Sabtu/Ahad, 10/11 Oktober 2020
23
Dari Muka 24
TDAFA kini miliki pejabat baharu
Sesi bergambar ramai selepas majlis perasmian pejabat TDAFA.
Presiden NFABD selaku tetamu kehormat
di majlis tersebut semasa memberikan
ucapan.
Sementara itu Pengiran Haji Matussin
dalam ucapannya semasa majlis
berkenaan turut berkesempatan memuji
dan mengucapkan tahniah kepada
TDAFA kerana mengambil langkah awal
untuk mendapatkan ruang pejabatnya
sendiri dan beliau berharap TDAFA
terus bergiat aktif dengan lebih rancak
lagi.
NFABDdalamrancanganstrategiknya
untuk sama-sama mencapai dan
menjayakan Wawasan 2035 berhasrat
untuk mengembangluaskan lagi aktiviti-
aktiviti bola sepak dalam negara ini
semakin berkembang, bukan saja dalam
hal ehwal pentadbir atau pengurus
tetapi juga para pemain dan pasukan-
pasukan dapat bersaing diperingkat
yang lebih tinggi dan antarabangsa, ujar
Presiden NFABD lagi.
Sejurus selepas menyampaikan
ucapan, beliau juga turut berkesudian
merasmikan pejabat baharu TDAFA
tersebut dengan disaksikan oleh para
tetamu dan jemputan yang hadir pada
acara berkenaan.
Juga hadir pada majlis perasmian
pejabat TDAFA pagi tadi ialah ahli-ahli
Exco NFABD; ahli-ahli Jawatankuasa
Tertinggi
NFABD
dan
ahli-ahli
Jawatankuasa Tertinggi TDAFA.
SWIATEKWANITA POLAND PERTAMA
KE FINAL TERBUKA PERANCIS
Aksi Iga Swiatek dari Poland ketika menentang pemain Argentina, Nadia Podoroska semasa
kejohanan tenis separuh akhir Terbuka Perancis The Roland Garros 2020 di Paris semalam. -
AFP
PARIS, 9 OKT
Pemain remaja Iga
Swiatek menjadi wanita Poland pertama
dalam 81 tahun yang mara ke inal
Terbuka Perancis semalam ketika dia
berjaya menewaskan pemain Argentina,
Nadia Podoroska 62, 61.
Pemain berusia 19 tahun itu belum
pernah tewas satu set pada kejohanan
itu dan akan menentang juara Terbuka
Australia, Soia Kenin untuk merebut
gelaran itu pada Sabtu ini.
“Saya agak terkejut. Saya tidak per-
nah menyangka pada awalnya saya akan
bermain begitu baik di sini tetapi saya
selalu tahu bahawa jika saya akan berada
di inal Grand Slam, ia akan berlangsung
di Terbuka Perancis,” kata Swiatek.
“Mimpi itu menjadi kenyataan.”
Swiatek, yang berada di kedudukan ke-
54 dunia, telah menandingi rentak rakan
senegaranya, Jadwiga Jedrzejowska
yang menduduki tempat kedua di
Roland Garros pada tahun 1939.
DiawanitaPolandkeduayangmarake
inal Grand Slam di era Terbuka selepas
Agnieszka Radwanska di Wimbledon
pada 2012.
Swiatek menjadi inalis wanita pilihan
ketujuh di Roland Garros.
Dari enam pemain sebelumnya,
hanya Jelena Ostapenko pada tahun
2017 yang berjaya menjulang troi.
“Pada dasarnya saya mahu bermain
perlawanan ini seolah-olah itu adalah
pusingan pertama. Saya tidak mahu
menganggap saya berada di separuh
akhir kerana ia akan memberi tekanan
kepada saya,” kata Swiatek, yang hanya
bolos 23 perlawanan dalam perjalanan
ke perlawanan akhir.
Wanita terakhir yang berjaya
merangkul gelaran Terbuka Perancis
tanpa tewas satu set adalah Justine
Henin pada tahun 2007.
“Ini pasti akan menjadi pertandingan
yang sukar,” tambah Swiatek, yang tidak
pernah berlawan menentang Kenin.
“Saya tidak mahu memikirkannya
sekarang. Saya gembira berada di inal,
ini sangat menggembirakan saya.”
Pemain nombor 131 dunia Podoroska
adalah pemain yang mara ke separuh
akhir di kedudukan terendah di Paris
pada era moden dan kelayakan wanita
pertama yang mencapai peringkat
empat terakhir dalam Terbuka Perancis.
Dia akan naik di kedudukan ke-48
selepas kejohanan. – AFP
Smith terpantas latihan
MotoGP Perancis pertama
LE MANS, PERANCIS, 9 OKT
Bradley
Smith menduduki tempat teratas dalam
latihan percuma pertama untuk MotoGP
Perancis hujung minggu ini, mencatat
pusingan terbaik dengan catatan masa
satu minit 43.804 saat di litar Le Mans
yang dilanda hujan.
Brith Smith menamatkan 0.154 saat
di hadapan pelumba Perancis Ducati,
Avintia, Johann Zarco ketika pesaing
berlumba secara konservatif dalam
keadaan trek yang basah teruk.
Perancis dilanda cuaca tidak
menentu danmelampau sejak seminggu
yang lalu, dengan banjir di selatan dan
ribut di barat negara itu menyebabkan
beberapa bencana.
Pemimpin kejuaraan dan harapan
tuan
rumah,
Fabio
Quartararo
menamatkan saingan lebih dua saat
pada tangga ke-18, sementara Suzuki,
Joan Mir, yang ketinggalan lapan
mata di belakang penunggang muda
Perancis itu di kedudukan keseluruhan
berada dengan catatan masa 1.176 saat
di tangga ke-13.
Pusingan latihan bebas kedua
bermula esok di MotoGP Perancis.
Kedudukan
sekarang
tempat
pertama Bradley Smith dari Britain
dengan pasukan Aprilia, tempat kedua
Johann Zarco dari Perancis FRA bersama
Ducati atau Avintia, tempat ketiga
Danilo Petrucci dari Itali dengan Ducati,
manakala di kedudukan keempat Jack
Miller dari Australia dengan Ducati-
Pramac dan kelima Andrea Dovizioso
dari Itali dengan pasukan Ducati. – AFP
Para pelumba MotoGP semasa sesi latihan pertama sebelum perlumbaan MotoGP Grand Prix
motosikal Perancis di Le Mans, Perancis semalam. - AFP




