Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Jumaat, 9 Oktober 2020

13

WASHINGTON,8OKT

–PresidenDonald

Trump, yang masih menerima rawatan

COVID 19, berkata hari ini beliau enggan

mengambil bahagian dalam perdebatan

presiden pada minggu depan selepas ia

diubah kepada format maya.

“Saya tidak akan menyertai perdeba-

tan alam maya,” beritahunya kepada

Fox

Business News

, berkata ia ‘tidak dapat

diterima.’

Beliau menuduh suruhanjaya perde-

batan dwipartisan berusaha ‘melindu-

ngi’ pencabarnya Joe Biden.

Suruhanjaya Perdebatan Presiden

berkata sebelumnya bahawa ia akan

membuat perubahan kepada format

maya demi ‘melindungi kesihatan dan

keselamatan semua yang terbabit.’

Ia berkata perdebatan akan mempu-

nyai forum dewan perbandaran dengan

calon di lokasi terpencil.

Trump diuji positif COVID 19 pada

minggu lalu dan menghabiskan tiga hari

di hospital sebelum kembali ke Rumah

Putih pada petang Isnin.

Walaupun beliau masih mudah ber-

jangkit, beliau menanggalkan penutup

mulut dan hidungnya sejurus selepas

tiba di Rumah Putih dan bergambar di

depan jurugambar. – AFP

WASHINGTON, 8 OKT

– Amerika

Syarikat (AS) telah merampas 92 domain

web yang digunakan oleh Iran, termasuk

empat yang dianggap laman berita

Bahasa Inggeris asal, umum Jabatan

Keadilan semalam.

Laman itu dikenal pasti terlebih da-

hulu dengan risikan dari Google dan

seterusnya dengan bantuan dari Twitter

dan Facebook, menurut jabatan.

Empat di antara mereka, dengan

nama domain

‘newsstand7.com

,’ ‘us-

journal.net,

‘usjournal.us

,’ dan ‘twtoday.

net,’ dikendali oleh atau bagi pihak Kor

Pengawal Revolusi Islam Iran untuk

mempengaruhi dasar domestik dan luar

negara AS, menurut Jabatan.

Sejumlah 88 domain lain juga ter-

masuk dalam laman berita tersebut ‘un-

tuk menyebar propaganda Iran’ dan me-

nyasarkan Eropah Barat, Timur Tengah

dan Asia Tenggara. Pelawat ke laman se-

sawang semalam boleh melihat satu ke-

nyataan berkata ‘Domain ini telah diram-

pas oleh Biro Siasatan Persekutuan.’

“Kami akan terus menggunakan

kesemua alat kami untuk menghalang

Kerajaan Irandaripadamenyalahgunakan

syarikat AS dan media sosial untuk me-

nyebar propaganda secara terselindung,

untuk mempengaruhi rakyat AS secara

rahsia dan menyemai perbalahan,” kata

Penolong Peguam Negara John Demers.

“Pertubuhan berita palsu telah

menjadi saluran baharu untuk maklumat

palsu yang disebarkan oleh negara

autoritarian tatkala mereka berusaha

melemahkan demokrasi kami,” kata

Demers. – AFP

MOSCOW, 8 OKT

– Rusia semalam

memindahkan lebih daripada 2,000

orang dari kampung berhampiran

selepas

satu

kebakaran

hutan

mencetuskan letupan besar di sebuah

depot senjata di rantau Ryazan tenggara

Moscow, kata pegawai.

Lebih daripada 400 anggota bomba

bergelut sehingga petang untuk

memadamkan kebakaran yang meletus

di depot tengah hari semalam, dengan

pihak berkuasa berkata lima orang

cedera tetapi tidak ada sesiapa yang

terkorban. Kebakaran dicetuskan oleh

kebakaran hutan di kawasan rumput

kering berhampiran, kata kementerian

kecemasan, mengakibatkan gudang

senjata meletup tanpa henti.

Api dan asap tebal berkepul-kepul

naik ke udara di depot yang dilaporkan

menyimpan kira-kira 75,000 tan senjata.

Jawatankuasa Siasatan berkata ia telah

melancarkan siasatan jenayah dalam

kemungkinan pencabulan peraturan.

Kementerian kecemasan berkata le-

wat semalam ia telah menghantar ang-

gota bomba tambahan dari Moscow

dan menggunakan teknologi moden.

Menteri kecemasan Yevgeny Zinichev

telah berkunjung ke tempat kejadian.

Gabenor serantau Nikolai Lyubimov

menyifatkan situasi sebagai ‘kompleks’

tetapi berkata dalam satu kenyataan

pada petang bahawa ‘situasi tersebut

berjaya dikawal.’ Kementerian kece-

masan berkata ia memindah lebih 2,300

penduduk yang tinggal dalam jarak 5 ki-

lometer dari kebakaran dan lebuh raya

berhampiran telah ditutup kepada lalu

lintas. – AFP

WASHINGTON, 8 OKT

– Presiden

Donald Trump berkata beliau mahu

semua tentera Amerika Syarikat (AS)

meninggalkan Afghanistan men-

jelang Krismas, mempercepatkan

tempoh menamatkan peperangan

paling lama Amerika.

