Previous Page  16 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 16 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 8 Oktober 2020

16

PHUKET, THAILAND -

Kolam in initi

peribadi, makanan gourmet - dan dua

kali pemeriksaan suhu dalam sehari.

Selamat datang ke kuarantin lima bin-

tang di Thailand, di mana pelancong

dapat hidup mewah sambil mematuhi

beberapa langkah anti-koronavirus yang

paling ketat di dunia.

Setelah menyekat kedatangan pen-

gunjung selama enam bulan, negara

yang bergantung terhadap pelancon-

gan itu membuka kembali sejumlah

kecil destinasinya, dengan kumpulan

pertama tiba di Phuket, sebuah pulau

peranginan popular, tidak lama lagi.

Tetapi sebelum menikmati susana

pantai, 300 pelancong dari China dan

Skandinavia perlumenjalani 14 hari kuar-

antinwajib, termasuk dua ujian koronavi-

rus, yang diawasi oleh ‘bilik perang’ para

doktor dan pengawal keselamatan.

“Ia akan menjadi selesa tetapi saya

bimbang saya mungkin cemas kerana

terkurung,” kata Jean-François, seorang

pesara Perancis yang tinggal di Sweden

berharap dapat melarikan diri dari

musim sejuk di kerajaan itu.

“Saya hairan jika Thailand melakukan

terlalu banyak tindakan,” katanya.

Di The Senses Resort yang meng-

hadap Teluk Patong di Phuket, 16 villa

telah disediakan khas untuk para tetamu

kuarantin.

Vila-vila seluas 220 meter persegi (ki-

ra-kira 2,400 kaki persegi) direka semu-

la, menyingkirkan kusyen untuk mem-

buat pembasmian kuman lebih mudah,

sementara kamera keselamatan CCTV

telah dipasang di pintu masuk.

Para pekerja juga telah mendapat

latihan di sebuah hospital tentang cara

mengesan jangkitan, dan memberikan

peralatan pelindung diri untuk meng-

hantar makanan ke bilik-bilik.

‘Tidak banyak keuntungan’

“Kami tidak akan mendapat ban-

yak keuntungan daripada pelanggan

istimewa ini kerana perbelanjaan yang

terlibat,” kata pemilik hotel Suppachoke

KUARANTIN LIMA BINTANG

DI THAILAND

Gambar menunjukkan vila yang diubahsuai menjadi tempat alternatif kuarantin bagi pelancong

yang datang dari luar negara, di The Senses Resort, pantai Patong, Phuket. - AFP

Setiap bilik kuarantin disediakan kolam renang peribadi. – AFP

Kelihatan seorang pemandu dengan kereta

buggy

bersedia membawa para pelancong

yang dikuarantin. – AFP

Gambar menunjukkan sepanjang jalan di pantai Patong yang hampir sunyi. - AFP

Laongphet.

Tetapi “kami harus mencari sumber

pendapatan lain untuk menyokong kaki-

tangan kami dan ekonomi tempatan”.

Tempat peranginannya adalah salah

satu daripada sembilan hartanah di

Phuket - kebanyakan hotel mewah - den-

gan kelulusan kerajaan untuk melakukan

kuarantin pada tetamu.

Kuarantin kelas atas tidak murah:

kuarantin di The Senses berharga

AS$5,300 atau AS$18,700 untuk empat

sekeluarga. Sekiranya model Phuket ter-

bukti berjaya, kerajaan akan berusaha

menirunya di negara lain.

Setelah pengunjung menghabiskan

kuarantin, mereka dapat tinggal dan

melakukan perjalanan bebas selama

tiga hingga sembilan bulan dengan visa

khas yang dibuat untuk menghidupkan

kembali pelancongan.

Harapan untuk 40 juta pengunjung

tahun ini musnah setelah koronavirus

menghentikan perjalanan global, men-

jadikan ekonomi Thailand jatuh bebas.

Penutupan sempadan pada bulan

April bermaksud pembekuan segera

kepada pendapatan berjuta-juta warga

Thailand yang bekerja di sektor ini -

dengan impak besar terhadap industri

perkhidmatan dan restoran.

Sebelum wabak, pelancongan men-

jana 93 peratus pendapatan Phuket.

Hari ini, hampir semua hotel dan lebih

70 peratus perniagaan di pulau itu ditu-

tup, kata para pegawai.

Tetapi Thailand tidak terjejas teruk

akibat virus itu dengan melaporkan 59

kematian, dan pihak berkuasa berharap

para pelancong akan terus tertarik ke

negara itu walaupun harus mematuhi

tindakan kuarantin ketat dan mahal.

Polis dalam panggilan

Jumlah pelawat di bawah skema

visa baharu kemungkinan akan terhad

- “hanya mereka yang mempunyai sa-

rana dan yang ingin tinggal beberapa

bulan di negara kita,” kata Kongsak

Khoopongsakorn, presiden Thai Hotel

Association Southern Chapter.

Tetapi kebangkitan pelancongan

- walaupun kecil - sangat diperlukan,

katanya. “Ia bukan hanya akan mening-

katkan ekonomi negara secara berteru-

san tetapi memungkinkan kita untuk

bersabar.”

Di resort The Senses, pengunjung

akan bangun melihat pemandangan

gunung dan dapat berenang di kolam

in initi di setiap vila.

Tetapi percubaan untuk mening-

galkan bilik boleh membawa polis ke

pintu tamu dalam masa 15 minit, kata

Thanchanok Pramkull, timbalan penga-

rah komersial hotel, sementara seorang

tetamu yang dijangkiti dapat dibawa ke

hospital dalam setengah jam.

Melengkapkan kuarantin tidak men-

jamin kebebasan yang tidak terbatas -

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-

O›Cha, mengatakan lokasi pelawat akan

terus dikesan melalui aplikasi telefon

bimbit.

Tetapi peraturan yang ketat itu tidak

menghalang hasrat kira-kira 20 orang

dari India dan Eropah yang menghubun-

gi hotel sejak mendapat persetujuan un-

tuk program ini.

“Ia adalah sangkar yang disepuh,”

kata seorang pengunjung Denmark

berusia 50 tahun yang merancang

penginapan di The Senses, yang eng-

gan namanya disebutkan.

“Tapi sangat berbaloi. Setelah kua-

rantin kita dapat menikmati matahari

terbenam yang indah di salah satu tem-

pat paling selamat di dunia daripada vi-

rus COVID›19.” – AFP