Previous Page  17 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 12 Oktober 2020

17

Mimi Fly menyatakan dia langsung tidak

menyedari perubahan sikapnya disebabkan

depresiyangdialamiselamasetahunsetengah.

– Agensi

Peluang kedua. Itulah yang disimpul-

kan penyanyi Nana Sheme berhubung

perjalanan seninya pada fasa baharu

selepas menyertai

Big Stage 2020

(BS2020).

Mengakui menimba pelbagai pen-

galaman menarik yang tidak pernah

diikirkan sebelum ini, pemilik nama

sebenar Nur Nabilah Hashimi, 25, ber-

kata, apa yang dipelajari sepanjang me-

nyertai pertandingan tersebut menjadi

bekal terbaik untuk membina semula

nama dalam bidang seni.

“Saya berani katakan melalui pe-

rubahan 360 darjah selepas me-

nyertai pertandingan ini, baik dari segi

persembahan mahupun keyakinan diri.

“Saya anggap ia sebagai peluang

kedua untuk memulakan langkah ba-

haru dalam bidang seni yang telah

saya tinggalkan lebih dua tahun sebe-

lum ini,” ujar Nana yang menganggap

BS2020 sebagai

comeback

terbaik

dalam kerjaya seninya.

Tidak mahu lagi menoleh ke be-

lakang, anak kelahiran Sarawak yang

mula menceburi bidang seni sejak

lebih tujuh tahun lalu itu, kembali me-

rencana kerjaya seninya.

Nana bersama syarikat pengurusan-

nya, Xeno Entertainment, bakal tampil

dengan pelbagai perancangan, selain

meneruskan aktiviti promosi

single

ter-

baharunya,

Ragu-Ragu

yang dilancar-

kan pada Mac lalu.

“Single ciptaan Nadya Fatira yang

digubah komposer Indonesia, Barry

Maheswara itu merupakan percubaan

saya untuk tampil de-ngan sesuatu

yang dekat dengan diri sendiri, se-

lain berhasrat me-nembusi pasaran

Indonesia.

“Alhamdulillah sejak dilancarkan,

lagu ini mendapat respons cukup

positif daripada peminat yang menan-

tikan lagu terbaharu daripada saya,”

katanya.

Tidak hanya itu, kata Nana yang

pernah popular dengan lagu

Hantu

Buaya

, dia kini bersedia tampil berbe-

za daripada apa yang pernah diberi-

kan sebelum ini.

“Sejak tampil menyampaikan lagu

Ngam

nyanyian Sophia Liyana yang

ALAMI DEPRESI

LEBIH SETAHUN

Meskipun perpisahan yang dipinta, na-

mun tidak mudah buat penyanyi, Mimi

Fly, 33, bangkit selepas berdepan de-

ngan episod perceraian.

Hidupnya berubah 360 darjah apabi-

la menjadi kucar kacir, cepat naik angin,

suka menyendiri dan lebih teruk, tidur

sepanjang masa selepas bercerai de-

ngan bekas suami pada Disember 2017.

Mimi atau nama sebenarnya,

Shamimi Amalina Norhisham tidak

menyedari mengalami depresi hingga

tewas mencarinya diri sendiri.

Baru terbuka berkongsi luahan hati,

bekas anggota kumpulan One Nation

Emcees itu berkata, dia langsung tidak

menyedari perubahan sikapnya dise-

babkan depresi yang dialami selama

setahun setengah.

“Jujurnya, hidup saya huru-hara sela-

ma setahun setengah selepas berpisah

dengan bekas suami. Apabila direnung

semula, kenapa suka marah tidak tentu

pasal, tak mahu keluar dan suka tidur

sepanjang masa.

“Saya terikir kenapa dengan diri

saya, sedangkan saya bukan jenis be-

gitu. Rupanya, saya mengalami depresi

tanpa sedar. Saya terpaksa bertemu

pakar terapi diri untuk mendapatkan

rawatan. Awalnya, amat sukar, tetapi

saya gagahkan diri untuk menemui pa-

kar. Saya memerlukan seseorang untuk

mendengar rintihan hati,” katanya kepa-

da media.

Mimi mendirikan rumah tangga

dengan pengurus One Nation Emcees,

Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015.

Bagaimanapun, perkahwinannya itu

hanya bertahan selama dua tahun.

Wanita kelahiran Kota Kinabalu,

Sabah itu berkata, episod hitam yang

membeku dalam dirinya hanya disimpan

dalam hati selama setahun setengah.

“Tiada siapa tahu apa yang tersim-

pan dalam hati saya selama tempoh

ini. Sebab itulah, tak boleh menghakimi

seseorang kerana tidak tahu apa yang

dilalui.

“Saya pula bukan jenis suka berkong-

si masalah peribadi. Melihat mama yang

juga ibu tunggal dan memakai kerusi

roda, tetapi tetap kuat menempuh ujian

hidup. Saya anak dia, jadi saya kena kuat

seperti mama.

“Disebabkan itulah, saya tak pan-

dai minta tolong, tetapi lama kela-

maan barulah hati saya terbuka mohon

pertolongan.

“Tak kisah siapa kita, kena meluah-

kan masalah pada seseorang sebelum

ia membunuh diri sendiri. Saya percaya

ramai orang, termasuklah golongan se-

lebriti berdepan dengan kecelaruan ke-

resahan (anxiety disorder). Jadi, saya tak

boleh malu meminta pertolongan lagi,”

katanya.

