Khamis, 8 Oktober 2020
21
PERPUSTAKAAN
MINI IBARAT
LILINMENERANGI
KEGELAPAN
SANAA
– “Ia bagai lilin men-
erangi kegelapan,” kata Fawzi
al-Ghoudi di ibu negara Yaman
yang dikawal oleh pemberon-
tak, Sanaa, merujuk kepada
inisiatifnya untuk membang-
kitkan minat membaca buku
di kalangan penduduk, seba-
gai satu cara untuk melepas-
kan diri daripada keperitan
peperangan.
Idea untuk kempen ‘Yaman
Baca’ adalah mudah – untuk
menubuhkan perpustakaan mini
di seluruh bandar di mana orang
boleh meminjam buku secara
percuma, beritahu lelaki berusia
30 tahun itu kepada
AFP
.
Inisiatif itu dilancarkan sejak
2013, setahun sebelum pem-
berontak Huthi yang disokong
Iran merampas kawasan Sanaa,
justeru memulakan perang ha-
bis-habisan dengan kerajaan
yang disokong oleh gabungan
tentera pimpinan Saudi.
Kebanyakan
sukarelawan
projek melarikan diri pada
masa itu, bimbang dengan ke-
selamatan diri mereka, namun
Ghoudi dan empat rakan lain
memulihkannya pada 2019 set-
elah mendapat kebenaran dari-
pada pihak berkuasa Huthi.
Setakat ini mereka telah
mendirikan lima gerai kecil
dengan rak yang dipenuhi den-
gan buku di tempat awam di
Sanaa, termasuk sebuah ge-
dung membeli-belah.
“Dengan mendirikan ge-
rai berkenaan, anda membuat
orang rasa terdapatnya kehidu-
pan di Yaman,” beritahu Ghoudi
kepada
AFP
, menambah rakyat
yang dibelenggu peperangan
sudah bosan dengan suasana
bising di sekeliling mereka dan
berita pembunuhan yang tidak
henti.
Konlik
Yaman,
yang
telah mencetuskan apa yang
digambarkan oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsaBersatusebagai
krisis kemanusiaan paling teruk
di dunia, sudah memasuki
tahun keenamnya, dengan
puluhan ribu terbunuh dan
majoriti penduduk bergantung
pada bantuan untuk hidup.
Sanaa pernah menjadi salah
sebuah pusat komersial dan
kebudayaan paling rancak di
rantau itu, tetapi era kegemi-
langannya hanya menjadi ke-
nangan sekarang.
Seorang lelaki memeriksa aplikasi perpustakaan mini, didirikan oleh kempen ‘Yaman Baca’ di ibu negara Sanaa. –
AFP
Seorang lelaki Yaman mendaftar namanya selepas meminjam sebuah buku
dari perpustakaan mini di ibu negara Sanaa. – AFP
Seorang warga Yaman menderma buku kepada perpustakaan mini di Sanaa. – AFP
Penduduk Huthi mengena-
kan kod moral yang ketat, ter-
masukmenutup kafe yang tidak
mematuhi peraturan mengenai
pemisahan lelaki dan wanita,
dan menguatkuasakan pakaian
yang tidak mencolok mata.
“Negara berbau serbuk letu-
pan...dan perpustakaan kecil ini
merupakan satu peringatan ba-
hawa membaca masih penting
walaupun jika ia bukan lagi satu
keutamaan,” kata Mohammed
Mahdi, 32, salah seorang pem-
baca setia.
Beliau berkata beliau ter-
jumpa salah sebuah gerai ‘se-
cara kebetulan’ pada tahun lalu
dan sejak itu telah meminjam
buku atau menggalak orang
lain untuk melakukan yang
sama.
Ghoudi berkata menerusi
sumbangan, mereka berjaya
mengumpul kira-kira 5,000
buku dan berharap dapat
membuka 10 perpustakaan
tambahan. Namun di sebuah
negara yang mempunyai ban-
yak keperluan terdesak, men-
gumpul wang yang diperlukan
oleh mereka adalah sukar.
“Orang memberitahu anda
bahawa mereka memilih mem-
buat sumbangan untuk mem-
berikan bantuan kepada orang
yang terjejas oleh peperangan,
dan mengelak ancaman kebu-
luran,” katanya.
Namun, Ghoudi dan ra-
kannya masih terus berusaha
untuk membangunkan projek
itu seberapa yang mampu,
dan telah mendirikan peti ku-
tipan untuk buku dalam gerai
mereka.
Bagaimanapun,
mereka
mengelak menerima buku
mengenai politik dan agama –
isu sensitif di negara tersebut.
Fatima al-Kathiri, 24, se-
orang pelajar universiti, berasa
gembira untuk mengambil ba-
hagian dalam inisiatif itu. - AFP




