16
Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020
9
tahun
TERKAIL IKAN
KARUK EMAS
TUTONG, 2011
– Pepatah Melayu ada
mengatakan “tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia siapa yang tahu.”
Mungkin inilah yang terjadi ke-
pada Dayang Hadiah Ibrahim,
54 tahun dari Kampung
Luagan Duduk Tutong apa-
bila mata kailnya disentap
seekor ikan karuk ganjil
berwarna kuning emas.
Beliau
yang
gemar
memancing sebagai aktiviti
sampingan sejak berpuluh
tahun begitu terkejut melihat
ikan berkenaan.
“Belum pernah terjadi seumur hidup
sayamendapat ikankaruk yang luar biasa
berwarna emas. Ikan karuk biasanya
berwarna hitam dan ada yang sedikit
kekuningan dengan sifat semulajadinya
agak aktif,” katanya.
Ikankarukemasiniyangditangkapnya
semakin berwarna cerah dan agak
jinak.
Menurut
Dayang
Hadiah,
sebelum ini salah seorang
cucunya pernah bermimpi
didatangi oleh seorang
tua serba putih dengan
membacakan
satu
utusan tanpa diketahui
dan
difahami
maksud
bacaannya
sehinggalah
cucunya terjaga dari tidur.
Beliau bagaimanapun
tidaklah mendakwa apa-apa
keistimewaan tentang mimpi itu
semuanya kebetulan saja kerana kita
umat Islam berpegang tiada yang lebih
berkuasa melainkan Allah sahaja.
Namun keesokkan harinya beliau
pergi memancing di kawasan ulu Belait
dan di sana beliau terpancing ikan karuk
emas itu.
Pemugut pilih kereta mewah
BANDAR SERI BEGAWAN, 2000
–
Pemilik kenderaan di dua kawasan sekitar
ibu negara terperanjat mendapati
kenderaan mereka dicalar dan
disembur dengan cat hitam
yang disedari awal pagi.
Mereka kebingungan ker-
ana daripada 15 kenderaan
yang dilaporkan dipugut,
sebahagiannya kenderaan
mewah hanya satu dipecah-
kan cermin, manakala yang
lainnya disembur dengan cat
hitam dan dicalarkan dengan
perkataan lucah. Cerminnya pula di-
percayai dicalarkan menggunakan batu.
Tujuh kereta mewah di kawasan
perumahan Anggerik Desa dipugut
menggunakan cat dengan perkataan
lucah. Pemugut yang dipercayai
datang ke kawasan dengan berkereta
turut mencalarkan badan kereta. Salah
seorang pemilik kereta berkenaan yang
menghubungi
Media Permata
berkata,
jirannya yang juga mengalami nasib
serupa mendengar bunyi kereta yang
menggunakan “ekzos sport” memasuki
kawasan perumahan itu kira-kira pukul
2:30 pagi.
Bagaimanapun, jirannya tidak pula
menyangka kawasan perumahan itu
yang terletak betul-betul berhadapan
sebuah hotel yang lengkap dengan
pengawal keselamatan dicerobohi.
“Ini bukan pertama kali kereta di ka-
wasan perumahan ini menjadi sasaran
kerana beberapa tahun lalu kejadian
memecah kereta dan mencuri peralatan
kerap berlaku di sini,” katanya yang su-
dah mendiami kawasan perumahan itu
hampir 16 tahun. Akibat kecewa dengan
kejadian pecah kereta itu yang memus-
nahkan cermin belakang dan alat stereo
dan bahagian dalaman sebuah lagi
kereta mewahnya, beliau yang
putus asa membiarkan saja
kereta tanpa membaikinya.
“Dulu sekeliling kawasan pe-
rumahan ini ada pagar yang
dapat mengurangkan per-
buatan jahat itu, tetapi seka-
rang ini yang tinggal hanya
pintunya,” katanya yang
tidak mahu namanya disiarkan
sambil meminta pihak berkuasa
mengambil langkah segera menan-
gani masalah itu.
Dalam kejadian lain, lapan kereta
di kawasan letak kereta Jabatan
Penerbangan Awam di Berakas juga
mengalami kerosakan teruk akibat
perbuatan pemugut.
