14
Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020
Gambar fail pada 1 Oktober 2020 menunjukkan kolam renang yang kosong di sebuah hotel di
pantai Patongdi Phuket. Hampir semua3,000hotel di pulau ini ditutupdanbandar utamaPatong
kini seolah-olah menjadi sebuah ‘bandar berhantu’. – AFP
DESTINASI POPULAR THAILAND
KINI JADI ‘PULAU BERHANTU’
PHUKET, THAILAND, 9 OKT –
Pekerja
dalam sektor pelancongan kini terdedah
dengan kehilangan pekerjaan selepas
kafe dan tempat-tempat riadah di be-
berapa destinasi pelancongan popular
di Thailand kini lengang dan kedatangan
pelancong berkurangan serta hanyame-
nantikan harapan agar sektor berkenaan
akan pulih seperti sedia kala.
Kolam renang kosong, kerusi disusun
bertingkat di beberapa restoran dan
pantai yang biasanya penuh dengan ke-
datangan pelancongan kelihatan sunyi
sehingga mereka dapat melihat dengan
jelas beberapa spesies penyu kembali
ke sarang mereka di pesisir pantai untuk
menetas.
Tahun lalu, lebih daripada sembilan
juta pelancong mengunjungi Phuket,
destinasi kedua paling popular di
Thailand selepas ibu kotanya, Bangkok.
Hari ini, hampir semua 3,000 hotel
di pulau ini ditutup dan bandar utama
Patong telah menjadi ‘bandar berhantu’,
kata hartawan tempatan Preechawut
Keesin, yang memiliki lima kelab malam
dan sekitar 600 bilik hotel.
Thailand setakat ini masih terjejas ak-
ibat wabak global dengan sekitar 3,600
kes telah disahkan dan beberapa lagi ke-
matian. Tetapi keputusan kerajaan terus
berusaha menangani untuk mengawal
jangkitan telah memberi tamparan he-
bat terhadap ekonomi, yang dijangka
akan mengucup tujuh hingga sembilan
peratus tahun ini sekali gus menyebab-
kan pengangguran semakin meningkat.
"Bos saya ingin menjaga kebajikan
setiap pekerja dan mengekalkan peker-
jaan mereka, tetapi saya tidak ikir kita
dapat bertahan selepas akhir tahun ini,"
jelas Jantima Tongsrijern, pengurus
kelab di sini.
Pada kebiasaannya, 80 peratus ke-
untungan pulau itu berasal dari sektor
pelancongan, sektor yang menggajikan
lebih dari 300,000 orang. Puluhan ribu
yang kehilangan pekerjaan telah kem-
bali ke wilayah asal mereka.
Ada yang menerima pemotongan
gaji yang besar, sementara yang lain
tidak mempunyai banyak pilihan selain
mencari pekerjaan sampingan untuk
menyara hidup mereka. - AFP
Indeks harga hartanah menurun lebih 5 peratus
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT–
Indeks Harga Hartanah (RPPI) Negara
Brunei Darussalam bagi suku kedua
2020 menunjukkan penurunan seba-
nyak 5.2 peratus tahun-ke-tahun kepada
84.6 berbanding dengan suku kedua ta-
hun 2019, dan penurunan sebanyak 7.1
peratus berbanding dengan suku per-
tama tahun 2020.
Indeks tersebut diterbitkan oleh
Autoriti Monetari Brunei Darussalam
(AMBD) dalam kenyataan yang dike-
luarkan di sini, hari ini, di mana indeks
dihasilkan dengan data-data yang
diperoleh dari bank-bank di Negara
Brunei Darussalam serta diterbitkan
dengan kerjasama pihak Kementerian
Pembangunan
khususnya
Autoriti
Kawalan Bangunan dan Industri
Pembinaan (ABCi).
Kenyataan menyatakan bahawa ber-
dasarkan data pinjaman bagi pembe-
lian hartanah kediaman yang diperolehi
daripada bank-bank, sebanyak 115 tran-
saksi pembelian hartanah kediaman te-
lah dicatatkan pada suku kedua tahun
2020 berbanding dengan 76 transaksi
pada suku pertama tahun 2020.
Kebanyakan
daripada
transaksi
tersebut adalah bagi pembelian rumah
detached
iaitu sebanyak 43.5 peratus,
diikuti oleh rumah berkembar atau
semi
-
detached
iaitu 26.1 peratus, rumah teres
dengan 16.5 peratus, pangsapuri 10.4
peratus dan tanah 3.5 peratus.
Manakala harga median bagi pem-
belian kesemua jenis hartanah kedia-
man pada tempoh suku kedua tahun
2020 adalah $238,000. Angka tersebut
menunjukkan penurunan sebanyak 8.5
peratus berbanding dengan suku kedua
tahun 2019, dan penurunan sebanyak
4.4 peratus berbanding dengan suku
pertama tahun 2020.
