh daripada batang

pokok rumbia.

Dengan adanya sumber semula jadi

di sekitar kawasan Sungai Batu Apoi

yang diliputi oleh pokok-pokok rumbia

itu telah mencetus ilham sebilangan

penduduk kampung berkenaan untuk

memanfaatkannya dengan mengusa-

hakan pemprosesan pembuatan ambu-

lung meski pun secara kecil-kecilan.

Perusahaan pemprosesan ambulung

yang dijalankan di Pondok Ambulong

yang letaknya di tebing sungai kam-

pung berkenaan mula dijalankan sekitar

penghujung tahun 2008 menggunakan

gabu-ngan teknik tradisional dan juga

moden. Bermula dari proses peneba-

ngan pohon-pohon rumbia yang terpilih

dan diikuti pula dengan langkah memo-

tong pohon rumbia kepada potongan-

potongan kecil untuk diproses dalam

mesin pengisar sehinggalah kepada

proses penapisan, pengeringan dan

pembungkusan sebelum dijual kepada

orang ramai meliputi kedai-kedai runcit

dan pasar raya terutamanya di Daerah

Temburong dan juga bergantung kepa-

da tempahan yang diterima.

Beraneka rasa biskut ambulung

Dengan hasrat ke arah meningkatkan

lagi penghasilan produk di bawah 1K1P,

ahli Biro Wanita MPK Batu Apoi juga te-

lah mengambil inisiatif dengan penuh

keyakinan menghasilkan variasi produk

yang sememangnya mempunyai nilai

keistimewaan yang tersendiri tanpa

hanya bergantung pada pemprosesan

ambulung sepenuhnya.

Salah satunya ialah biskut yang diper-

buat daripada ambulung.

Kepelbagaian produk kampung yang

dihasilkan oleh penduduk kampung

itu sendiri dengan tidak hanya bergan-

tung pada satu produk saja akan dapat

meningkatkan perekonomian kampung

berkenaan. Malah pada masa yang

sama, perusahaan itu juga dapat me-

nambahkan pendapatan bagi ahli-ahli

biro wanita yang tidak bekerja, selain

bagi mengisi masa lapang mereka serta

untuk menambahkan pendapatan bagi

menyara kehidupan seharian.

Mengenai dengan proses pembua-

tan biskut berkenaan, salah seorang ahli

biro wanita MPK berkenaan menjelaskan

ambulung yang telah diproses itu pada

mulanya diperoleh dan dibeli daripada

perusahaan MPK Batu Apoi yang men-

gusahakan pemprosesan ambulung

tersebut. Kemudian ia dijemur terlebih

dahulu sebelum ia diayak dan dijadi-

kan bahan asas untuk menghasilkan

biskut ambulung yang beraneka rasa.

Antaranya biskut ambulung biasa, Oreo,

keju, Ovomaltine dan sebagainya.

Manakala dari segi tempahan pula

begitu memberangsangkan di mana

tempahan bukan saja diterima dari da-

lam daerah malahan juga dari luar dae-

rah seperti bagi majlis-majlis perkah-

winan, pertunangan dan sebagainya.

Dengan adanya pelbagai produk

yang diketengahkan oleh ahli-ahli MPK

berkenaan, besarlah harapan mereka

agarmemperoleh sambutanyangmeng-

galakkan dalam kalangan masyarakat

di mana mereka berpijak ini sehingga

membuka peluang untuk mengeksport

ke luar negara.

SalahsatuprodukyangdihasilkanolehpendudukmenerusiMajlisPerundinganKampung (MPK) BatuApoi,MukimBatuApoi ialahsaguataudikenali

sebagai ambulung menerusi programSatu Kampung Satu Produk (1K1P) mereka sejak tahun 2008 lagi.

Bermula dari proses penebangan pohon-pohon rumbia yang terpilih dan diikuti pula dengan

langkahmemotongpohon rumbia kepadapotongan-potongankecil untukdiproses dalammesin

pengisar sehinggalah kepada proses penapisan, pengeringan dan pembungkusan.

Biskut ambulung beraneka rasa merupakan

salah satu produk hiliran ambulung yang

diketengahkanolehahli BiroWanitaMPKBatu

Apoi denganhasrat kearahmeningkatkan lagi

penghasilanprodukdibawah1K1Ptanpahanya

bergantung pada pemprosesan ambulung

sepenuhnya.