Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020
15
TAMPIL PASTRI GABUNGAN
TRADISI DANMODEN
NURDIYANAH R.
Kesibukan dalam pengajian jurusan
Diploma in Business Studies
di salah
sebuah institusi pengajian tinggi di
negara ini, tidak menghalang beliawanis
ini untuk berkecimpung dalam dunia
usahawanmeskipunsecarakecil-kecilan,
dengan sentuhan inovasi kepada pastri
istimewa diketengahkannya.
Dayang Nurismah binti Haji Marshal
mahu memartabatkan kuih tradisi
bahulu dengan caranya tersendiri, yang
menurutnya warisan Melayu yang tidak
lapuk ditelan zaman dan digemari tidak
kira yang tua atau muda.
Pastri warisan dimodenkan serba
sedikit dan diketengahkannya sebagai
The Crispy Bahulu
dan dijualnya secara
kecil-kecilan, menggabungkan resipi
dan kemahiran yang dipelajarinya dari-
pada internet, kudapan ringan peribadi
rangup dibuatnya semenjak tahun 2013
lagi, katanya ketika ditemu bual penulis
baru-baru ini.
Terinspirasi daripada biskut Macarons
Gadis berusia 22 tahun ini turut
menyatakan adapun curahan sentuhan
biskut yang ditampilkan seakan-akan
burger berbentuk kecil sememangnya
berinspirasi daripada biskut sentuhan
Barat iaitu Macarons.
“Gabungan tradisional dan moden,
itulah keistimewaannya biskut ini. Selain
biskut berperisa biasa tiada berinti,
saya juga menyediakan biskut dengan
pelbagai pilihan variasi rasa inti iaitu
coklat, kacang dan campuran coklat dan
kacang,” ujarnya yang turut menawarkan
tempahan bagi buah tangan sempena
majlis-majlis keramaian tertentu seperti
perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan
sebagainya.
Pentingnya
kualiti
dan
kreativiti
tersendiri
Dalam pada itu, Dayang Nurismah
turut mengungkapkan bahawa daya
kreativiti dan keunikan dalam mempel-
bagaikan pembuatan hidangan yang
menarik, merupakan antara aspek pen-
ting yang sentiasa dikembangkan dalam
menerokai dunia keusahawanan kulinari
dalam talian ini.
“Lebih menyeronokkan lagi, dalam
menghasilkan sentuhan dalam dunia
kulinari sebegini, kita dapat menghasil-
kan gaya kreativiti dan inovasi yang
tersendiri seperti mempelbagaikan
perisa-perisanya dan rekaan bentuknya.
Ini menjadikan ia lebih istimewa dan
unik sehingga mampu mencetus trade-
mark tersendiri.
“Sudah semestinya dalam menyedi-
akan apa-apa sahaja hidangan, perlulah
menitikberatkan kebersihan daripada
segala aspek tertentu meliputi bahan-
bahan resipi termasuklah ramuan yang
segar, begitu juga penggunaan perka-
kas serta kebersihan diri. Hal ini amat
penting dititikberatkan agar kualiti ke-
bersihan makanan sentiasa terjamin
untuk para pelanggan dari semasa ke
semasa,” ujarnya lagi yang menjalankan
perniagaannya secara sampingan.
Berdikari tanpa berputus asa
Semangat keusahawanan dalam diri
beliawanis ini sememangnya semakin
mengalir sebati dalam jiwa dan hatinya
dengan adanya sokongan dan dorongan
yang tidak putus-putus daripada ahli
keluarga tersayang.
“Merekalah pencetus semangat
juang saya sehingga kini. Daripada mer-
eka saya mengenal erti hidup berdikari
dan tidak berputus asa dalam mencari
rezeki yang halal,” katanya dengan se-
nyuman manis.
Pentingnya doa dan usaha serta minat
Dalam pada itu, insan yang memiliki
impian besar untuk mengembangkan
perniagaannya yang bukan hanya
dihasratkan diterima oleh masyarakat
di negara ini bahkan juga luar negara
ini turut mengungkapkan bahawa rezeki
itu datangnya daripada Allah SWT selagi
kita berusaha dengan penuh keikhlasan
dan kerendahan hati, di samping
menitik beratkan kualiti produk atau
perkhidmatan dengan sebaik-baiknya.
“Pokok pangkal untuk berjaya da-
lam bidang perniagaan adalah minat
yang mendalam, kegigihan dan juga
usaha yang tidak pernah kenal penat
lelah. Dalam erti kata lain setiap usaha
yang kita perlukan pasti akan mem-
buahkan hasil apabila tiba masanya
nanti. Berusaha dan terus berdoa agar
urusan kita dipermudahkanNya,” nasi-
hat Dayang Nurismah dengan penuh
keyakinan kepada masyarakat di negara
Dayang Nurisma mengetengahkan pastri
gabungan tradisional dan moden melalui
The
Crispy Bahulu
yang diusahakannya secara
kecil-kecilan.
ini khususnya para usahawan tempatan
untuk terus bangkit bersama meniti liku-
liku dunia keusahawanan dengan nilai
keistimewaan yang tersendiri semasa
mengakhiri sesi temu bual bersama
penulis.
Dalampada itu, DayangNurismah turut menjelaskan bahawa daya kreativiti dan keunikan dalam
mempelbagaikan pembuatan hidangan yang menarik, antara aspek penting yang sentiasa
dikembangkan dalam menerokai dunia keusahawanan kulinari dalam talian begitu juga aspek
kebersihan secara menyeluruh.
Menerusi sentuhan hasil tangan kudapan yang rangup ini, Dayang Nurismah juga mencurahkan
kreativitinya menjadikannya seakan-akan hidangan kek bagi tempahan-tempahan tertentu
perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.




