Previous Page  22 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 24 Next Page
Page Background

22

Jumaat, 9 Oktober 2020

LISBON, 8 OKT -

Cristiano Ronaldo

gagal menemukan jaringan ketika

Portugal dan Sepanyol terpaksa akur

dengan keputusan seri tanpa jaringan

dalam perlawanan persahabatan yang

menarik di Lisbon semalam.

Percubaan Ronaldo dan Renato

Sanchez masing-masing terkena palang

gol untuk Portugal, yang mana hampir

memberi kemenangan pada masa

kecederaan.

Sepanyol adalah pasukan yang lebih

baik sejak awal perlawanan bermula di

Stadium Jose Alvalade, namun kedua-

dua pasukan buntu tanpa sebarang

gol menjelang perlawanan Liga Negara-

negara UEFA.

“Saya rasa kami lebih baik daripada

Portugal,” kata jurulatih Sepanyol, Luis

Enrique.

“Kami mendominasi perlawanan.

Sudah pasti mereka mempunyai dua

percubaan baik yang terkena palang

dan satu diselamatkan oleh Kepa tetapi

kami juga mempunyai berpeluang.”

Kedua-duanya berada di kedudukan

teratas kumpulan Liga Negara-negara,

Portugal dengan enam mata setelah

berjaya menewaskan Croatia dan

Sweden sementara Sepanyol mempu-

nyai empat mata setelah mengalahkan

Ukraine dan seri dengan Jerman.

Sepanyol menentang Switzerland

pada Sabtu ini sebelum menentang

Ukraine tiga hari kemudian.

FLORENCE, 8 OKT -

Stephan El

Shaarawy memakai gelang kapten

pasukan Itali untuk pertama kalinya dan

menjaringkan gol ketika pasukan Itali

berjaya membenam Moldova 6‡0 dalam

perlawanan persahabatan antarabangsa

di Florence semalam.

RobertoMancinimenurunkanbarisan

pasukan B Itali ketika mereka membuat

persiapan untuk kejuaraan Eropah tahun

depan, setelah gagal pada Piala Dunia

2018.

Bekas pemain Roma, El Shaarawy,

yang kini bersama kelab Shanghai

Shenhua, menjaringkan dua gol pertama

bersama pasukan kebangsaan sebelum

separuh masa kedua.

“Ia sangat berharga, itu adalahmalam

yang istimewa,” kata pemain berusia 28

tahun itu, yang telah bersedia untuk

kembali ke Rom sebelum perpindahan-

nya gagal pada saat-saat terakhir.

“Menjaringkan gol pertama pasukan

kebangsaan sebagai kapten adalah

kepuasan yang luar biasa.

“Saya terpaksa berlatih untuk waktu

yang lama, tetapi yang penting adalah

bersiap sedia apabila tiba masanya.

Saya seronok malam ini.”

“Selama sebulan saya berlatih

sendirian, tidak dapat kembali ke China.

“Sayaperlubermain kerana kejuaraan

China akan diteruskan sehingga

Februari,” katanya.

Penyerang

veteran

Francesco

Caputo, 33, membuat penampilan dan

jaringan pertamanya sementara Bryan

Cristante dan Domenico Berardi ma-

sing-masing telah berjaya menjaring gol

pertama untuk Itali.

Penjaga gol Cagliari, Alessio Cragno

juga membuat kemunculan pertamanya

untuk 25 minit terakhir di Florence.

COLOGNE, JERMAN, 8 OKT -

Kenan

Karaman menjaringkan gol penya-

maan di minit-minit akhir perlawanan

ketika Turki kembali bangkit setelah

ketinggalan tiga gol dengan menya-

makan kedudukan seri 3‡3 dalam per-

lawanan persahabatan antarabangsa

semalam.

Jaringan Karaman pada minit-minit

akhir memberikan Jerman keputusan

seri dalam ketiga-tiga perlawanan

terakhir mereka di hadapan 300

peminat di Cologne.

Dengan pemain Real Madrid, Toni

Kroos dan beberapa bintang Bayern

Munich direhatkan untuk perlawanan

itu, Loew menurunkan pasukan yang

lemah dan tidak berpengalaman.

Pemain

tengah

Borussia

Moenchengladbach, Florian Neuhaus

membuat penampilan pertamanya,

sementara Julian Draxler menjadi

ketua pasukan berikutan ketiadaan

Manuel Neuer.

