Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020

13

BERLIN, 9OKT –

Polis di selatan

Jerman berkata seorang wanita

terkejut apabila seekor ketam

Cina sepanjang 25 sentimeter

bergegas lari masuk ke rumah

dari teres menerusi pintu ter-

buka semasa dia mengemaskan

rumahnya.

Polis Freiburg berkata se-

malam mereka menerima satu

panggilan melaporkan pence-

robohrumahyangtidakdisangka

itu di bandar Unterlauchringen,

berhampiran sempadan Swiss,

pada pagi sebelumnya.

Sebelum mereka tiba, polis

berkata wanita itu menangkap

ketam itu dengan meletakkan

penutup sampah di atasnya.

Pegawai berjaya meletak

ketam itu ke dalam bekas dan

seterusnya membawa ke klinik

veterinar tempatan.

Spesies tersebut, berasal

dari Asia, kini ditemui di keban-

yakan sungai di Jerman, dan ke-

diaman wanita itu terletak tidak

jauh dari Rhine, walaupun ketam

Cina tidak pernah dilaporkan di

kawasan itu sebelumnya. Ia di-

anggap tidak berbahaya. – AP

WFP MENANGI HADIAH

KEAMANAN NOBEL

Penolong Pengarah Eksekutif Amir Mahmoud Abdulla semasa beliau bercakap kepada wakil

mediadi luar ibupejabat ProgramMakananSedunia (WFP) di Romkelmarinselepaspengumuman

pertubuhan itu telah dianugerahi Hadiah Keamanan Nobel. – AFP

OSLO, 9OKT –

Hadiah Keamanan Nobel

hari ini dianugerahkan kepada Program

Makanan Sedunia (WFP) kerana mem-

beri makan kepada jutaan penduduk

dari Yaman ke Korea Utara, dengan pan-

demik koronavirus dilihat menyebabkan

jutaan lagi mengalami kelaparan.

WFP diiktiraf atas ‘usahanya da-

lam

membasmi

kelaparan,

atas

sumbangannya untuk mempertingkat

keadaan demi keamanan di kawasan

yang terjejas oleh konŠlik dan bertindak

sebagai penggerak dalam usaha untuk

menghalang penggunaan kelaparan se-

bagai senjata peperangan dan konŠlik,”

kata pengerusi jawatankuasa Nobel Berit

Reiss-Anderson semasa mengumumkan

pemenang di Oslo.

Sama ada menghantar makanan den-

gan helikopter atau di belakang gajah

atau unta, WFP berasa bangga kerana

menjadi ‘pertubuhan kemanusiaan uta-

ma’ di dunia di mana, berdasarkan ang-

garannya sendiri, kira-kira 690 juta orang

– satu dalam 11 – tidur tanpa makanan.

“Dengan anugerah tahun ini,

Jawatankuasa Nobel Norway ingin men-

galih tumpuan dunia kepada jutaan

orangyangmenderita atauberdepan an-

caman kelaparan,” kata Reiss-Andersen.

Ditubuhkan pada 1961, pertubuhan

PBB itu membantu 97 juta orang pada

tahun lalu, mengagih 15 bilion catuan

kepada penduduk di 88 negara tahun

lalu.

Meskipun mencatat kemajuan sejak

tiga dekad lalu, matlamat PBB untuk

membasmi kelaparan menjelang ta-

hun 2030 nampaknya mustahil dicapai

sekiranya trend sekarang berterusan,

menurut pakar.

Peperangan boleh berpunca dari

kelaparan, tetapi kelaparan juga akibat

peperangan, dengan penduduk tinggal

di kawasan konŠlik tiga kali lebih terde-

dah kepada kurang pemakanan ber-

banding mereka yang tinggal di negara

aman, kata WFP.

“Kami tidak dapat menamatkan ke-

laparan melainkan kami menamatkan

konŠlik,” kata pengarah eksekutif WFP

David Beasley pada 21 September.

– AFP

Wanita

terkejut

penceroboh

tidak

disangka

Kapal selamPerang Dunia

Pertama ditemui

LAMARSA,TUNISIA,9OKT–

Juruselam

Tunisia telah menemui bangkai kapal

selam Perancis dari era Perang Dunia

Pertama, Ariane, yang ditenggelamkan

oleh kapal selam Jerman pada 1917.

Kapal itu ditemui di luar Cap Bon

oleh pengurus kelab selam di timur laut

negara ketika mereka sedang meninjau

tapak baharu untuk diterokai bersama

pelajar mereka.

“Kami tahu mereka adalah bangkai

tetapi kami tidak tahu apa yang akan

kami temui,” kata pengarah penyelam

kelab Ras Adar, Selim Baccar.

Bangkai yang berada dalam keadaan

hampir sempurna itu dilitupi alga, ge-

ladak dan periskopnya kini menjadi tem-

pat tinggal ikan dan haiwan krustasia.

Selepas menyoal beberapa pakar,

kelab itu menyimpulkan ia mungkin

Ariane, yang berpangkalan di Bizerte,

pada masa itu sebuah pelabuhan

Perancis di utara Tunisia.

“Ia adalah kapal selam ketiga yang

ditemui di Tunisia, dan satu-satunya

dari Perang Dunia Pertama. Ia menarik,

seolah-olah buku sejarah telah kembali

hidup,” kata Baccar.

Ariane ditembak torpedo oleh UžBoat

Jerman sementara masih berada di

permukaan, dan hanya lapan daripada

29 kru yang berjaya diselamatkan,

menurut AGASM, persatuan bekas

operator kapal selam Perancis. “Adalah

luar biasa untuk menemui bangkai kapal

selam, terutamanya dari era Perang

Dunia Pertama, disebabkan kami tidak

tahu di mana mereka tenggelam,” kata

Laksamana Dominique Salles, presiden

kumpulan. – AFP

Hampir 3 juta pendatang

terkandas akibat sekatan

GENEVA, 9 OKT –

Lebih 2.7 juta pen-

datang yang ingin pulang telah terkan-

das di luar negara disebabkan sekatan

yang dikenakan untuk memerangi pan-

demik koronavirus, kata Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Dunia perlumempertingkat kerjasa-

ma untuk membenarkan pendatang

pulang dalam cara selamat meskipun

sekatan koronavirus, kata Pertubuhan

Migrasi Antarabangsa (IOM) PBB.

IOM mengingatkan dalam satu lap-

oran bahawa penutupan sempadan

dan sekatan perjalanan telah men-

gakibatkan sejumlah besar pendatang

terkandas.

Ia menjelaskan pendatang yang

terkandas sebagai orang di luar ne-

gara pemastautin mereka yang ingin

pulang ke negara asal tetapi dihalang

oleh sekatan berkaitan pandemik.

Ketua IOM Antonio Vitorino meng-

gesa negara-negara supaya melaku-

kan lebih untuk kira-kira 2.75 juta pen-

datang yang terkandas.

IOM berkata ia telah mengira jum-

lah 2.75 juta daripada sumber rasmi

berdasarkan kes yang diketahui se-

hingga 13 Julai mengenai pendatang

terkandas di luar negara yang memer-

lukan bantuan, termasuk makanan,

air, tempat perlindungan dan peng-

hantaran pulang.

Mereka termasuk pekerja ber-

musim,

pemegang

pemastautin

sementara, pelajar antarabangsa,

pendatang yang berkunjung untuk ra-

watan perubatan dan kelasi. – AP