Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020
20
CHANEL RAI KOLEKSI ERA GLAMOR
PARIS
Chanel kembali kepada era
glamor yang tak lapuk dek zaman ilem
hitam dan putih Hollywood pada hari
terakhir minggu fesyen Paris baru-baru
ini. Mentol lampu besar bertatahkan
huruf CHANEL bergemerlapan di
pentas peragaan di Grand Palais
memperkenalkan koleksi yang merai
industri per ileman.
Pereka
fesyen
Virginie
Viard
mengimpikan era yang lebih glamor,
kali ini memberi tumpuan pada mood
nostalgia. Beliau menghasilkan koleksi
optimistik yang memberi pengiktirafan
kepada bintang ilem Hollywood atau
Cannes serta golongan media.
“Saya memikirkan mengenai aktres
pada acara permaidani merah, ada di
antara mereka yang belum kami jumpa
untuk masa yang lama, wajah mereka
yang selamba dengan pakaian yang
dipakai mereka, suasana meriah yang
wujud yang berlaku di luar industri
per ileman,” kata Viard.
Pertunjukan itu, didominasi oleh
warna hitam dan putih diselangi
oleh warna terang diadakan serentak
dengan pameran muzium pertama yang
didedikasikan kepada Coco Chanel di
ibu negara Perancis, yang dibuka pada
minggu lalu. Ia mempersembahkan
pelbagai busana kelasatasanbergabung
dengan stail kasual – dalam koleksi
terkenal yang menampilkan bentuk
bahu bulat dan lebar, atau serong dan
mendatar.
Viard
mencipta
semula
dan
memperkemas beberapa stail paling
disukai oleh Coco. Untuk kelas atasan,
terdapat koleksi sut skirt fabrik linen dan
tweed hitam, skirt yang menggayakan
tali pinggang besar, lengan berbentuk
tiub dan manset dan kolar kemeja putih
besar.
Sesetengah gaya kasual, tidak begitu
menonjol dan agak mengecewakan.
Namun corak besar dalam warna cerah,
seperti kolar leher penyu dan gaun
corak lintasan, memaparkan huruf besar
dengan nama Chanel. Akan tetapi warna
tersebut tidak kena dan ia kelihatan
seolah-olah pereka fesyen berusaha
terlalu keras untuk menjadi moden.
Bagaimanapun, pelbagai gaya street
style yang penuh berinspirasi turut
ditampilkan pada musim ini. Gaun mini
hitam yang mendedahkan bahu tampak
amat bergaya, dengan skirt labuh
sutera hitam beralun yang mencecah
pergelangan kaki. Blaus sutera hitam
yang longgar mempunyai bulu putih
melintang seperti selempang.
“Gabrielle Chanel dan Karl Lagerfeld
membuat pakaian untuk ramai aktres
dalam ilem mereka dan dalam kehidu-
pan mereka,” tambah Viard. “Mereka
mendorong kami mempunyai impian.”
Dengan minggu fesyen Paris ter-
paksa diadakan secara dalam talian di-
sebabkan koronavirus, Chanel menyiar-
kan pertunjukan secara langsung untuk
peminat fesyen. – AFP/AP




