Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 12 Oktober 2020

13

WASHINGTON, 11 OKT

– Suruhanjaya

Debat Presidenmembatalkanprogram

Debat Presiden siri kedua antara

Donald Trump dan pencabarnya,

Joe Biden yang dijadualkan pada 15

Oktober ini.

Ia dilakukan selepas presiden

Amerika Syarikat (AS) itu tidak mahu

menyertai acara berkenaan yangmahu

diadakan secara maya. “Setiap calon

sudah mengumumkan rancangan lain

untuk tarikh berkenaan,” kata suru-

hanjaya itu dalam satu kenyataan.

Langkah berkenaan menjadikan

hanya ada satu lagi siri debat yang

sudah dijadualkan iaitu pada 22

Oktober di Nashville, Tennessee

- sebelum pengundian pada 3

November.

Acara debat berkenaan sudah

menjadi tradisi pada setiap pilihan

raya presiden sejak 1976, dengan tiga

siri program itu berlangsung pada

penghujung kempen, sejak 2000.

Suruhanjaya itu sebelum ini

mengumumkan

untuk

menukar

debat pada 15 Oktober kepada acara

maya selepas Trump disahkan positif

COVID‘19.

Tetapi, presiden yang tidak sabar

untuk kembali berkempen, enggan

menyertainya kerana mahu berbahas

secara bersemuka.

Biden pula sudah menyatakan

hasrat bahawa beliau tidak mahu

berbahas secara bersemuka, jika

Trump masih belum bebas daripada

virus berkenaan.

Selain itu, beliau menyifatkan

tindakan Trump yang tidak mahu

menyesuaikan diri dengan debat maya

sebagai ‘memalukan’. – AFP

WASHINGTON,11OKT

–Selepas sem-

bilan hari disahkan positif COVID‘19,

Donald Trump kembali meneruskan

siri kempennya, menjelang pemilihan

Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam suatu majlis bersama

penyokong,

pemimpin

daripada

Republikan itu dilihat menanggalkan

penutup mulut dan hidung untuk me-

nyampaikan ucapan yang berlang-

sung kira-kira 20 minit, dari balkoni

Rumah Putih.

“Saya sudah sihat! Keluar dan undi.

Saya sayang anda semua,” katanya

kepada ratusan penyokong memakai

topi merah ‘MAGA’ (Make Amerika

Great Again), dengan kadar pema-

tuhan penjarakan ›izikal yang sangat

rendah. Meneruskan ucapan, Trump,

74, menaruh keyakinan dan berjanji

bahawa AS akan ‘menundukkan’ virus

yangmula tercetus di China, Disember

tahun lalu itu.

Beliau menjelaskan, usaha itu akan

dilakukan menerusi penghasilan rawa-

tan, ubat danvaksinbagimembendung

penularan jangkitan COVID‘19 yang

masih meruncing ketika ini. – AFP

BANDARMEXICO,11OKT

–Sekurang-

kurangnya dua wanita Mexico men-

jalani pembedahan tanpa izin mereka

di pusat tahanan imigresen Amerika

Syarikat (AS), kata kementerian luar

Mexico. Kementerian itu berkata da-

lam satu kenyataan semalam bahawa

pihak berkuasa dari konsulat di Atlanta

mengenal pasti kes itu selepas dak-

waan timbul pada bulan lalu tentang

perkara tersebut, termasuk peman-

dulan, di sebuah pusat tahanan yang

dikendalikan secara persendirian di

negeri Georgia.

Ia berkata salah seorang wanita

telah menjalani ‘pembedahan’ tetapi

bukan histerektomi, tanpa kebenaran-

nya, dan tidak menerima penjagaan

selepas pembedahan.

“Ketua pejabat konsul meminta

pendapat pakar perubatan yang,

selepas kajian menyeluruh dalam fail

tersebut, menganggap timbulnya

penyelewengan dalam prosedur

perubatan,” menurut dokumen.

Diplomat juga mengesahkan kes

seorang wanita dari pusat yang sama

yang telah pun dihantar pulang ke

Mexico, kata kementerian. Kenyataan

berkata dia juga mungkin telah ‘men-

jalani pembedahan ginekologi tanpa

izin mereka, tanpa menerima pen-

jelasan dalam Bahasa Sepanyol men-

genai diagnosis perubatan atau ciri-

ciri prosedur perubatan yang akan

dilakukan.”

