Previous Page  21 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 24 Next Page
Page Background

Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020

21

Senyuman lebar terukir pada wajah Awang Azahar setelah berjaya

menumpaskan seekor ikan bekalang ketika turun memancing di

Pulau Pelumpong baru-baru ini. – Raz AS

KANGAR

– Setiap kali musim

menuai padi antara akhir bulan

Ogos hingga Oktober, ramai

penduduk Perlis, tanpamengira

umur, bangsa dan pangkat,

tidak akan melepaskan peluang

untuk memancing ikan puyu di

sawah.

Tinjauan media mendapati

ramai mula keluar memancing

sekitar pukul 4 petang hingga

7 malam, dan antara lokasi

yang menjadi tumpuan ialah

sawah padi sekitar Kampung

Mengkuang Layar, Kampung

Wang Ulu, Titi Chai dan Seriab.

Salah seorang pemancing

yang ditemui, Azizan Ahmad,

OLEH€OLEH DARI

PULAU PELUMPONG

MENGENALI JENIS-

JENISMATA KAIL

Oleh Raz AS

Memilih mata kail yang sesuai

boleh menjadi satu hal yang

memeningkan kepala dengan

kehadiran pelbagai jenis

lure

dan teknik memancing yang

ada pada masa kini. Satu ketika

dahulu kebanyakan pemancing

hanya perlu mengikat mata kail

yang pertama mereka temui

dalam kotak pancing mereka.

Kini, hampir setiap kaedah

pancingan dan setiap jenis

lure

dikatakan memerlukan peng-

gunaan mata kail yang berbeza

antara satu dengan yang lain.

Oleh itu tidak hairanlah kedai-

kedai pancing dipenuhi, bukan

sahaja puluhan malah ratusan,

pelbagai jenis mata kail dalam

bentuk dan saiz yang berbeza.

Tidak kiralah apa pun jenis

mata kail anda ingin beli, perka-

ra utama yang perlu dipertim-

bangkan sebelum membuat

pembelian adalah ketajaman

mata kail dan kebolehan mata

kail tersebut mengekalkan

ketajamannya.

Salah satu cara untuk

mengetahui sama ada sesu-

atu mata kail itu cukup tajam

atau tidak adalah dengan cara

meletakkan bahagian hujung

tajam mata kail itu di atas kuku.

Setelah itu mata kail tersebut

diseretkan, jika ia tidak menin-

ggalkan bekas atau kesan pada

kuku bermakna mata kail itu

tidak cukup tajam, manakala

jika mata kail itu melekat pada

kuku ini bermakna mata kail

tersebut berada dalam kondisi

yang sangat tajam.

Ketajaman sesuatu mata kail

itu boleh bergantung dengan

jenis hujung tajamnya (hook

point). Sesetengah mata kail

mempunyai hujung tajam yang

melebar atau lebih dikenali

sebagai

cuttingpoint

.Manakala

sesetengah lagi lebih menirus

atau lebih dikenali sebagai

spade-shaped point

. Setiap

Kini, hampir setiap kaedah pancingan dan setiap jenis

lure

dikatakan

memerlukan penggunaan mata kail yang berbeza antara satu dengan yang

lain. – Agensi

Mata kail

cutting point

mempunyai

hujung tajam yang lebih lebar,

bertujuan untuk memastikan mata

kail lebih mudah tertancap pada

bahagian keras dalam mulut ikan.

– Agensi

satu daripadanya mempunyai

kelebihan dan kelemahan

masing-masing.

Bagi hujung mata kail yang

melebar atau jenis

cutting

point

, ia adalah untuk memas-

tikan mata kail itu mudah ter-

tancap pada bahagian keras

mulut ikan untuk

solid hook

set

. Namun mata kail jenis ini

juga berpotensi menghasilkan

lubang tusukan yang besar

dan mengakibatkan mata kail

lebih mudah melucut keluar

daripada bahagian tusukan itu

semasa ikan mengoncang kuat

badannya untuk melepaskan

diri.

Manakala

jenis

spade-

shaped point

pula menghasil-

kan lubang tusukan yang lebih

kecil dan lebih sukar terlucut

berbanding dengan mata

kail yang mempunyai

cutting

point

.

Antara perkara lain yang

perlu dipertimbangkan adalah

ketebalan batang mata kail

itu. Bagi kebanyakan situasi

pancingan, mata kail yang

mempunyai ketebalan batang

yang standard atau nipis sudah

cukup memadai. Jika anda

memerlukan kekuatan lebih

untuk memburu spesies ikan

besar atau kuat dan ditakuti

mata kail patah atau lurus, mata

kail yang mempunyai batang

tebal bolehlah digunakan.

