Isnin, 12 Oktober 2020
14
SAN FRANCISCO, 11 OKT
–
Apple dijangka melancarkan
produk iPhone 12 yang mem-
perkenalkan model menggu-
nakan rangkaian telekom 5G
baharu dalam satu pengemas-
kinian terbaharu yang diang-
gap penting kepada masa de-
pan syarikat.
Satu acara yang disiarkan
secara penstriman dengan
mesej ‘Hi, Speed’ dalam ruju-
kan kepada rangkaian wayarles
lebih pantas telah diperkenal-
kan di kebanyakan negara di
dunia.
Penganalisis
menjangka
Apple akan memperkenalkan
model iPhone12dalampelbagai
saiz, dengan sesetengahnya
dihantar lebih awal berbanding
yang lain disebabkan pandemik
telah menjejaskan rantaian
bekalan syarikat.
“Kami percaya iPhone 12
mewakili kitaran produk paling
penting untuk Cook & Co sejak
iPhone 6 pada 2014 dan akan
menjadisatulagibabbersejarah
dalam perkembangan Apple,”
kata penganalisis Wedbush
Dan Ives dalam nota kepada
pelabur, merujuk kepada ketua
eksekutif Tim Cook.
Sudah tiba masanya, menu-
rut penganalisis, untuk Apple
menembusi pasaran dengan
iPhone yang dikhaskan dengan
rangkaian telekom 5G diedar-
kan di seluruh dunia.
“Applepastinyamemerlukan
5G sekarang,” kata penganalisis
Techsponential Avi Greengart,
‘bukan untuk AS, tetapi untuk
China, di mana 5G sedang
menjana keputusanpembelian.’
Beberapa pesaing Apple telah
pun mengeluarkan model 5G,
dan China berada jauh di depan
AS apabila ia membabitkan
rangkaian
generasi
akan
datang.
Rangkaian 5G dianggap
sebagai kemajuan yang besar
dalam jumlah dan kelajuan
data wayarles, membolehkan
pemodenan dalam kenderaan
pandu sendiri, alam maya,
kesihatan dan lebih banyak
lagi tatkala sensor dan server
dikaitkan dengan komunikasi
serta-merta.
Firma telekom AS melihat
pada iPhone 5G sebagai pe-
mangkin dalam minat peng-
guna yang akan menjustiikasi
pelaburan besar untuk rangka-
ian tersebut, menurut pengana-
lisis. Apple juga memerlukan
iPhone 5G untuk mengekalkan
imej premiumnya, tambah pen-
ganalisis. – AFP
ISLAMABAD, 11 OKT
–
Pakistan pada Jumaat meng-
haramkan aplikasi popular,
TikTok, dalam usaha mem-
banteras kandungan tidak
bermoral.
TikTok
yang
dimiliki
syarikat dari China mempu-
nyai ramai pengikut daripada
golongan muda di negara
ini.
Namun ia telah menerima
kritikan di mana dalam
dalam beberapa bulan ini,
beberapa aplikasi termasuk
Tinder dan Grindr juga telah
diharamkandan kerajaan juga
mengancam akan menutup
YouTube.
Pihak Berkuasa Teleko-
munikasi
Pakistan
(PTA)
mendakwa TikTok gagal un-
tuk mematuhi dua amaran-
nya bagi menyekat kandu-
ngan yang tidak bermoral
dan lucah.
“Aplikasi gagal mematuhi
arahan, dengan itu, perintah
dikeluarkan untuk menyekat
aplikasi TikTok dalam nega-
ra,” kata PTA dalam satu ke-
nyataan. Penduduk Pakistan
tidak dapat mengakses ap-
likasi itu pada petang Jumaat.
Arslan Khalid, penasi-
hat media digital kepada
Perdana Menteri Imran Khan,
sebelumnya telah mendakwa
‘eksploitasi dan seksualisasi
budak perempuan di TikTok’
menimbulkan masalah kepa-
da ibu bapa.
“TikTok merupakan sum-
ber utama hiburan untuk
penduduk kelas rendah dan
pertengahan Pakistan, serta
penduduk buta huruf yang
termasuk separuh daripada
penduduk kerana ia beras-
askan video dan senang di-
gunakan,” kata Usama Khilji,
aktivis hak digital, yang ber-
kata pengharaman mencabul
kebebasan bersuara. – AFP
APPLE BAKAL LANCAR IPHONE 12 5G
Ilustrasi gambar menunjukkan logo teknologi wayarles 5G dipamerkan di
telefon pintar dan tanda isyarat wayarles oleh tablet di Paris. Apple dijangka
melancarkan iPhone 12 pada 13 Oktober yang menggunakan rangkaian
telekom 5G baharu. – AFP
Microsoft benar kerja dari rumah
WASHINGTON, 11 OKT
–
Syarikat gergasi perisianutama,
Microsoft membenarkan peker-
janya untuk bekerja dari rumah
selama-lamanya, jika mereka
mahu berbuat demikian.