Salah seorang pemilik kereta paling
teruk dipugut dan hanya menyedarinya
kira-kira pukul 8 malam, tergamam
melihat keretanya yang disembur cat
dengan kata-kata lucah sementara
cermin keretanya dipecahkan dan
bahagian belakangnya remuk.
Wanita Turki lahir
anak pada usia
64 tahun
20
tahun
ISTANBUL, 2006
– Seorang wanita
Turki berusia 64 tahun melahirkan
seorang anak damit lelaki di
Istanbul, menjadi ibu kedua tertua
di dunia, seorang jurucakap hospital
mengatakan.
Selepas 35 tahun mencuba,
Memnune
Tiryaki
mengandung
melalui persenyawaan in vitro- dengan
pemindahan telur daripada seorang
penderma di dalam sektor berpisah
Turki, Cyprus dan melahirkan anak
damitnya melalaui pembedahan di
sebuah hospital swasta Jerman di
sini.
“Ia adalah satu kejayaan besar...
dia adalah wanita kedua tertua
di dunia yang melahirkan anak,”
jurucakap
hospital
Bulent
Biricik memberitahu
AFP
,
menambah yang seorang
wanitaRomaniamelahirkan
anak pada usia 67 tahun
dalam 2005.
“Kedua-dua
ibu
dan anak lelaki sihat,”
katanya.
Anak damit itu 48
sentimeter
tinggi
dan
seberat 2.7kg.
“Tidak ada sesiapa seharusnya
membincangkan usia saya dan
membuat pengiraan berapa lama
14
tahun
lagi saya akan hidup,”
Tiryaki
memberitahu
akhbar popular
Sabah
.
“Saya hanya mahukan
anak dan tidak ada sesiapa
tahu betapa gembiranya saya
sekarang.”
Ayah budak itu yang berusia 62
tahun juga sangat gembira.
Nasib malang tukang tilik
SERIA, 2005
– Dua tukang
tilik yang mengambil upah
menilik dan meramalkan
masa depan pelanggan
bertemu malang kerana
tidak dapat menilik dan
meramalkan masa depan
mereka.
Pegawai penguat kuasa
Jabatan Imigresen cawan-
gan Belait menahan dua orang
lelaki warga China kerana diper-
cayai menjalankan kegiatan yang
melanggar peraturan dan undang-
undang imigresen. Jabatan Imigresen
dalam laporannya berkata kedua-dua
lelaki terbabit dipercayai melakukan
kegiatan menilik nasib ketika berada
di negara ini dan melakukan kegiatan
itu ketika menggunakan Pas Melawat.
Menurut
jabatan
berkenaan,
sepasukan empat orang pegawai
imigresen
menjalankan
rondaan
dan bertemu kedua-dua lelaki itu
menjalankan kegiatan mencurigakan.
Mereka membuat intipan kira-kira dua
jam sebelum membuat serbuan.
Sebelum ditahan salah seorang
daripada lelaki terbabit sedang
berinteraksi dengan seorang pekerja
sebuah salun kecantikan
bagi menawarkan khidmat
menilik nasib.
Ketika pemeriksaan
mengejut ke atasnya,
beg tangan milik mereka
didapati
menyimpan
barang-barang kegunaan
menilik nasib mengikut
kepercayaan orang Cina
serta wang $50 dipercayai
bayaran pelanggan atas khidmat
mereka. Barang-barang itu dirampas
untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang lagi lelaki
terbabit cuba bersembunyi setelah
menyedari kawannya diberkas tetapi
dia berjaya ditahan dan dia juga
didapati membawa beg berisi barang-
barang keperluan menilik nasib.
Siasatan mendapati kedua-dua
lelaki yang berusia 40an dan 50an itu
menggunakan kebenaran Pas Melawat
untuk masuk ke negara ini.
Kedua-dua lelaki terbabit diper-
cayai melakukan kegiatan itu dengan
mengunjungi dari rumah ke rumah di
kawasan perumahan Kampung Cina di
sini untuk menawarkan khidmat perni-
agaan itu.
15
tahun