Pelakon ilem

Klip 3GP

itu berkata,

dia bernasib baik kerana mudah bang-

kit mencari kekuatan biarpun kehidu-

pannya terumbang ambing tanpa pen-

dayung selama setahun setengah.

“Saya gembira hidup solo dan men-

jalani kehidupan sendiri. Saya kembali

fokus pada diri sendiri, keluarga dan

kerjaya. Bekas suami pernah mengurus-

kan kerjaya saya, jadi saya bermula se-

mula daripada kosong apabila berpisah

dengannya.

“Alhamdulillah, saya menemui pen-

gurus baharu yang baik dan boleh men-

jaga serta menyokong kerjaya.

“Saya juga kembali rapat dengan ke-

luarga dan kini, tinggal bersama adik.

Jika nak tanya mengenai teman peng-

ganti, saya tidak mencari dan saya hidup

solo. Saya rasa tak perlu tergopoh-go-

poh mencari pasangan hidup,” katanya.

– Agensi

Peluang kedua untuk

mula langkah baharu

Nana Sheme me l anc a r kan

s i ng l e

terbaharunya,

Ragu-Ragu

pada Mac lalu.

– Agensi

berentak hip hop pada konsert suku

akhir BS2020, ramai kata saya sesuai

dengan konsep lagu itu dan mahu-

kan saya tampil dengan

single

baharu

yang mempunyai elemen sebegitu.

“Jujurnya ia memang sesuatu yang

baharu pada saya kerana sebelum ini

saya hanya tampil dengan lagu-lagu

fun

, tapi bila masuk BS2020, macam-

macam yang saya buat termasuk buat

rap.

“Saya sendiri akui, sejak menerima

tugasan lagu tersebut, saya mula su-

kakan lagu-lagu sebegitu.

“Insya-Allah jika semuanya ber-

jalan lancar, saya dan pihak penguru-

san ada perancangan untuk tampilkan

se-suatu berkaitan itu selepas ini,” ka-

tanya yang terharu didatangi ramai

peminat baharu.

Dalam pada itu, Nana yang juga

merupakan lulusan IjazahSarjanaMuda

Pengurusan Pembinaan, Universiti

Teknologi MARA (UiTM), menolak un-

tuk menjadikan gimik sebagai pelaris

membina nama, sebaliknya memilih

bekerjadari bawahmeskipunmengam-

bil sedikit masa. – Agensi

Seo Ye Ji aktres tercantik Korea

Pelakon Seo Ye Ji menduduki tangga

pertama undian aktres tercantik Korea

yang dianjurkan oleh portal gaya hidup

Seo Ye Ji memulakan karier sebagai pelakon

menerusi sitkom

Potato Star 2013QR3

pada

tahun 2013. – Agensi

Metro Style

, baru-baru ini.

Dalam undian tersebut, Seo Ye Ji

menerima markah tertinggi iaitu 43.4

peratus bersamaan dengan 1.3 juta

pengundi.

Pelakon itu menewaskan sembilan

lagi aktres Korea lain antaranya Son Ye

Jin, Kim Go Eun, Song Ji Hyo, Park Min

Young, Kim Ji Won dan termasuklah

Song Hye Kyo.

Keputusan yang dikeluarkan portal

berkenaan disambut baik oleh warganet

dan rata-ratanya bersetuju Seo Ye Ji

memiliki kecantikan dan paras rupa

yang sempurna.

Lebih-lebih lagi, drama lakonannya

It’s Okay to Not Be Okay

sedang hangat

diperkatakan oleh penonton seluruh

dunia. – Agensi

Nicola Peltz

buka mulut

Beberapa hari kebelakangan ini terse-

bar desas-desusmengenai pernikahan

Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz.

Kemunculan berita itu tidak lama

setelah Brooklyn terlihat memakai

cincin emas yang sama seperti cin-

cin pernikahan di jari manisnya. Tidak

lama setelah itu, orang ramai kembali

dihebohkan dengan khabar yang me-

nyebutkan kalau Nicola Peltz sedang

hamil anak Brooklyn Beckham. Itu se-

mua bermula dari foto mesranya ber-

sama Brooklyn dan membuat kapsyen

‘Baby B’.

Brooklyn yang turut memang-

gil Nicola dengan sebutan ‘my wife’

itu juga membuatkan orang awam

dan media merasa ingin tahu ten-

tang status hubungan mereka yang

sebenarnya.

Namun kini Nicola Peltz menai-

kan khabar pernikahan tersebut di

Instagram. Malah seakan-akan mengu-

mumkan bahawa pernikahannya akan

berlangsung tidak lama lagi.

“Selamat ulang tahun untuk dew-

iku di syurga. Aku tidak dapat melu-

ahkan dengan kata-kata, betapa aku

merindukanmu di dunia ini. Aku san-

gat berharap kamu boleh kembali dan

melihatku menikah.

“Aku selalu memikirkanmu setiap

masa. Aku menyayangimu sepenuh

hatiku, Gina,” catatnya dalam laman

media sosial itu.

Rupa-rupanya

posting

tersebut di-

tujukan sebagai mengenangneneknya

yang sudah meninggal. dunia Dikenali

sebagai cucu yang sangat rapat

dengan mendiang neneknya, tidak

hairanlah mengapa Nicola semakin

merindukan neneknya menjelang

hari pernikahan dengan Brooklyn.

– Agensi

NicolaPeltzmena‰ikanberitapernikahannya

dengan Brooklyn Beckham di Instagram.

– Agensi