Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Jumaat, 9 Oktober 2020

14

KERAJAAN DI ASEAN PERLU

LAKSANA LANGKAH BAHARU

KUALA LUMPUR, 8 OKT

Kerajaan

di negara ASEAN perlu melaksanakan

langkah baharu untuk menyokong

perdagangan

dan

pelaburan

di

dalam rantau ini di samping memacu

penerimagunaan digital dalam usaha

menangani risiko pertumbuhan luaran

dan dalaman yang wujud, menurut bank

Standard Chartered.

Bank

itu

berkata

unjuran

pertumbuhan

boleh

direalisasikan

melalui peluang khusus dalam tiga

sektor iaitu pembuatan, infrastruktur

serta peruncitan dan pengguna.

“Selainperubahanperaturan,penting

jugauntuksyarikatkorporatpertengahan

mengembangkan kemampuan yang

sesuai bagi menempatkan operasi

mereka di peringkat rantau serta

mendigitalkannya secara berkesan,”

menurutnya.

Ia berkata demikianmenerusi laporan

bertajuk ‘ASEAN - A Region Facing

Disruption: Positioning Mid-Corporates

for Growth in Southeast Asia’ (ASEAN

- Sebuah Rantau yang Menghadapi

Gangguan: Penentududukan Korporat

Pertengahan bagi Pertumbuhan di Asia

Tenggara) yang diterbitkan baru-baru

ini.

Perniagaan korporat pertengahan

dideŠinisikan sebagai syarikat yang

merekodkan perolehan tahunan antara

AS$10 hingga AS$500 juta.

“Berperanan sebagai penghubung

nilaitambahantarasyarikatmultinasional

yang menyasarkan penembusan atau

pengembangan di rantau ini, banyak

pembekal berskala kecil dan perniagaan

korporat

pertengahan

berasaskan

pengguna yang pantas berkembang

akan menjadi entiti penting untuk

memperkukuh kedudukan ASEAN dalam

ekonomi global yang pesat berubah,”

katanya.

Standard Chartered berkata kejayaan

pelaksanaan strategi pertumbuhan

akan amat bergantung kepada asas

keupayaanyangkukuhdalamlingkungan

syarikat, disokong oleh empat elemen

penting -- pembangunan bakat, budaya

organisasi, infrastruktur teknologi dan

pengurusan modal.

“Syarikat korporat pertengahan

perlu menggunakan teknologi baharu

di sepanjang jalur produktiviti mereka

untuk memenuhi jangkaan syarikat

multinasional iaitumencapai produktiviti

lebih tinggi pada kos lebih rendah,” kata

bank itu.

Ia

berkata

berdasarkan

Kaji

Selidik Industri 4.0 Global oleh

PriceWaterhouseCoopers,

para

pengeluar di seluruh dunia dijangka

mengurangkan kos operasi sebanyak

3.6 peratus, di samping meningkatkan

kecekapan sebanyak 4.1 peratus setiap

tahun melalui penerimagunaan teknolo-

gi perindustrian generasi akan datang.

Penggunaan

teknologi

seperti

Internet of Things (IoT) dan robot

kolaboratif perlu diutamakan dalam

jangka pendek manakala kecanggihan

percetakan tigadimensi (3D) dankontrak

digital

menawarkan

penyelesaian

jangka panjang untuk masalah yang

dihadapi pihak korporat pertengahan,

menurutnya.

Bank itu berkata kontrak digital

berasaskan

teknologi

‘blockchain’

semakin pesat membangun sebagai

penyelesaian

berpotensi

untuk

perdagangan

rentas

sempadan.

– Bernama

OPEC: Permintaan

minyak masih meningkat

PARIS, 8 OKT

Krisis koronavirus telah

mencetuskan perbincangan yang dunia

mungkin telah mencapai kemuncak

permintaan minyak namun kumpulan

OPEC melihat penggunaan minyak

mentah berterusan meningkat semasa

suku abad seterusnya, sebahagian

besarnya dipacu oleh penggunaan

kereta di negara-negara membangun.

Dalam ramalan terbaharu yang

disiarkan hari ini, OPEC melihat impak

jangka panjang meskipun pandemik

koronavirus menjatuhkan ekonomi

global dan permintaan minyak.

Walaupun

langkah

pemulihan

ekonomi akan menentukan seberapa

cepatnyapenggunaanminyakmelantun,

senariopemulihanperlahanOPECmalah

menyaksikan peningkatan permintaan.