Media tempatan Amerika
Syarikat
(AS)
melaporkan
syarikat berkenaan menjadi
majikan terbaharu yang mem-
beri kelonggaran untuk berbuat
demikian berikutan pandemik
COVID19.
Laman web berita teknologi
The Verge
melaporkan keban-
yakan daripada kakitangan
Microsoft, ketika ini masih
bekerja dari rumah.
Selain itu, laporan itumenye-
but bahawa syarikat berkenaan
tidak berhasrat untuk mem-
buka semula pejabatnya di AS
sehingga sekurang-kurangnya,
Januari tahun depan.
Bagaimanapun,
pekerja
mempunyai pilihan untuk be-
kerja dari rumah selama-la-
manya selepas mendapat ke-
benaran daripada pengurus.
“Pandemik COVID19 me-
nyebabkan kita terpaksa ber-
ikir, hidup dan bekerja dalam
cara baharu.
“Kami akan memberikan
leksibiliti seboleh mungkin
untuk menyokong cara kerja
individu dan mencari keseim-
bangan antara keperluan per-
niagaan dan budaya kerja kita,”
kata ketua sumber manusia-
nya, Kathleen Hogan meneru-
si memo diedarkan pekerja
Microsoft, yang diperoleh
The
Verge
.
Bagaimanapun,
The Verge
turut melaporkan tidak semua
pekerja Microsoft akan diberi
kelonggaran berkenaan.
Ia termasuk kakitangan yang
bekerja di makmal dan terbabit
melatih pekerja lain. – AFP
Kemusnahan tanaman
meningkat 50 peratus di Iowa
Gambar fail menunjukkan ladang jagung yangmusnahpada awal bulan ini di
ladang Rod Pierce berhampiranWoodward, Iowa. – AP
DES MOINES, IOWA, 11 OKT
– Kemusnahan tanaman akibat
ribut angin luar biasa yang
melanda Iowa pada Ogos telah
meningkat lebih daripada 50
peratus, demikian menurut
satu laporan berita.
Jabatan Pertanian Amerika
Syarikat (AS) berkata pada
Jumaat jumlah ekar tanaman
yang
gagal
diusahakan
oleh peladang Iowa telah
meningkat kepada 850,000
daripada anggaran pada bulan
lalu iaitu 550,000 ekar telah
dimusnahkan, lapor Pendaftar
Des Moines.
Ribut itu, dikenali sebagai
derecho, menghasilkan angin
sehingga
225
kilometer
sejam
yang
meranapkan
ladang tanaman. Kerosakan
diburukkan lagi pada musim
panas lalu dengan kemarau
yang, pada kemuncaknya,
menjejas sebahagian besar
negeri. Kemarau sekali lagi
berlaku selepas hujan pada
September.
Setiausaha Pertanian Iowa
Mike Naig berkata beliau
menjangka jumlah ekar yang
musnah akan melonjak lebih
tinggi tatkala petani bersedia
menuai hasil tanaman mereka.
Biasanya, petani akan cuba
menuai tanaman jagung,
menyelamatkan apa yang
tinggal selepas ribut melanda.
“Tanaman boleh rosak,” kata
Naig, yang membantu bapanya
memetik jagung di timur laut
Iowa. “Ia benar-benar situasi
dinamik.”
Di timur Iowa, Steve Swenka
berkata
memetik
jagung
yang tumbang adalah ‘amat
menyedihkan.’
Hasil jagung purata di Iowa
akanmerosotkepada186busyel
setiap hektar, anggar USDA,
merosot daripada ramalan 191
busyel pada September dan
202 busyel pada Ogos. – AP
Pakistan haramkan
TikTok
Sidang antarabangsa
bincang amalan
pengurusan Islam
KUALA LUMPUR, 11 OKT
– Universiti Kuala Lumpur
(UniKL) dan World Academy
of
Islamic
Management
(WAIM) akan menganjurkan
satu persidangan antara-
bangsa mengenai amalan
pengurusan Islam yang di-
adakan secara maya pada 17-
18 Oktober ini.
Acara
bertema-
kan ‘IntegratingConventional
and Islamic Management
for Sustainable Growth and
Development’ (Penyepaduan
Pengurusan
Konvensional
dan Islam Bagi Pertumbuhan
dan Pembangunan Mampan)
ituakandikendalikanmeneru-
si platform Zoom.
“Ia bertujuan mengeten-
gahkan serta membincang-
kan pelbagai aspek amalan
pengurusan Islam. Langkah
ini tepat pada masanya ke-
tika dunia sedang berdepan
pelbagai cabaran di luar
jangkaan serta memerlukan
pengurusan
mempunyai
perspektif lebih menyelu-
ruh agar kekal berwaspada
serta cekap,” kata Presiden
WAIM Profesor Emeritus
Dr Mohamed Suleiman da-
lam satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, penguru-
san Islam itu berdasarkan
konsep serta amalan yang
digariskan dalam Al-Quran
serta hadis dan meliputi
semua aspek pengurusan
perniagaan selain aktiviti
ekonomi seperti perdaga-
ngan, perbankan, pembua-
tan, insurans dan pelancon-
gan. – Bernama




