Isnin, 12 Oktober 2020
15
CEGAH BARAH PAYUDARA
SEBELUM JADI PARAH
SALAWATI
HAJI YAHYA
Gambar oleh Muiz Matdani
Kanser payudara merupakan antara
penyakit yang menghantui setiap insan
yang bergelar wanita di seluruh dunia.
Ia menjadi penyebab utama kematian
dalam kalangan wanita dan sekiranya
tidak dikesan dan dirawat dengan segera,
sel kanser itu boleh merebak dengan
pantas ke bahagian lain tubuh seperti
limpa, tulang, paru-paru dan hati.
Tiada
wanita
yang
sanggup
menanggung derita penyakit ini tapi
jika sudah terkena ia bagaikan satu ujian
besar bagi mereka dan kesannya bukan
saja ditanggung oleh si penghidap
tetapi sakitnya turut dirasai oleh seluruh
keluarga terutamanya pasangan hidup.
Apakah kanser payudara? Ia merupakan
ketumbuhan malignan yang terjadi
apabila sel dalam payudara mula
tumbuh tanpa kawalan.
Ramai wanita memilih untuk tidak
ambil tahu tentang tanda-tanda awal
kanser payudara kerana terlalu takut
untuk mengetahui risiko atau kebenaran
jika mereka benar-benar telah dijangkiti
kanser.
Meskipunsudahdisahkanmenghidap
kanser payudara, masih ada yang
memandang remeh ancaman maut
penyakit ini, dengan tidak melakukan
apa-apa atau diselubungi fobia prospek
pembedahan.
Sebenarnya, membuat pemeriksaan
berkala dapat mengesan kanser
payudara pada peringkat awal dan
mudah untuk merawatnya. Oleh sebab
itu, wanitawajibmelakukanpemeriksaan
berkala untuk mengelak kanser ini
daripada merebak.
Seperti biasa, bulan Oktober
menandakan Bulan Kesedaran Kanser
Payudara yang bukan saja disambut di
Negara Brunei Darussalam tetapi ia tu-
rut disambut di peringkat global. Bulan
ini diperingati dengan tujuan untuk
meningkatkan kesedaran, perhatian
dan sokongan untuk pengesanan awal
kanser, rawatan serta perawatan penya-
kit paliatif.
Melihat kepada kadar peningkatan
jenis penyakit tidak berjangkit (NCD)
atau barah ini setiap tahun, ia amat
membimbangkan.
Di Negara Brunei Darussalam, barah
payudara adalah pembunuh nombor
satu dalam kalangan wanita dan jumlah
kes baharu yang dicatat selama berta-
hun-tahunmeningkat kepada sekitar 120
hingga 145 kes baharu setiap tahun.
Dari angka ini, 60 peratus pesakit
didiagnosis menghidap barah tahap
awal danpada tahun2019, lebihdaripada
100 barah payudara baharu dikesan
dan jumlahnya semakin meningkat
dengan peratusan yang besar pesakit
didiagnosis kanser tahap 3 dan tahap 4.
Seperti barahmana pun, barah payudara
dapat disembuhkan jika dapat dikesan
pada peringkat awal tetapi kebanyakan
orang tidak sedar atau takut mengambil
langkah awal untuk mengesan penyakit
tersebut.
Pada tahun 2019, Kementerian
Kesihatan telah melaksanakan program
pemeriksaan kebangsaan yang merang-
kumi barah kolorektal dan payudara dan
untuk barah payudara, ia melibatkan
mamogram untuk wanita berusia antara
40 hingga 69 tahun.
Dalam temu bual penulis baru-baru
ini dengan Dr Ravi Patnaik dari Pantai
Jerudong Specialist Centre (PJSC),
beliau menjelaskan bahawa di Brunei
sebahagian besar barah payudara yang
didiagnosis sudah berada pada tahap 3
dan tahap 4.
Menurutnya lagi, “Seperti yang dike-
tahui kanser payudara sering berlaku
pada kaum wanita tetapi ada juga kaum
lelaki yang didiagnosis menderita barah
payudara.”
Jika dilihat daripada segi peneri-
maan pesakit ketika berkongsi menge-
nai perkara ini, Dr Ravi menjelaskan ba-
hawa beberapa tahun kebelakangan ini,
ramai pesakit merasa sukar untuk me-
nerima hakikat yang mereka menghidap
kanser.
“Dengan pendedahan dari media dan
juga beberapa program dan jerayawara
yang dianjurkan, penerimaan pesakit
terhadap penyakit yang dihadapi telah
membuat mereka bersikap lebih terbuka
danmahu berkongsi idea dalammencari
rawatan dan penyembuhan,” jelasnya.
Selain itu, mereka kini juga mudah
menerima kenyataan dan mereka
percayabahawa PJSCakanmenyediakan
rawatan perubatan terbaik dalam
menyembuhkan penyakit ini.
Katanya lagi, “Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam melalui Kementerian
Kesihatan telah menyediakan kemudah-
an yang sangat baik dari segi diagnosis
perubatan, rawatan dan ubat-ubatan.
“Menjalani rawatan di negara ini,
kita dapat melihat kecenderungan di
kalangan pesakit yang kini banyak tampil
ke hadapan untuk mencari rawatan,”
tambahnya.
Dr Ravi Patnaik turut berkongsi
statistik kes kanser payudara di negara
ini dalam ceramah beliau semasa Hari
Kesedaran Kanser Payudara di PJSC, di
mana jumlah tersebut terus meningkat
dari 99 kes pada tahun 2014 kepada
lebih 140 kes pada tahun 2019.
Manakala jumlah kes yang dirujuk ke
The Brunei Cancer Centre (TBCC) pada
tahun 2014 sebanyak 75 kes dicatat
manakala pada tahun 2015 dan 2016
masing-masing mencatat 92 dan 91
kes.
Kemudian jumlah tersebut menurun
pada tahun 2017 dan 2018 tetapi
melonjak semula pada tahun 2019
dengan jumlah kes sebanyak 116 kes.
Sempena Bulan Hari Kesedaran
Kanser Payudara ini, PJSC turut me-
ngadakan beberapa aktiviti setiap hari
Jumaat termasuk ceramah pendidi-
kan untuk orang ramai oleh pasukan
Perkhidmatan Pengesanan Awal dan
Pencegahan Kanser (EDCPS) yang mem-
bincangkan beberapa topik berkaitan
dengan barah payudara.
Di samping itu, kegiatan tersebut
turut merangkumi pameran poster me-
ngenai kanser payudara, aktiviti izikal
dan juga persidangan mengenai kanser
payudara. Dengan adanya aktiviti seum-
pama ini, ia akan menggalakkan orang
ramai untuk mengambil kesempatan
menghadiri kegiatan tersebut.
Menerusi sokongan mereka diharap-
kan ia dapat meningkatkan kesedaran
dan mengubah persepsi masyarakat
terhadap barah payudara.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan Wu Chun semasa melancarkan Majlis Bulan Kesedaran
Kanser Payudara 2020 di PJSC baru-baru ini.
DrRavi Patnaikdari Pantai JerudongSpecialist
Centre (PJSC) ketikamenyampaikan ceramah
mengenai kanser payudara sempena Bulan
Kesedaran Kanser Payudara 2020.