Kerajaan Mexico melaporkan pada

bulan lalu bahawa ia sedang me-

nyiasat sama ada enam rakyatnya di-

mandulkan tanpa kebenaran mereka

di pusat tahanan imigresen di Irwin

County. – AFP

BALAI POLIS

DISERANG

BUNGA API

Kelihatan tingkapkeretapecahdanpintumasukbalai polis yang rosakdi Champigny-sur-Marne

di luar Paris kelmarin selepas diserang oleh 40 orang yang melancarkan bunga api. – AFP

Nahas kapal terbang

ragut empat nyawa

Debat presiden siri

kedua dibatalkan

Wanita Mexico jalani

pembedahan tanpa izin

Trump sihat, kembali berkempen

PresidenDonald Trump bercakap dari South PorticoRumah Putih di WashingtonDC semasa

satu rapat pada 10 Oktober 2020. – AFP

PARIS, 11 OKT –

Kira-kira 40 orang

melancarkan seranganbunga api selama

sejam ke atas sebuah balai polis di luar

Paris awal hari ini, kata pihak berkuasa,

insiden terbaharu dalam beberapa siri

kejadian yang menyasarkan anggota

keselamatan dalam beberapa bulan ini.

Pintu masuk balai dan beberapa

kenderaan polis dirosakkan tetapi

tidak ada sesiapa yang cedera semasa

serangan dilancarkan sejurus sebelum

tengah malam di Champigny-sur-

Marne, kira-kira 12 kilometer dari timur

ibu negara.

Datuk bandar Paris, Laurent Jeanne,

memberitahu televisyen BFM bahawa

polis mungkin disasarkan dalam

serangan balas atas satu ‘insiden’ yang

membabitkan seorang pemandu skuter

yang dihentikan oleh pegawai beberapa

hari lalu, tanpa memberikan butir

lanjut.

Menteri Dalam Negeri Gerald

Darmanin berkata di Twitter bahawa

‘peniaga berkenaan tidak menakutkan

sesiapa, dan tidak akan menjejaskan

usaha kami dalam membanteras dadah,’

walaupun polis tidak mengenal pasti

penyerang, dan tidak ada tangkapan

yang dilakukan.

Namun pegawai kesatuan polis

berkata seranganmenekankan ancaman

yangmeningkat ke atas penguatkuasaan

undang-undang di pinggir bandar Paris

dan bandar besar lain.

Stesen

polis

Champigny-sur-

Marne telah pun diserang oleh belia

bersenjatakan bunga api, terbaharu

pada April lalu, dan beberapa serangan

lain yang sama di seluruh Perancis pada

tahun ini. Serangan berlaku selepas

dua pegawai diserang dan ditembak

dengan senapang mereka sendiri di

pinggir bandar Paris pada Rabu lalu,

mendorong gesaan baharu meminta

usaha dipertingkatkan untuk mengatasi

jenayah.

“Penguatkuasaan undang-undang

tidak lagi dihormati, dan malangnya

kerajaanbelumberjayadalammengubah

trend tersebut,” kata kesatuan polis

Frederic Lagache hari ini. – AFP

RENNES, PERANCIS, 11 OKT

– Empat

orang terbunuh dan seorang hilang

selepas sebuahkapal terbangpelancong

dan sebuah pesawat udara kecil

berlanggar di barat Perancis semalam,

kata pihak berkuasa tempatan.

Kapal terbang kecil yang membawa

dua orang berlanggar dengan kapal ter-

bang pelancong DA40 dengan tiga pen-

umpang pada kira-kira 4:30 petang di

Loches di kawasan Indre-et-Loire, beri-

tahu pegawai kerajaan tempatan Nadia

Seghier kepada

AFP

.

“Kapal terbang kecil mendarat di pa-

gar sebuah rumah tanpa mencederakan

sesiapa dan kapal terbang DA40 bebera-

pa ratus meter di sebuah kawasan tanpa

penghuni,” kata Seghier. Gregoire Dulin,

pendakwa dari kawasan Tours berhampi-

ran, berkata empat mayat telah ditemui

dari kedua-dua kapal terbang.

“Seorang penumpang dikatakan

terjatuh dari kapal terbang, masih belum

ditemui,” katanya, menambah kapal

terbang lebih besar telah terhempas ke

pokok di sebuah kawasan yang sukar

dimasuki. Saksi Genevieve Allouard-

Liebert berkata dia terdengar ‘bunyi

dentuman kuat’ semasa berada di luar

halaman rumah bersama suaminya.

Pasangan itu ternampak seorang

lelaki terjatuh 10 meter dari kapal

terbang lebih besar ke sebuah ladang

tatkala pesawat udara itu meluncur di

atas bumbung rumah berhampiran,

tambahnya. Kira-kira 50 anggota bomba

dikerah ke tempat nahas, sementara 30

pegawai polis mendirikan lencongan

jalan di dua tapak nahas itu. Punca

perlanggaran masih belum diketahui.

Datuk bandar Marc Angenault berkata

cahaya matahari yang menyilaukan

mungkin mengaburkan mata salah

seorang juruterbang. – AFP