Mata kail berbatang nipis

sangat sesuai untuk digunakan

bersama tali nipis, dan

hook set

yang dilakukan juga tidak perlu

kuat kerana ia lebih mudah me-

nembusi mulut ikan berband-

ing mata kail berbatang tebal.

Setelah itu, pemancing

perlu

mempertimbangkan

mengenai saiz mata kail yang

akan digunakan. Nombor saiz

mata kail selalunya tercetak

pada kotakmata kail seperti 3, 2,

1, 1/0, 2/0, 3/0 dan sebagainya.

Selalunya semakin besar

nombornya bermakna se-

makin kecil mata kail tersebut,

contohnya saiz 3 adalah lebih

kecil berbanding saiz 2 dan 1.

Manakala untuk saiz yang lebih

besar daripada saiz 1 pula seba-

liknya. Iaitu saiz 3/0 lebih besar

daripada 2/0 dan 2/0 lebih be-

sar daripada 1/0. Meskipun be-

gitu, saiz ukuran mata kail tidak

semuanya sama. Sesetengah

jenama mata kail mempunyai

ukuran yang sedikit lebih besar

atau kecil berbanding jenama-

jenama lainnya yang memapar-

kan nombor yang sama. Oleh

itu tidak hairanlah sekiranya

mata kail saiz 1 yang ada pada

kotak pancing anda tidak sama

ukurannya dengan mata kail

saiz 1 daripada jenama lain

yang baru anda beli.

Perlu juga diingat, apa yang

menentukan saiz sesuatu mata

kail itu adalah

hook gap

atau

ukuran jarak antara hujung

tajammata kail dengan batang-

nya. Tidak termasuk kepan-

jangan batangnya (shank).

Semakin luas

hook gap

mata

kail itu selalunya semakin da-

lam tembusan mata kail ke da-

lam mulut ikan dan lebih sukar

untuk terlucut. Berbalik kepada

kepanjangan batang mata kail.

Sesetengah mata kail mempu-

nyai batang yang panjang dan

ada pula yang pendek.

Mata kail berbatang pan-

jang boleh mengelakkan tali

terputus apabila spesies bergi-

gi tajam menyambar pancing.

Jika kawasan tempat anda me-

mancing itu dikenali dengan

kehadiran spesies bergigi tajam

penggunaan batang panjang

adalah lebih sesuai digunakan

sekiranya tidak menggunakan

perambut dawai.

Memancing ‘ikan puyu’

selepas musimmenuai padi

Setiapkalimusimmenuai padi antaraakhirbulanOgoshinggaOktober, ramai

pendudukPerlis, tidakakanmelepaskanpeluanguntukmemancing ikanpuyu

di sawah. – Bernama

67, berkata setiap kali selepas

musim menuai padi, beliau

tidak akan melepaskan peluang

untuk memancing ikan puyu

dan ikan keli.

“Jika bukan musim menuai

padi,

agak

sukar

untuk

mendapat ikan kerana pada

ketika itu air dari petak sawah

dilepaskan ke tali air. Ikan turut

masuk ke tali air, pada ketika

itu susah ikan makan umpan,”

katanya kepada media.

Beliau berkata rasa ikan

puyu ‘padang’ (sawah) amat

sedap kerana isinya lebih manis

berbanding ikan puyu yang

dijual di pasar, dan menurutnya

selain untuk dijadikan lauk buat

sekeluarga, hasil tangkapannya

juga boleh dijadikan ikan

pekasam dan dijual secara

kecil-kecilan.

“Ikan puyu sedap jika dibuat

(masak) gulai, asam pedas

atau pekasam, lagi sedap jika

di makan dengan nasi panas,”

kata bapa kepada tiga orang

anak itu.

Senada dengan Azizan,

Mazlan Mustapa, 56, berkata

memancing

ikan

selepas

musim menuai padi amat

menyeronokkan kerana jumlah

tangkapan adalah lebih banyak

berbanding hari biasa.

‘Letak angkat, letak angkat,

itulah yang menjadi kepuasan

dan keseronokan memancing

ikan di sawah pada musim ini,

ikan mudah makan umpan

tidak seperti memancing di

sungai atau tasik.

“Setiap hari saya boleh

dapat antara 40 ke 60 ekor

ikan puyu selain beberapa ekor

ikan lain antaranya keli, haruan

dan sepat dalam masa sejam

ke dua jam sahaja dengan

hanya menggunakan umpan

cengkerik,” kata bapa kepada

lima orang anak yang bekerja

sendiri.

Bagi Ketua Polis Perlis, Datuk

Surina Saad pula, katanya ge-

mar memancing ikan puyu dan

akan memancing apabila ada

masa terluang.

“Bagi saya memancing ikan

puyu dapat beri ketenangan

dan merehatkan minda selain

dapat mengingatkan kenangan

manis memancing bersama

arwah mak saya yang gemar

memancing ikan,” katanya.

– Bernama