Jumaat, 9 Oktober 2020
21
SERLAH BAKAT
LUAR BIASA
MESKIPUN KUDUNG
SAMUNDRI, PAKISTAN
Muhammad
Ikram, yang lahir tanpa lengan, berjalan
menghampiri sebuah meja snuker,
mengamati dan menilai pilihannya
dan dengan menggunakan dagunya
menyentak bola kiu dan berjaya
memasukkan bola merah ke dalam
poket meja snuker.
Sukan itu mungkin satu hobi luar
biasa yang diceburi Ikram, 32, tetapi
pemain Pakistan itu telah menghabiskan
bertahun-tahunmengasahbakatnya dan
sekarang boleh memberikan sesiapa
sahaja di dewan snuker tempatan satu
kepuasan daripada usaha atau wang
yang telah dibelanjakan.
“Ia merupakan satu pekerjaan yang
sukar yang memerlukan usaha keras.
Jika terdapatnya seorang pemain seperti
saya, saya bersedia untuk bermain
menentangnya,” beritahu Ikram kepada
AFP
semasa satu lawatanbaru-baru ini ke
dewan snuker di bandar kecil Samundri
di wilayah timur Pakistan, Punjab.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga
miskin, dia dan lapan adik-beradiknya
tidak pergi ke sekolah dan dia mengha-
biskan sebahagian besar zaman kanak-
kanaknya rasa tersisih.
Semasa
remaja,
dia
mula
menyaksikan pemain di dewan snuker
tempatan dan mendapat inspirasi untuk
bermula berlatih ‘secara rahsia.’
“Pada mulanya, saya menolak bola
seorang diri di atas meja snuker yang
kosong,” ujar Ikram.
“Secara beransur-ansur, saya mem-
perbaiki dan mempertingkat permainan
saya dan mula bermain dengan pemain
lain.”
Sekarang, Ikram boleh mencabar
pemain terbaik di bandar itu.
Dia menunjukkan pelbagai corak
permainan yang mantap, menggunakan
dagunya untuk membenamkan bola
merah dan seterusnya memasukkan
bola warna lain ke dalam poket meja
biliard, dan menerima tepukan gemuruh
daripada pemain lain.
“Sapukan kapur pada dagu kamu,”
seloroh salah seorang di antara mereka
selepas Ikram terlepas satu percubaan.
Bimbang dia mungkin mencedera-
kan dirinya sendiri, ibu bapa Ikram pada
mulanya melarangnya bermain snuker
selama beberapa tahun, tetapi pada ta-
hun lalu mereka membenarkannya ber-
main semula dalam sukan itu.
Kemahirannya
dengan
segera
mengubahnya menjadi seorang selebriti
internet dalam kalangan golongan
pemain snuker Pakistan.
“Saya menjadi terkenal,” kata Ikram,
walaupundiamengaku tidakmempunyai
idea tentang apa itu media sosial.
Kriket merupakan permainan paling
popular di Pakistan setakat ini, tetapi
snuker mempunyai kedudukan penting
dalam arena sukan.
Pegawai Britain memperkenalkan
permainan itu semasa penjajahan benua
kecil India dan pengasas Pakistan,
Muhammad Ali Jinnah, adalah seorang
pemain yang gigih.
Pakistan tidak menyimpan statistik
terkini mengenai orang kurang upaya,
tetapi pertubuhan bukan kerajaan men-
ganggarkan terdapat lebih daripada 30
juta orang kurang upaya dalam sebuah
negara yang mempunyai kira-kira 220
juta penduduk.
Kekurangan jaringan keselamatan
sosial bermakna kebanyakan penduduk
kurang upaya tinggal di rumah.
Muhammad Nadeem, yang memiliki
dewan snuker Samundri, menyifatkan
Ikram sebagai seorang ‘ahli sukan
sebenar.’
“Dia tidak dikenakan bayaran untuk
bermain. Sebaliknya orang memba-
yarnya untuk bermain bersama mereka,”
kata Nadeem.
“Dia tidak mempunyai pertandingan,
terdapat pemain kurang upaya dalam
kriket dan bola sepak tetapi apabila ia
membabitkan snuker, dia ialah seorang
pemain yang sungguh luar biasa.” – AFP
Muhammad Ikram bermain dengan dagunya di sebuah kelab snuker tempatan di Samundri. -
AFP
CHINA
- Ningxia di China merupakan
tempat yang unik di mana ia mempunyai
keadaan cuaca yang cerah untukmelihat
bintang-bintang yang berkerdipan.
Oleh itu, ia juga digelar sebagai tempat
kelahiran bintang-bintang.
Tidak kira sama ada di Gunung Helan
yang mengagumkan, padang pasir
Shapotou yang luas, Tembok Besar yang
berpanjangan atau pun di Lembah Besar
Sungai Kuning, hampir semua tempat-
tempat ini adalah tempat yang terbaik
untuk melihat langit yang berbintang.
Seluruh langit dipenuhi ribuan
bintang ketika malam menjelang. Di
sinilah, anda boleh bertemu dengan
bintang-bintang.
Gunung Helan yang tinggi dan
Muhammad Ikramtiba di sebuah kelab snuker
tempatan di Samundri. - AFP
Ningxia tempat kelahiran
bintang-bintang
diliputi hutan terletaknya pada garis
lintang 38°N merupakan tempat yang
baik untuk menyaksikan Bintang Altair
dan Bintang Vega.
Bintang Altair dapat dilihat jelas dari
jauh manakala Bintang Vega kelihatan
begitu terang-benderang.
Kedudukan kedua-dua bintang ini
saling bertentangan di Bima Sakti,
sepertil
legenda Tanabata yang
diketahui ramai sejak beratus-ratus
tahun dahulu, dan kini masih bersinar
terang di galaksi.
Pada waktu malam, sesuai untuk
berkhemah dan bersantai dengan
rakan-rakan di padang pasir Shapotou.
Di sini, anda dapat melihat matahari
terbit dan terbenam pada siang hari dan
menyaksikan bulan dan bintang pada
waktu malam, bersatu dengan alam,
santai, di bawah langit berbintang yang
luas. – Bernama
Ningxia di China punyai tarikan tersendiri dengan bintang-bintang berkerlipan di kebanyakan
tempatnya, sesuai untuk peminat astronomi. - Bernama