“Pada peringkat global, permintaan

minyak dijangkakan bertambah hampir

10 juta tong sehari (mbd) bagi jangka

panjang, meningkat dari 99.7 mbd pada

2019 kepada 109.1 mbd pada 2045,” kata

kumpulan itu dalam Ramalan Minyak

Dunia terbaharunya. Dasar senario ini

mewakili 9.4 peratus pertumbuhan dari

paras penggunaan selepas koronavirus.

Di bawah senario pertumbuhan

perlahannya, OPEC menjangkakan

pertumbuhan

5

peratus

dalam

permintaan minyak. – AFP

Keuntungan Samsung

melonjak hampir 60 peratus

Seorang individumelintasi papan iklan telefonpintar Samsungdi kedai SamsungElectronics

di Seoul pada 8 Oktober. – AFP

SEOUL, 8 OKT

Keuntungan operasi

bagi suku ketiga Samsung Electronics

hari ini melonjak hampir 60 peratus,

ketika perniagaan mudah alih dan

cipnya dirangsang oleh sekatan AS

terhadap pesaingnya dari China,

Huawei.

Ramalan itu akan mewakili

keuntungan operasi terbesar syarikat

itu pada mana-mana suku selama dua

tahun dan juga mendahului ramalan

penganalisis.

Samsung

Electronics

sangat

penting kepada kesihatan ekonomi

Korea Selatan, walaupun ia dimiliki

oleh perniagaan konglomerat dikawal

sebuah keluarga, yang mendominasi

ekonomi ke-12 terbesar di dunia.

Perolehan keseluruhannya bersa-

maan dengan satu perlima keluaran

dalam negara kasar.

James Kang, penganalisis kanan di

Euromonitor International Korea, ber-

kata pelancaran peranti telefon pre-

mium terbaharu Samsung – Galaxy

Note 20 dan Galaxy Z Fold 2 – pada

bulan Ogos, ditambah dengan pen-

jualan kukuh telefon jenis sederhana,

telah meningkatkan prestasi suku ke-

tiga Širma itu. – AFP

Korea S lancar siasatan

ke atas Google

SEOUL, 8 OKT

Korea Selatan

melancarkan

siasatan

antipakatan

terhadap Google berhubung rancangan

gergasi global itu mengenakan Ši

komisen bagi belian dalam aplikasi

yang dimuat turun dari gedung aplikasi

telefon mudah alih, memetik pegawai

hari ini, lapor agensi berita

Yonhap

.

Gergasi teknologi Amerika Syarikat

itu disiasat pihak berkuasa Korea

Selatan selepas ia mengemas kini dasar

globalnya pada lewat bulan lalu bagi

membolehkan semua aplikasi yang

terkandung dalam gedung Play Store

menggunakan sistem pengebilan yang

disediakan google.

Di bawah dasar baharu yang

dirancang berkuat kuasa Oktober tahun

depan itu, Google akan mengenakan

komisen 30 peratus untuk semua

pembelian digital oleh pengguna.

Syarikat pembangunan aplikasi Korea

Selatan membantah keras langkah itu

dengan alasan iamungkinmelanggar un-

dang-undangperdaganganyangadil dan

telekomunikasi tempatan. – Bernama

Logo syarikat Google yang dipaparkan dalam

tablet di Paris pada 17 Februari 2019. – AFP

Singapura mulakan pelayaran selamat pada Nov

SINGAPURA, 8 OKT

– Selaras

dengan penyambungan semula

aktiviti ekonomi Singapura di tengah-

tengah pandemik COVID£19, dua

syarikat kapal persiaran dibenarkan

menawarkan khidmat pelayaran

selamat bermula November 2020

dengan protokol keselamatan yang

dipertingkatkan, menurut Lembaga

Pelancongan Singapura (STB).

Bagi membolehkan masa untuk

mengkaji semula operasi protokol

keselamatan yang dipertingkatkan

itu, STB berkata kapal persiaran World

Dream milik Genting Cruise Lines

akan memulakan pelayaran perintis

itu pada 6 November manakala kapal

Quantum of the Seas milik Royal

Caribbean International akan mula

belayar pada Disember. Kedua-dua

kapal itu menggunakan Singapura

sebagai pelabuhan utamanya.

“Pelayaran perintis ini merupakan

peluang yang sangat berharga bagi

pengendali kapal persiaran untuk

mencipta semula pengalaman pela-

yaran demi mengembalikan keyaki-

nanpenumpang,” kata Ketua Eksekutif

STB Keith Tan dalam kenyataan di sini

hari ini. – Bernama