Previous Page  17 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 24 Next Page
Page Background

Jumaat, 9 Oktober 2020

17

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa

sedih apabila keguguran buat kali

kedua selepas mengalami pendarahan

beberapa hari lalu.

Menerusi Instastory milik Nabila

atau lebih mesra disapa Abil, 36, tidak

dapat menahan sebak memikirkan

suaminya iaitu Mohd Izwan Johar

yang sememangnya berharap untuk

mendapat cahaya mata.

“Saya rasa, anda semua layak untuk

tahu apa yang terjadi. Saya kegugu-

ran buat kali kedua. Masa pertama kali

saya alami pendarahan, saya rasa san-

gat

down

.Semalamsayapulihkansemu-

la perasaan itu. “Serius... saya nak san-

gat, terlalu nak sangat anak. Keinginan

nak ada anak itu sangat mendalam.

Saya sangat teruja apabila doktor sah-

kan saya hamil selepas buat

blood test

.

“Saya teruja tapi dalam pada masa

yang sama paranoid sebab risau kalau

tiba-tiba dia (anak) tak ada sebab jatuh

atau tak dalam itu (kandungan). Saya

percaya tak ada rezeki lagi.

“Saya cuma kesian dekat suami

saya... lama dia tunggu. Kenapa susah

sangat? Susah sangat. Bila kita nak,

teringin sangat tapi kena

move on

,”

kata Nabila yang menitiskan air mata

ketika berkongsi perkara itu. Sebelum

ini, anak kepada penyanyi terkenal

Amy Search ini pernah mengalami

keguguran pada April tahun lalu.

Dalam pada itu, Nabila atau nama

sebenarnya Nabila Huda Suhaimi

mengucapkan terima kasih kepada

orang ramai yang mengambil berat

tentangnya. Menurut Nabila, dia tidak

mempunyai niat untuk meraih simpati

namun sekadar ingin berkongsi

keadaan dan perasaannya ketika itu.

Nabila mendirikan rumah tangga

dengan Izwan pada 25 Disember 2015

dan aktres itu mempunyai seorang

cahaya mata bernama Keisha Laila

yang kini berusia 10 tahun menerusi

perkahwinan pertama. – Agensi

SITI NURHALIZA

TERIMA

ANUGERAH EMAS

Album Siti Nurhaliza yang dilancarkan Julai lalu mendapat sambutan hangat dan terjual lebih

5,000 unit. – Agensi

Album

ManifestasiSITI2020

yang

dilancarkan Julai lalu mendapat

sambutan hangat sehingga melayakkan

penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza

menerima Anugerah Emas daripada

syarikat rakamannya.

ManifestasiSITI2020

yang terjual

lebih5,000unit itusecara tidak langsung

membuktikan album ke-18 berbentuk

‘izikal (CD) penyanyi itu masih relevan

biarpun terpaksa bersaing dengan

platform digital.

“Saya bersyukur kerana dalam

era digital, album ‘izikal saya masih

mendapat sambutan baik setelah empat

bulan berada di pasaran.

“Ini merupakan satu pencapaian

yangmembanggakandan saya berharap

agar jualan ini akan terus meningkat dari

semasa ke semasa, ” katanya.

Album

ManifestaSITI2020

dijual

menerusi SNP On Pay iaitu sistem pe-

masaran oleh Af‘iliate yang diwujud-

kan oleh syarikat produksi milik Siti

Nurhaliza. Ia memuatkan 11 buah lagu

termasuk lagu

Anta Permana

yang per-

nah menduduki tempat ketiga dalam

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Turut dimuatkan dalam album ini

adalah lagu

7 Nasihat

yang dilancarkan

pada Februari lalu, menyaksikan Siti

Nurhaliza

bergandingan

dengan

penyanyi duo Hip Hop, Kmy Kmo dan

Luca Sickta.

Selain itu, lagu

Aku Bidadari

Syurgamu

yang terkandung da-

lam

ManifestaSITI2020

juga berjaya

tersenarai dalam carta radio dan carta

platform digital.

Bukan itu sahaja, video muzik

rasmi

Aku Bidadari Syurgamu

berjaya

mencapai lebih 10 juta tontonan sejak

dimuatnaik di YouTube pada Julai lalu.

