Previous Page  18 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 24 Next Page
Page Background

Jumaat, 9 Oktober 2020

18

TEPIS KETAKUTAN TERHADAP

VIRUS DEMI CAPAI IMPIAN JUARA

BEKOJI, ETHIOPIA

– Hanya

lapan bulan yang lalu, Hanna

Awugichew yang berusia 16

tahun percaya bahawa dia se-

dang dalam perjalanan untuk

menjadi pelari elit Ethiopia se-

terusnya, setelah melayakkan

diri ke pertandingan kebang-

saan bagi jarak 400 meter.

Tetapi pandemik koronavi-

rus mencetuskan halangan da-

lam misinya, mendorong para

pegawai membatalkan perlum-

baan dan dalam keadaan daru-

rat di seluruh negara, meletak-

kan sekatan bagaimana atlet

dapat berlatih.

“Kami telah bersiap untuk

pertandingan dan berlatih den-

gan baik, tetapi kami tidak dap-

at bersaing kerana koronavirus,

dan itu sangatmengecewakan,”

kata Hanna, sambil menambah

dia “sangat bersemangat untuk

menang”.

Ini adalah kisah biasa di

Bekoji, sebuah kota 225 kilo-

meter (140 batu) di selatan ibu

kota Addis Ababa yang terke-

nal menghasilkan bintang-bin-

tang pelari yang secara kolektif

meraih 18 pingat Olimpik.

Pada hari Ahad (4 Oktober

lalu), anak kesayangan Bekoji,

juara dunia lima kali, Kenenisa

Bekele yang merupakan peme-

nang tiga emas Olimpik, ber-

temu dengan ikon Kenya dan

pemegang rekod dunia mara-

ton, Eliud Kipchoge di London

Marathon.

Fatiya Abdi, yang melatih

Hanna dan sekitar 40 gadis

lain di Bekoji melalui organisasi

yang dinamakan Girls Gotta

Run, berharap acara itu

akan mengetepikan atletnya

daripada ketakutan mereka

terhadap wabak.

“Pertandingan yang disertai

Kenenisa itu akan memotivasi-

kan penduduk bandar dan at-

let,” kata Fatiya.

“Ini akan mendorong atlet

kita untuk bekerja keras dan

memotivasi diri mereka mem-

buat persiapan bagi pertandi-

ngan mereka sendiri.”

Maraton itu merupakan

tanda baharu untuk kembali

normal bagi pelari Bekoji

setelah gangguan berkaitan

dengan wabak.

Hampir sepanjang tahun

ini, beratus-ratus anak muda di

Bekoji bersaing untuk meniru

bintang-bintang tempatan –

seperti Derartu Tulu, Fatuma

Roba dan Tirunesh Dibaba –

telah melihat impian mereka

ditangguhkan. Tetapi pada

bulan September kerajaan

Perdana Menteri Abiy Ahmed

menolak untuk memperbaharui

keadaan darurat Ethiopia, yang

bermaksud latihan kumpulan

dapat disambung semula.

Latihan secara perseorangan

Pada waktu biasa, pelari di

Bekoji menghabiskan setiap

pagi mengubah hutan pokok

kayu putih kota menjadi tempat

latihan yang luas.

Ketika wanita berkumpul

melihat, atlet melalui pokok-

pokok sementara jurulatih

mereka membawa melakukan

pergerakan lutut tinggi, me-

luruskan kaki dan latihan lain.

Tetapi kawasan ini di mana

Bekele memulakan latihan

ketika seorang remaja duduk

di tempat kosong yang luas se-

telah Ethiopia mencatatkan kes

COVID–19 pertamanya pada

pertengahan Mac.

“Ketika COVID–19 muncul,

kami menyangka ia akan

berakhir dalam satu minggu

atau dua minggu. Ketika kes

mulai meningkat, kami mulai

bimbang,” kata Fatiya.

Fatiya melakukan yang

terbaik untuk memastikan

rejimen latihan atletnya tidak

terjejas sepenuhnya.

Walaupun dia tidak lagi

dapat bertemu dengan mereka

secara langsung, dia menyusun

program individu dan terus

berhubungan dengan mereka

melalui telefon.

