Previous Page  16 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 16 / 24 Next Page
Page Background

Jumaat, 9 Oktober 2020

16

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas

Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

IQAMAH SEMBAHYANG: BILA

SEPATUTNYA JEMAAH BERDIRI?

Semasa hendak mendirikan sem-

bahyang jemaah, ada beberapa perkara

yang dituntut melaksanakannya sama

ada ia merupakan syarat berjemaah,

adab-adabnya ataupun perkara-perkara

yang disunatkan.

Iqamah adalah antara perkara yang

dituntut melaksanakannya dalam sem-

bahyang jemaah. Ia sunat dilaungkan

sebelum mendirikan sembahyang fard-

hu secara jemaah. Malah iqamah juga

disunatkan bagi orang yang hendak

mendirikan sembahyang fardhu secara

seorang diri.

Padakelazimannya, seorangbilal atau

seumpamanya akan berdiri melaungkan

iqamah bagi menandakan sembahyang

jemaah akan dilakukan. Dalam hal ini,

bilakah sewajarnya para jemaah bangun

berdiri untuk mendirikan sembahyang?

Berdiri setelah selesai iqamah

Orang yang ingin mendirikan sem-

bahyang jemaah sama ada imam atau-

pun makmum disunatkan untuk tidak

bangun berdiri sehinggalah bilal selesai

melaungkan iqamah. Ini kerana waktu

selesai iqamah itu adalah waktu un-

tuk mendirikan sembahyang jemaah.

Sementara waktu sebelum selesai iqa-

mah pula adalah waktu yang digunakan

untuk menjawab seruan iqamah.

Ini bererti jemaah yang sedang

duduk disunatkan untuk tidak bangun

berdiri dan jemaah yang sedang berbar-

ing atas lambungnya disunatkan untuk

tidak duduk sehinggalah bilal selesai

melaungkan iqamah. Demikian juga,

sekiranya jemaah itu hendak mendirikan

sembahyang dalam apa jua keadaan-

nya pada masa itu sama ada dia berdi-

ri, duduk atau seumpamanya, tidak

disunatkan baginya bertawajjuh (meng-

hadap untuk sembahyang) sehinggalah

bilal selesai melaungkan iqamah.

Lambat bangun kerana susah berdiri

Jemaah yang lambat bangun kerana

susah berdiri seperti uzur, sekiranya dia

bangun berdiri setelah selesai bilal me-

laungkan iqamah nescaya dia akan ter-

lepas kelebihan mengangkat takbiratu-

lihram bersama imam, maka dalam hal

ini dia boleh bangun berdiri sebelum bi-

lal selesai melaungkan iqamah iaitu seki-

ra-sekira waktu dia sempat mengangkat

takbiratulihram bersama imam.

Ini sama juga halnya dengan jemaah

yang ingin berada di saf pertama sedang

dia pada ketika itu berada jauh. Jika dia

bangun berdiri setelah selesai bilal me-

laungkan iqamah dan dia menuju ke

saf pertama nescaya dia akan terlepas

kelebihan mengangkat takbiratulihram

bersama imam, maka dalam hal ini dia

boleh bangun berdiri sebelum bilal se-

lesai melaungkan iqamah.

Menurut

Imam

al-Mawardi

Rahimahullah, jemaah tua yang lam-

bat bangun sayugialah berdiri ketika

bilal melaungkan iqamah pada lafaz:

Qadqamatis Solah sementara jemaah

yang boleh bangun cepat pula hendak-

lah berdiri setelah bilal selesai melaung-

kan iqamah agar mereka berdiri seren-

tak dalam waktu yang sama.

Masuk masjid sedang bilal melaung-

kan iqamah

Jika seseorang masuk ke dalam

masjid sedang bilal melaungkan iqamah

atau hampir waktu untuk melaungkan

iqamah, maka adalah lebih utama bag-

inya untuk terus kekal berdiri ketika itu

dan makruh baginya mendirikan sem-

bahyang sunat. Ini berdasarkan kepada

hadis yang diriwayatkan daripada Abu

Hurairah r.a., Rasulullah bersabda yang

maksudnya:

“Jika sembahyang hendak didirikan

(Iqamah) maka tidak ada sembahyang

(sunat) melainkan sembahyang fardhu.”

(Hadis riwayat Muslim)

Iqamah dilaungkan ketika sebila-

ngan jemaah mendirikan sembahyang

sunat

Jika terdapat sebilangan jemaah

mendirikan sembahyang sunat lalu bilal

melaungkan iqamah, maka dilihat pada

beberapa keadaan berikut:

Jika sebilangan jemaah yang mendi-

rikan sembahyang sunat itu tidak takut

akan terlepas sembahyang berjemaah

iaitu sempat berjemaah walaupun sebe-

lum imam memberi salam, namun hen-

daklah dilihat lagi kepada dua keadaan

berikut:

Sekiranya dia mendirikan sem-

bahyang sunat dengan menentukan bi-

langan rakaat, maka sunat baginya me-

nyempurnakan sembahyang sunatnya

itu.

Sekiranya dia mendirikan sem-

bahyang sunat tanpa menentukan bi-

langan rakaat, maka ringkaskanlah

sembahyang sunatnya itu kepada dua

rakaat.