“Kami harus mempunyai sebi-

langan kecil pegawai lelaki dan

wanita yang Berani berkhidmat di

Afghanistan pulang menjelang

Krismas!” tulis Trump di Twitter le-

wat semalam. Taliban mengalu-alu-

kan pengumuman itu sebagai satu

‘langkah positif’ dalam pelaksanaan

perjanjian mereka pada 29 Februari

dengan AS yang akan melihat ke-

semua tentera asing meninggalkan

Afghanistan pada Mei 2021.

Sebagai tukaran, Taliban ber-

janji tidak akan membenarkan

Afghanistan digunakan oleh kumpu-

lan pelampau seperti Al-Qaeda – se-

bab asal untuk serangan AS 2001.

Dalam satu kenyataan, Taliban

berkata mereka ‘komited dengan

perjanjian itu dan mahu hubungan

positif dengan semua negara pada

masa depan, termasuk Amerika

Syarikat.’

Terdahulu,

Penasihat

Keselamatan

Nasional

Robert

O’Brien berkata pasukan tentera

AS di Afghanistan pada masa ini

berjumlah kurang 5,000 dan akan

berkurangan

kepada

kira-kira

2,500 menjelang awal 2021. – AFP/

Bernama

RINGKASAN

EU beli 500,000

dos Remdesivir

BRUSSELS,8OKT

–Suruhanjaya

Eropah (EC) berkata ia telah

mencapai perjanjian dengan

syarikat farmaseutikal Gilead

untuk membeli 500,000 dos

rawatan Remdesivir.

Tidak ada rawatan yang ter-

bukti mampu mencegah penya-

kit serius selepas jangkitan koro-

navirus tetapi ubat antiviral yang

juga dikenali dengan nama kom-

ersial Veklury itu telah memban-

tu beberapa pesakit COVID 19

pulih dengan lebih cepat.

Remdesivir telah diluluskan

sebagai rawatan untuk koronavi-

rus oleh Suruhanjaya pada Julai.

“Hari ini, kami mendapat

akses kepada Remdesivir untuk

rawatan sehingga 500,000 pe-

sakit yang memerlukan,” kata

Stella Kyriakides, Pesuruhjaya

Kesihatan dan Keselamatan

Makanan. – AP

Junta bebaskan

bekas PMMali

DAKAR, 8 OKT

– Junta tentera

Mali membebaskan bekas per-

dana menteri dan presiden Majlis

Nasional negara itu yang ditahan

selepas rampasan kuasa pada 18

Ogos lalu, lapor agensi

Anadolu

.

Dalam

satu

kenyataan

bertulis, Majlis Nasional untuk

Keselamatan Rakyat (CNSP),

kumpulan tentera yang melaku-

kan rampasan kuasa, berkata se-

ramai 12 orang termasuk orang

awam dan pegawai tentera su-

dah dibebaskan.

Mereka termasuk bekas

Perdana Menteri Boubou Cisse,

Presiden Majlis Nasional Moussa

Timbine dan Menteri Pertahanan

Ibrahima Dahirou Dembele.

Komuniti Ekonomi Negara-

Negara Afrika Barat (ECOWAS)

menarik balik sekatan yang dike-

nakan sejak 18 Ogos ke atas Mali

sehari selepas kerajaan pera-

lihan dibentuk pada 5 Oktober.

– Bernama

Lalat hinggap

kepala Pence

curi perhatian

WASHINGTON, 8 OKT

– Seekor

lalat hinggap di kepala wakil

presiden Mike Pence semasa

perbahasan malam semalam,

telah menarik perhatian media

sosial dan mencuri perhatian

selama dua minit, lapor agensi

Anadolu

.

Hinggap di rambut Pence

yang putih, lalat hitam itu

dengan pantas menjadi topik

yang tular di Twitter dengan

tanda pagar #¨lygate di laman

sesawang mikroblog.

Calon presiden demokratik

JoeBiden juga ikut serta,menulis

ciapan “Truth over Flies” bernilai

AS$10 yang dengan pantas

dimuat naik ke laman web

kempennya selepas peristiwa

itu meledak secara tiba-tiba di

media sosial.

“Penghalau lalat dan dusta.

Dapatkan hari ini,” kata Biden.

– Bernama

TRUMP ENGGAN SERTAI

PERDEBATANMAYA

Gambar fail menunjukkan Presiden Donald

Trump bercakap mengenai ujian COVIDŒ19 di

Rose Garden Rumah Putih di Washington, DC

pada 28 September. – AFP

AS rampas laman sesawang ‘propaganda’ Iran

Tentera AS di

Afghanistan

pulang

menjelang

Krismas

Depot senjata terbakar,

ribuan dipindah

Gambar dari perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Rusia rantau Ryazan

menunjukkantrakbombadiletakbersebelahankampungtatkalaasapberkepul-kepul naikselepas

gudang senjata terbakar di rantau Ryazan pada 7 Oktober. – AFP