Jumaat, 9 Oktober 2020
15
TUDUNG JADI KANVAS KARYA SENI
KOTA BHARU –
“Saya melukis
secara manual dan eksklusif
untuk setiap helaian kain tu-
dung yang dijual,” demikian
kata pemilik kedai yang dina-
makan Tudung Lukisan Tangan,
Lt (B) Rosli Ab Rashid, 45.
Pesara Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) itu, men-
ganggap sudah menjadi ke-
biasaan bagi seseorang yang
memiliki bakat dan kemahiran
melukis, untuk mencari sum-
ber rezeki dengan menjual
lakaran potret, lukisan peman-
dangan atau karikatur kepada
orang ramai. Justeru, Rosli atau
mesra dipanggil Abe Li memi-
lih helaian tudung sebagai
‘kanvas’ untuk menjual hasil
karya lukisannya, selain mahu-
kan elemen tersendiri dalam
perniagaannya berbanding pe-
lukis lain.
“Ia juga adalah saranan
daripada adik perempuan saya
dan pada pendapat saya men-
jual potret, lukisan abstrak atau
seumpamanya, agak sukar un-
tuk terjual mungkin kerana seni
lukisan bukan ‘budaya’ bagi
kebanyakan rakyat tempatan,
berbanding masyarakat di neg-
ara barat.
“Berbeza dengan tudung, ia
merupakan sebahagian dari-
pada pakaian wanita dan me-
reka pula gemar menghiasi
diri dengan pelbagai jenis
koleksi tudung, agar terlihat
lebih cantik dan anggun,” ka-
tanya ketika ditemui
Bernama
di kedainya di Wakaf Che Yeh di
sini, baru-baru ini. Corak pada
tudung lukisan tangan berin-
spirasi tumbuhan semula jadi
seperti pokok semalu, pokok
ubat denggi, bunga orkid
dan pelbagai spesies rumput
liar. Kesemua tudung yang di-
jual merupakan hasil lukisan
tangan Rosli, tanpa menggu-
nakan kaedah teknologi seperti
‘fabric printing’.
Namun begitu, Rosli ber-
kata produknya juga memi-
liki kualiti yang bagus dengan
menggunakan fabrik jenis ‘cot-
ton premium and exclusive’
serta dakwat khas bagi kain,
supaya tidak akan melunturkan
lukisan corak tersebut selepas
dicuci. Bercerita lanjut, bapa
kepada tiga orang anak itu ber-
kata, proses untuk menyiapkan
satu lukisan corak bagi sehelai
tudung mengambil masa kira-
kira lebih satu jam dan beliau
boleh menghasilkan 10 jenis
corak berbeza dalam tempoh
sehari dengan variasi warna
tudung.
“Sejak
Tudung
Lukisan
Tangan dibuka pada November
2019, saya telah menghasilkan
lebih 2,000 lukisan corak yang
berbeza dan sudah melukis ‘tiga
generasi’ konsep corak, iaitu
generasi pertama lebih kepada
potret bunga, kemudian abstrak
dan terkini tumbuhan liar.
“Saya selalu melukis di ru-
mah kerana perlukan fokus
dan tidak ingin diganggu,” ka-
tanya sambil menambah se-
tiap lukisan corak pada tudung
mengambil masa dua hari,
untuk ia benar-benar kering,”
katanya.
Menurutnya lagi, harga bagi
sehelai tudung kurang daripa-
da RM100 bergantung kepada
corak yang dilukis dan beliau
boleh mencapai keuntungan
dalam lingkungan empat ang-
ka sebulan, termasuk penjualan
secara borong.
“Pelanggan yang datang
membeli bukan sahaja pen-
duduk setempat tetapi orang
dari negeri lain seperti Kuala
Lumpur. Kebanyakannya, beli
tudung ini untuk dipakai pada
majlis tertentu dan ada juga
segelintir pelanggan yang
membingkai (frame) untuk di-
jadikan perhiasan rumah,” tam-
bahnya. – Bernama
Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lt (B) Rosli Ab Rashid, 45, atau Abe Li menunjukkan tudung dan potret
yang dihasilkannya secara manual ketika ditemui di kedainya di Wakaf Che Yeh baru-baru ini. – Bernama
Sebahagian tudung bercorak bunga yang dihasilkan oleh Abe Li melalui lukisan tangan ketika
ditemui di kedainya di Wakaf Che Yeh. – Bernama
Abe Li menunjukkan hasil karya lukisannya dengan menjadikan helaian tudung sebagai sumber
rezeki ketika ditemui baru-baru ini. Corak pada produk tudungnya berkonsepkan tumbuhan
semula jadi. – Bernama