Sekiranya sebilangan jemaah yang

mendirikan sembahyang sunat itu takut

akan terlepas sembahyang berjemaah

iaitu jika dia meneruskan sembahyang

sunatnya nescaya imam akan mem-

beri salam sebelum dia selesai mendi-

rikan sembahyang sunat, maka sunat

baginya memutuskan (membatalkan)

Iqamah adalah antara perkara yang dituntut

melaksanakannyadalamsembahyang jemaah.

– Agensi

sembahyang sunatnya itu.

Sekiranya sebilangan jemaah yang

mendirikan sembahyang sunat itu tahu

akan ada sembahyang jemaah kedua

selepas sembahyang jemaah pertama,

maka sunat baginya menyempurnakan

sembahyang sunatnya itu.

Sekiranya sebilangan jemaah itu se-

dangmendirikan sembahyang sunat lalu

bilal melaungkan iqamah untuk mendi-

rikan sembahyang fardhu Jumaat, maka

wajib dia memutuskan (membatalkan)

sembahyang sunatnya itu sekiranya ia

menyebabkan terlepasnya rukuk pada

rakaat kedua bersama imam.

Demikianlah beberapa penjelasan

mengenai perkara yang perlu dilaku-

kan oleh para jemaah apabila iqamah

dilaungkan. Para jemaah yang duduk

disunatkan untuk tidak bangun berdiri

sehinggalah bilal selesai melaungkan

iqamah kecuali dalambeberapa keadaan

tertentu.

Solat berjemaah erat ukhuwah, latih diri berdisiplin

Solat merupakan tuntutan ibadah wajib

yang harus ditunaikan bagi setiap mus-

lim. Ini kerana solat merupakan Rukun

Islam kedua yang menjadi tiang agama

sebagai keimanan kepada Allah.

Bagi setiap muslim, wajib menu-

naikan ibadah sholat lima waktu di se-

tiap hari yang dapat dikerjakan secara

bersendirian atau berjemaah di rumah

atau di masjid. Ibadat solat berjemaah

akan mendapatkan pahala yang berlipat

ganda dibandingkan solat yang dikerja-

kan seorang diri. Di mana pahala solat

berjemaah adalah 27 kali ganda ber-

banding solat berseorangan. Ertinya

orang yang solat fardhu berjemaah akan

diberi pahala seperti ia melakukannya

sebanyak 27 kali.

Selain solat fardu, solat berjemaah

juga biasa dilakukan pada solat-solat

Sunat seperti Solat Sunat Hajat, Solat

Sunat Aidil‹itri, Solat Sunat Tarawih dan

Solat berjemaah sangat digalakkan dan lebih afdal dilakukan di masjid. – Agensi

sebagainya. Untuk melaksanakan solat

berjemaah ini, sekurang-kurangnya bi-

langan makmum yang mengikut imam

adalah seorang, walaupun hanya se-

orang kanak-kanak.

Walau bagaimana pun, bilangan je-

maah yang lebih ramai adalah lebih uta-

ma. Oleh itu, masjid yang mempunyai

lebih ramai jemaah adalah lebih baik. Ini

berdasarkan sabda Rasulullah:

Solat seorang lelaki bersama dengan

seorang lelaki lebih afdal daripada so-

lat seorang diri dan solat bersama dua

orang lelaki adalah lebih afdal daripada

solat bersama dengan seorang lelaki.

Yang lebih ramai bilangannya, adalah

lebih disukai oleh Allah.

(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Dalam menjalankan ibadah solat berje-

maah, terdapat adab tertentu yang per-

lu dipelihara. Antara adabnya ialah:

Tidak membiarkan saf di hadapan

tidak penuh. Para makmum hendaklah

memenuhkan saf yang pertama dahu-

lu sebelum membuat saf yang kedua.

Sebagaimana mereka dikehendaki me-

menuhkan saf kedua sebelum membuat

saf yang ketiga.

Ini adalahperbuatanyangmenyebab-

kan hilangnya pahala berjemaah.

Tidak berada seorang diri dalam ma-

na-mana saf. Seorang makmum berdiri

di sebelah kanan imam, tidak di sebelah

kirinya atau belakangnya.

Tidak berada terlalu jauh daripada

imam atau saf di hadapan dengan jarak

melebihi tiga hasta.

Tidak mendahului, menyamai imam

atau terkemudian daripada imam se-

hingga selesai satu rukun.

Hikmah solat berjemaah

Antara hikmah melakukan solat ber-

jemaah ini dapat melatih orang ramai

mematuhi ketua.

Makmum wajib mematuhi imam

mengikut adab-adab tertentu. Di sam-

ping itu juga, solat berjemaah ini da-

pat melatih kaum muslimin berdisiplin

sepanjang masa seperti mereka lakukan

dalam solat jemaah.

Melakukan solat berjeemah ini da-

pat menimbulkan perasaan sama rata

sesama umat manusia iaitu kesemuanya

sama-sama menyembah Allah dengan

cara yang sama pula.

Serta ia juga membuka peluang ber-

tanya khabar antara satu sama lain dan

mengeratkan ukhuwah antara kaum

muslimin. – Agensi