Draxler akhirnya memecahkan

kebuntuanpadaseparuhmasapertama

menjaringkan gol pendahuluan.

Turki bagaimanapun menemukan

gol penyamaan hanya lima minit

setelah separuh masa kedua bermula

menerusi jaringan Ozan Tufan.

Havertz menyumbang dua

assists

pada malam itu.

Dengan berbaki sembilan minit

lagi, Luca Waldschmidt menyangka

bahawa dia telah meraih kemenangan

dengan jaringan gol pertamanya.

Namun jaringan lewat Karaman

menyebabkan Jerman masih mencari

kemenangan pertama pada 2020

menjelang perlawanan Liga Negara-

negara UEFA yang akan datang. – AFP

Legenda

Panenka

hidap

COVID19

PRAGUE, 8 OKT -

Bekas pe-

main bola sepak Czech,

Antonin Panenka, yang terke-

nal dengan tendangan pena-

ltinya, berada dalam rawatan

intensif di hospital setelah di-

sahkan positif COVID‡19, kata

bekas kelabnya, Bohemians di

Twitter semalam.

“Antonín Panenka dibawa

ke hospital ICU hari ini dalam

keadaan serius,” kata kelab itu.

“Lawan, Tondo!” katanya,

menggunakan nama panggilan-

nya.

Dilahirkan di Prague pada ta-

hun 1948, Panenka memenangi

¡inal Kejuaraan Eropah untuk

Czechoslovakia pada tahun

1976 dengan penalti yang penuh

helah dan sukar ketika menen-

tang Jerman.

Panenka yang memper-

dayakan penjaga gol dengan

menjaringkan bola ke tengah

gawang, sejak itu teknik itu di-

gunakan oleh pemain hebat

seperti Zinedine Zidane, Zlatan

Ibrahimovic dan Andrea Pirlo.

Sepakan penalti itu sekarang

digelar sebagai ‘Panenka’. - AFP

PORTUGAL, SEPANYOL

SERI TANPA JARINGAN

Aksi penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo ketika melakukan tendangan semasa perlawanan

persahabatan antara Portugal dan Sepanyol di Stadium Jose Alvalade, Lisbon semalam. - AFP

Portugal menentang juara dunia,

Perancis pada Ahad ini dan bermain di

halaman sendiri menentang Sweden.

Persatuan bola sepak kedua-dua

negara mengumumkan bahawa mereka

akan membuat tawaran untuk menjadi

tuan rumah Piala Dunia 2030.

Mereka akan bersaing dengan

Maghribi, serta tawaran dari Uruguay,

Argentina, Paraguay dan Chile.

Kali terakhir Sepanyol dan Portugal

bertemu adalah perlawanan seri 3‡3

yang mendebarkan di Piala Dunia 2018,

ketika Ronaldo menjaringkan hatrik,

termasuk gol penyamaan di masa

kecederaan dari tendangan bebas.

Ini merupakan kali pertama Sepanyol

gagal menjaringkan sebarang gol sejak

tewas kepada Itali pada Kejuaraan

Eropah 2016 di Perancis. – AFP

Jaringan El Shaarawy

bantu Itali benamMoldova

“Saya telah melihat begitu banyak

perkara menarik,” kata Mancini setelah

melanjutkan 17 perlawanan tanpa kalah

berturut-turut, dengan 14 kemenangan

dan tiga seri.

“Kami menghadapi beberapa ke-

sukaran pada suku pertama, tetapi saya

rasa itu adalah perkara biasa, kerana

kami mengubah begitu banyak pemain.

“Mentaliti adalah yang tepat, bahkan

mengubah banyak elemen dan ini

adalah tanda positif.”

Itali, yangberadadi puncakkumpulan

Liga Negara-negara dengan empat

mata, seterusnya menentang Poland

pada Ahad ini dan Belanda di Bergamo

pada Rabu depan. – AFP

Reaksi Stephan El Shaarawy dari Itali ketika

meraikan jaringangolnya semasa perlawanan

persahabatan antarabangsa menentang

Moldova, di Stadium Artemio Franchi, di

Florence, Itali, semalam. - AP

Jerman dalam kebuntuan

Aksi pemain tengahJerman, KaiHavertz (tengah) ketikabersaingdenganpemainpertahanan

Turki, Merih Demiral dan Ozan Kabak semasa perlawanan persahabatan antara Jerman dan

Turki di Cologne, Jerman semalam. - AFP