Jumaat, 9 Oktober 2020
23
KVITOVA JUMPA KENIN
DI SEPARUH AKHIR
PARIS, 8 OKT
Petra Kvitova
kembali ke separuh akhir Terbuka
Perancis buat pertama kalinya
dalam lapan tahun semalam se-
telah berjaya mengalahkan pe-
main Jerman, Laura Siegemund
63, 63 sambil menggambarkan
Roland Garros sebagai tempat
bertuahnya.
Pemain Czech itu, juara
Wimbledon dua kali, kini akan
berdepan dengan pemenang
Terbuka Australia, Soia Kenin
yang berjaya mengalahkan ra-
kannya dari Amerika Syarikat,
Danielle Collins 64, 46, 60 un-
tuk merebut tempat di perlawa-
nan akhir Sabtu ini.
“Ini cukup bermakna bagi
saya untuk kembali ke separuh
akhir,” kata Kvitova, 30, yang
pernah tewas oleh juara Maria
Sharapova pada 2012.
“Selepas perlawanan terakhir
saya, saya sangat emosi untuk
berada di suku akhir. Sekarang
saya berada di separuh akhir.
Saya tidak pernah membayang-
kan ini akan berlaku setelah se-
mua yang saya hadapi dan terjadi
kepada saya.
“Ini adalah tempat bertuah
saya,” katanya.
Paris adalah di mana Kvitova
kembali pada tahun 2017 setelah
menghabiskan enam bulan
untuk pulih dari serangan pisau
yang menakutkan di rumahnya
pada bulan Disember 2016.
Serangan
pisau
itu
memerlukan beliau melakukan
pembedahan selama empat jam
dan menyebabkan ligamennya
rosak di tangan yang sering
digunakannya.
Doktor memberi amaran
kepadanya bahawa kerjayanya
mungkin sudah berakhir.
Semalam, Kvitova berjaya
menumpaskan Siegemund, 32,
pemain nombor 66 dunia yang
bermain di suku akhir Grand
Slam untuk pertama kalinya.
“Saya gembira berada di sini
dan dapat bersaing dengan yang
terbaik terutama dalam keadaan
seperti ini bumbung terbuka,
bumbung
ditutup,
cahaya
matahari, berangin,” jelasnya.
– AFP
Aksi Petra Kvitova (atas) dari Republik Czech dan So ia Kenin dari AS
(bawah) pada kejohanan tenis Terbuka Perancis Roland Garros 2020 di
Paris. Petra Kvitova akan bertemu menentang So ia Kenin di separuh
akhir Terbuka Perancis. - AFP
Pelari jarak jauh Uganda pecah rekod dunia
KAMPALA, 8 OKT
Pelari
jarak jauh Uganda, Joshua
Cheptegei,
pada
Rabu
memecahkan rekod dunia
10,000 meter kategori lelaki
dalamacarayangberlangsung
di Valencia, Sepanyol, lapor
Agensi Anadolu
.
Atlet berusia 24 tahun
itu
mencatat
kejayaan
dalam acara khas sempena
Hari Rekod Sedunia NN
Valencia.
Cheptegei mencatat masa
26 minit 11.02 saat, mengatasi
rekod terdahulu yang dibuat
pelari
Habsyah
Kenenisa
Bekele pada 26 Ogos 2005
di Brussels, Belgium dengan
catatan 26:17:53.
Tahun ini sahaja,Cheptegei
sudah memecahkan tiga
rekod
dunia,
termasuk
larian 5,000 meter pada 14
Ogos dan rekod dunia acara
lebuh raya sejauh lima
kilometer di Monaco pada
Februari.
Presiden Yoweri Museveni
dan pegawai kanan kerajaan
lain
turut
mengucapkan
tahniah kepada Cheptegei. -
Bernama
‘Zaman Schumacher
lebih sukar berbanding
Hamilton’
LONDON, 8 OKT
Lewis
Hamilton semakin hampir
menyamakan rekod 91 keme-
nangan Grand Prix Michael
Schumacher hujung minggu
ini tetapi bekas pemandu su-
premo F1, Bernie Ecclestone
memberitahu
AFP
bahawa
dia yakin zaman pemandu
Jerman itu lebih sukar ber-
banding Hamilton.
Kemenangan di Grand Prix
Eifel di Nurburgring Jerman
pada Ahad ini akan menjadi-
kan juara dunia enam kali,
Hamilton selangkah lebih
dekat untuk menyamakan re-
kod tujuh gelaran dunia yang
dipegang oleh Schumacher.