Selain jualan secara ‘izikal, peminat

juga bolehmendapatkan album tersebut

menerusi platform digital seperti

Spotify, Apple Music, YouTube Music,

JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

Pada September lalu, Siti dinobatkan

sebagai

Malaysia’s Most Admired

bagi

kategori wanita oleh portal YouGov iaitu

sebuah syarikat penyelidikan terkemuka

di dunia yang mengumpul data dan

maklumat hasil perkongsian pandangan

dari 9.6 juta ahli mereka dari seluruh

dunia. – Agensi

Justin Bieber dan isteri belum

terdesak untuk memiliki anak

Usia perkahwinan sudah memasuki dua

tahun, pasangan selebriti Justin Bieber

dan Hailey Baldwin masih belum ada

perancangan untuk memiliki anak.

Memetik laporan

Hollywoodlife

,

Hailey memberitahu biarpun pernah

menyimpan hasrat untuk dikurniakan

anak awal namun berubah ‘ikiran sebaik

sahaja berkahwin.

“Yang peliknya sebelum ini saya

memang teringin sangat nak ada anak

awal. Tetapi bila sekarang sudah kahwin,

saya tak rasa terdesak pun.

“Saya seorang gadis yang bercita-

cita tinggi dengan banyak perancangan.

Ia (anak) akan berlaku tapi bukan

sekarang,” kata Hailey.

Justin berkahwin dengan model

Hailey di sebuah lokasi rahsia di New

York, Amerika Syarikat pada September

2018. – Agensi

Justin Bieber dan Hailey Baldwin masih

belum ada perancangan untuk memiliki anak

walaupun sudah dua tahun sudah mendirikan

rumah tangga. – Agensi

Que Haidar tegur pengurus

produksi tiada etika

Que Haidar memberi teguran pengurus

produksi kerana tidak menggunakan

etika kerja dengan betul ketika ingin

menawarkannya berlakon. – Agensi

Pelakon Que Haidar menegur sikap

individu yang tidak menggunakan

etika kerja dengan betul ketika ingin

menawarkannya berlakon dalam

sebuah tele‘ilem.

MenurutQueataunamasebenarnya

Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41,

individu tersebut sepatutnya terlebih

dahulu menerangkan lebih terperinci

mengenai projek yang ditawarkan

sebelum bertanya soal tarikh.

Kesal dengan tindakan tersebut,

Que terpaksa menolak tawaran

tersebut tanpa mengetahui terlebih

dahulu naskhah terbabit.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup

mata, tapi saya memang tidak gemar

bila anda nak saya menyertai sesuatu

projek anda bertanya tentang masa

saya dahulu.

“Maaf sekali lagi... saya rasa etika

kerjanya tak betul. Anda sepatutnya

bentangkan apa isi projek tersebut,

pengarahnya, jalan ceritanya, wa-

taknya, barisan pemain yang lain,

lokasinya dan lain-lain.

“Biar pelakon itu sendiri bertanya-

kan tarikh tersebut. Ini bukan untuk

pelakon saja tapi gunakan cara ini

dengan semua pekerja ‘ilem. Maaf

sekali lagi saya terpaksa menolak ta-

waran anda sebelum saya ambil tahu

tentangnya,” katanya.

Pelakon ‘ilem

Ophilia

ini memberi

teguran tersebut menerusi laman

Instagram miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan Que itu

mengundang pelbagai reaksi daripada

warganet yang rata-ratanya kurang

setuju apabila aktor itu berkongsi

perbualan tersebut di laman sosial.

“Etika kerja banyak cara bro...

mungkin cara dia macam itu.

Mungkin cara bro pun macam itu.

Sama-sama cari makan... tak salah

pun memberi dan menerima,” komen

beberapa warganet. Dalam pada itu,

Que menjelaskan perkongsiannya

itu hanya untuk memberi kesedaran

kepada pihak tertentu tentang etika

kerja yang betul seperti yang pernah

dipelajarinya dahulu. – Agensi

Nabila Huda keguguran buat kali kedua

Nabila Huda sebelum ini pernah mengalami keguguran pada April tahun lalu. – Agensi