“Saya mengatakan kepada

mereka bahawa koronavirus

adalah pembunuh, tetapi kita

tidakbolehmengabaikanlatihan

kita. Kita harus mengalahkan

virus dengan usaha kita tanpa

henti,” katanya.

Perubahan itu membawa

cabaran, kata Sada Adem, 17

tahun, yang layak menjadi wakil

kebangsaan tahun ini dalam

pertandingan larian 1,500

meter. Panggilan telefon Fatiya

sangat membantu, kata Sada,

tetapi ia ‘tidak sama’ dengan

arahan secara langsung yang

memungkinkan pelatih untuk

memperbaiki masalah dengan

segera setelah mereka muncul.

Sada juga terlepas berlari

bersama rakan-rakannya.

“Ketika anda berlatih secara

berkumpulan, anda bersaing

dengan rakan sepasukan dan

anda mendapat semangat,”

katanya.

Sudut Bekele

Kehebatan jarak jauh Bekoji

merupakan legenda dan bah-

kan menjadi tumpuan doku-

mentari 2012 yang meme-

nangi anugerah oleh Jerry

Rothwell yang bertajuk “Town

of Runners”.

Namun penduduk berusa-

ha untuk menentukan sebab-

sebab kejayaan bandar itu,

menunjukkan bahawa ia mung-

kin disebabkan oleh ketinggian

- yang mencapai ketinggian

2,800 meter (atau 9,200 kaki) -

atau mungkin makanan tempa-

tan yang kaya dengan gandum

dan sorgum.

Keadaan ini, bagaimanapun,

hampir tidak unik di Ethiopia,

kawasan impian pelari jarak

jauh tanpa kekurangan laluan

ketinggian. Penjelasan lain,

sekurang-kurangnya

untuk

pelari muda kota, adalah ke-

inginan untuk mengikuti jejak

mereka yang telah mencapai

kemasyhuran.

Itulah sebabnya jurulatih

seperti Fatiya sangat berse-

mangat untuk melihat semula

acara berproŸil tinggi seperti

London Marathon setelah be-

berapa bulan ditangguhkan.

Jangkaan untuk perlumbaan

Ahad

(4

Oktober

lalu)

melangkaui komuniti Bekoji.

Ini juga bermaksud perniagaan

besar di Tola Cafe, salah satu

dari dua tempat di bandar ini

yang menawarkan televisyen

satelit sehingga pelanggan

dapat

menonton

secara

langsung.

Zeray

Eshetu,

seorang

pelayan di Tola, mengatakan

bahawa dia menjangkakan ke-

meriahan semasa pertemuan

antara Bekele dan Kipchoge.

“Orang menjadi sangat be-

remosi apabila atlet Ethiopia

memenangi

pertandingan.

Mereka

bertepuk

tangan,

melompat, berteriak, mereka

menanggalkan baju dan me-

ngibar-ngibarkannya,” katanya.

Bekele berdepan kesukaran

menentang Kipchoge, yang

telah memenangi London

Marathon empat kali. Tetapi

Hanna bintang berusia 16 ta-

hun bercita-cita tinggi men-

jadi bintang pelari 400 meter,

mengatakan dia percaya wira

kampung halaman Bekoji akan

menang.

“Dalamperlumbaan ini, atlet

kami Kenenisa akan menang,”

katanya. “Saya mengatakan ini

dengan penuh yakin.” – AFP

Hanna Awugichew bergambar bersama ibunya di pasar di Bekoji, Ethiopia.

– AFP

Kelihatan sekumpulan pelari muda melakukan latihan larian. – AFP

Kelihatan para pelari muda melakukan senaman selepas latihan larian. –

AFP

Gambar menunjukkan beberapa orang berada di Tola Cafe, tempat paling

terkenal untuk para orang kampung melihat pertandingan sukan secara

langsung. – AFP

FatiyaAbdi(tengahbelakang)melatihsekumpulanpelarimudadikawasanhutandiperkampungan

Bekoji, Ethiopia. – AFP