Menurut kenyataan yang diberikan,
harga median bagi pembelian rumah
detached
adalah $247,500, bagi ru-
mah berkembar atau semi-detached
adalah $272,000, bagi rumah teres
adalah $165,000, bagi pangsapuri ada-
lah $234,000 dan bagi tanah adalah
$80,200.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa
indeks dan statistik yang diterbitkan
adalah untuk maklumat umum sahaja.
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk
tidak hanya bergantung kepada indeks
dan statistik ini dalam menilai mana-ma-
na hartanah kerana harga hartanah ke-
diaman adalah berbeza tertakluk antara
lainnya kepada lokasi, saiz tanah dan ke-
luasan lantai.
Orang ramai yang ingin mengeta-
hui maklumat lanjut, nota teknikal dan
data terkini boleh didapati di laman web
AMBD,
www.ambd.gov.bn. Maklumat
terkini mengenai RPPI juga akan dike-
luarkan dari semasa ke semasa melalui
akaun Instagram AMBD.
Perdagangan Malaysia-Poland kekal kukuh
Kanada umum
pelaburan
bangun kilang
kereta elektrik
OTTAWA, 9 OKT –
Kerajaan
Perdana Menteri Justin Trudeau
dan wilayah Ontario hari ini
mengumumkan pelaburan se-
banyak AS$223 juta setiap satu
di sebuah kilang Ford yang di-
sebut sebagai kilang kendera-
an elektrik terbesar di Amerika
Utara.
Pada sidang akhbar bersama
dengan PerdanaMenteri Ontario
Doug Ford, Trudeau mengang-
gap pelaburan itu sebagai salah
satu langkah pertama untuk
membangun industri automotif
generasi akan datang.
Ia juga akan membantu
Kanada - jika warga Kanada
membeli kenderaan elektrik
yang dihasilkan di kilang -
bergerak menuju matlamatnya
untuk mencapai pelepasan
karbon sifar menjelang 2050,
katanya.
Loji pemasangan Oakville,
Ontario akan digunakan semula
sebagai sebahagian perjanjian
yang diumumkan bulan lalu
antara Ford Motor Company
dan Unifor, untuk memban-
gunkan lima model kenderaan
elektrik baharu dan bateri yang
akan menggerakkannya. Projek
ini juga akan menjana sehingga
5,400 pekerjaan di Kanada, ter-
masuk lebih dari 3,000 peker-
jaan di kilang Oakville.
"Pengumuman hari ini me-
wakili pelaburan terbesar dalam
sektor automatik Ontario dalam
lebih dari 15 tahun," kata Doug
Ford, sambil menambah bahawa
kilang itu "akan menjadi kemu-
dahan pembuatan kereta elek-
trik terbesar di Amerika Utara."
– AFP
KUALA LUMPUR, 9OKT –
Malaysia ber-
sedia untuk terus kekal sebagai rakan
dagang terbesar Poland di ASEAN tahun
ini, di sebalik kesuraman ekonomi glob-
al kesan pandemik COVID¡19, kata Duta
Poland ke Malaysia Krzysztof Debnicki.
Beliau berkata pada separuh perta-
ma 2020, Malaysia kekal sebagai rakan
dagang kedua terbesar Poland (selepas
Vietnam) di rantau ini, dengan perdagan-
gan dua hala berjumlah AS$579 juta.
"Pada 2019, Malaysia adalah rakan
dagang kedua terbesar Poland di ASEAN
(selepas Vietnam) dan nilai perdagangan
dua hala mencecah lebih AS$1.2 bilion."
"Pada separuh pertama 2020, per-
dagangan barangan antara Poland-
Malaysia merosot hanya sekitar lima
peratus, meskipun ketika pandemik
COVID¡19 dan eksport Malaysia ke
Poland sebenarnya meningkat lebih satu
peratus sepanjang tempoh ini," katanya
kepada
Bernama
dalam temu bual di
kedutaan, baru-baru ini.
Eksport utama Poland ke Malaysia
terdiri pelbagai jenis mesin dan jentera
seperti turbin, baranganelektronik untuk
pemprosesan data dan telekomunikasi,
aloi tembaga dan peralatan makmal.
Sementara itu, import utama Poland
dari Malaysia termasuk peralatan elek-
trik dan elektronik, sarung tangan getah
dan alat ganti mesin.
Debnicki berkata pandemik me-
nyebabkan sekurang-kurangnya dua
pelaburan Poland di Malaysia tertangguh.
"Kami melakukan sedaya yang
mungkin, dalam keadaan seperti ini,
untuk memastikan perniagaan Poland
berminat menjalankan urus niaga den-
gan Malaysia dan mempromosikan per-
niagaan Poland di Malaysia. Tetapi hasil-
nya tetap bergantung kepada keadaan
dan syarikat," katanya. – Bernama
Krzysztof Debnicki berkataMalaysiabersedia
untuk terus kekal sebagai rakan dagang
terbesar Poland di ASEAN tahun ini, di sebalik
kesuraman ekonomi global kesan pandemik
COVID19. – Bernama