Hamilton menggantikan
Schumacher di Mercedes un-
tuk musim 2013. Pada bulan
Disember tahun itu, pemandu
Jerman itu mengalami ke-
cederaan otak yang teruk ke-
tika bermain ski dan sejak itu
tidak lagi menjadi perhatian
umum.
Ecclestone, yang menga-
wasi transformasi F1 menjadi
gergasi komersialbernilaiber-
bilion dolar global, menga-
takan bahawa Schumacher,
yang membuat penampilan
F1 pada tahun 1991, berlumba
pada era yang berbeza.
“Schuey memandu sendi-
rian ketika dia berlumba,”
kata Ecclestone melalui
telefon dari kediamannya di
Switzerland.
Ecclestone, yang ber-
usia 90 tahun akhir bulan ini,
mengatakan bahawa dia tidak
mahu merosakkan pencapa-
ian Hamilton semasa musim
penguasaannya yang luar bi-
asa bagi pemandu Britain itu.
“Anda tidak boleh menga-
takan sesuatu yang buruk ten-
tang Lewis, anda tidak boleh
mengatakan dia tidak baik, bu-
kan itu masalahnya,” katanya.
“Betapa
baiknya
dia
dibandingkan dengan orang
lain, dia super, sangat ber-
bakat dan akan menjadi
antara lima pemandu terbaik
selama 30 tahun terakhir.
“Apakah dia lebih baik
daripada Michael? Adakah
mungkinMichael lebih baik di
dalam kereta itu (Mercedes)?
Kamu tidak boleh memban-
dingkannya.” – AFP
Ketua Atletik Dunia sokong ‘berlutut’ di Olimpik
Schumacher pemegang rekod
tujuh gelaran dunia F1. - Agensi
Presiden Atletik Dunia, Sebastian Coe (kiti) dan Jawatankuasa Penganjur
Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Presiden Mori Yoshiro semasa
pertemuan di Tokyo, kelmarin. - AFP
TOKYO, 8 OKT
Presiden
Atletik Dunia, Sebastian Coe
mengatakan para peserta perlu
‘berlutut’ di podium Olimpik
Tokyo yang ditangguhkan,
berikutan protes.
Coe, yang sedang memer-
iksa stadium nasional balapan
dan padang Olimpik yang akan
dipertandingkan tahun depan,
mengatakan bahawa sebarang
protes mesti dilakukan dengan
menghormati pesaing lain.
Larangan demonstrasi di
Olimpik, yang dikeluarkan pada
bulan Januari, telah diteliti se-
cara lebih mendalam sejak ger-
akan
Black Lives Matter
mem-
banjiri acara sukan berikutan
kematian George Floyd dalam
tahanan polis AS pada bulan
Mei lalu.
“Saya sangat jelas bahawa
jika seorang atlet ingin berlu-
tut di podium maka saya me-
nyokongnya,” kata Coe kepada
wartawan di Tokyo.
“Para atlet adalah seba-
hagian dari dunia dan mereka
mahu mencerminkan dunia,”
tambahnya.
“Dan bagi saya itu dapat
diterima dengan baik, selagi ia
dilakukan dengan rasa hormat
sepenuhnya terhadap pesaing
lain, yang saya rasa kebanyakan
atlet faham.”
Komen
Coe,
seorang
anggota Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa,
mengeluar-
kan kenyataannya bulan lalu
kepada
The Times
, ketika dia
menyokong protes hormat dan
mengatakan mustahil untuk
memisahkan sukan daripada
masalah sosial dan budaya.
– AFP
Pemilihan presiden IOC di Athens Mac depan
LAUSANNE, 8 OKT
Lembaga
Eksekutif Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa bermesyuarat se-
cara maya pada Rabu dan me-
mutuskan Sesi IOC ke-137 akan
diadakan pada 10 hingga 12 Mac
tahun depan di Athens.
Pemilihan presiden IOC juga
akandiadakan semasa sesi terse-
but, lapor agensi berita
Xinhua
.
Mesyuarat
bersetuju
pencalonan perlu diumumkan
selewat-lewatnya pada 30
November2020.Bagimengelak
risiko gangguan ke atas Sukan
Olimpik Tokyo 2020, yang
akan diadakan pada 2021, dan
membolehkan peralihan yang
lancar, mesyuarat memutuskan
Presiden IOC yang dipilih
semasa Sesi IOC ke-137 akan
memegang jawatan sehari
selepas
Majlis
Penutupan
Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Presiden IOC Thomas Bach
pada Sesi IOC ke-136 pada
17 Julai mengesahkan beliau
bersedia mencalonkan diri bagi
penggal kedua untuk jawatan
tersebut. - Bernama




