Isnin, 12 Oktober 2020
18
BETO: JANGAN HENTAM,
PERLEKEHKAN ANAK SENI
Pelakon berkaliber, Beto Kusyairi, 40,
akur seandainya kerajaan melaksanakan
semula Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) berikutan peningkatan kes jangki-
tan COVID19, sejak akhir-akhir ini.
Bakal muncul menerusi ilem
Aku
Bukan Gila
arahan Rahila Ali menerusi
saluran penstriman, WeTV ilix, Beto
berkata, mungkin keadaan akan menyu-
karkan penggiat seni, namun mereka
tiada pilihan selain akur sekiranya pan-
demik COVID19 gagal dibendung.
“Tiada siapa yang inginkan fasa PKP
dilaksanakan semula. Tentunya, ia sekali
lagi memberikan tekanan dan bebanan
yang berat. Bukan hanya penggiat seni
terjejas, malah seluruh rakyat Malaysia.
“Bagaimanapun, jika itu pilihan ter-
akhir dan jalan terbaik untuk memben-
dung kes COVID19 daripada mening-
kat setiap hari, kita harus menerimanya
walaupun dalam keadaan sukar.
“Saya sedar ramai penggiat seni
terkesan ketika fasa PKP dilaksanakan
pada Mac lalu. Ada yang terpaksa balik
kampung kerana tidak mampu bertahan
dengan kos sara hidup di ibu kota. Lebih
lagi, bagi mereka yang sudah berkelu-
arga dan mempunyai anak.
“Semua
orang
tak
mampu
menghadapi PKP, tetapi jika perlu dilak-
sanakan demi kebaikan, apa pilihan kita,
kena tempuh walaupun perit,” katanya
kepada media.
Beto
atau
nama
sebenarnya,
Nurkusyairy Zakuan Osman berkata, dia
bersyukur sentiasa beringat mahu me-
nyimpan kerana menyedari kerjaya seba-
gai anak seni mempunyai pasang surut.
“Saya bernasib baik mempunyai
wang simpanan. Saya sentiasa berikiran
jauh sejak dahulu lagi. Tanpa COVID19
sekalipun saya sudah belajar untuk ber-
ingat kerana menyedari kerjaya saya
tiada gaji bulanan.
“Itulah persediaan saya sejak awal
lagi. Saya pula jenis tidak suka meminta-
minta. Saya sedih melihat rakan-rakan
yang terkesan apabila hilang punca
pendapatan dikecam. Jadi, saya kena
bersedia untuk segala kemungkinan
yang berlaku,” katanya.
Pelakon ilem
Istanbul Aku Datang
dan
Gila Baby
itu berkata, dia percaya
tindakan warganet yang gemar menge-
cam disebabkan mereka tidak berada
dalam ‘kasut’ anak seni.
Tidak menyalahkan tindakan warga-
net, bagaimanapun Beto berharap, war-
ganet tidak berterusan menghentam
dan memperlekehkan anak seni.
“Setiap insan ada cerita dan masalah
di sebaliknya. Jadi, janganlah kecam
anak seni sesuka hati,” katanya.
Berkongsi mengenai ilem
Aku Bukan
Gila
terbitan Pencil Pictures And Records,
Beto yang membawakan watak Andre
berkata, ia berkisar mengenai kesihatan
mental dan wajib ditonton oleh golo-
ngan masyarakat. Katanya, dia berharap
ilem
Aku Bukan Gila
dapat membuka
mata masyarakat mengenai isu kesihatan
mental yang dipandang remeh.
“Saya menerima tawaran ilem ini
kerana mempunyai beberapa kenalan
yang menghadapi masalah mental.
“Ramai tidak memahami apa itu pe-
nyakit
bipolar
. Ada yang memandang
remeh, jadi menjadi tanggungjawab
saya untuk memberikan kesedaran men-
genai penyakit ini.
“Kebanyakan orang tidak sedar me-
reka menghidapi penyakit
bipolar
kera-
na tidak pernah membuat pemeriksaan.
Saya rasa menjadi tugasan kita menye-
darkan masyarakat. Paling tidak, kita
perlu sentiasa memberikan sokongan
kepada penghidap kerana mereka se-
ring merasai kesunyian dan tiada siapa
yang mengambil berat. – Agensi
Beto bersyukur sentiasa beringat mahu
menyimpankeranamenyedari kerjayasebagai
anak seni mempunyai pasang surut. – Agensi
Ratu Balqis muncul
dengan ‘Buaya’
Selepas dua tahun menghilangkan diri
daripada industri seni suara, bekas
peserta
Mentor Milenia 2017
, Ratu
Balqis muncul dengan
single
baharu
duet bersama Mimi Fly berjudul
Buaya
.
Menurut Balqis, 21, kemunculan
semulanya ini bertujuan untuk
mengubat kerinduan peminat yang
menantikan lagu pertamanya setelah
menyertai program realiti berkenaan.
“Seperti yang orang tahu, selepas
Mentor saya berkahwin... jadi dua
Ratu Balqis merupakan bekas peserta
Mentor Milenia 2017. – Agensi
tahun menyepi, sekarang saya buat
kemunculan semula dengan lagu
baharu.
“Ini semua disebabkan sokongan
orang ramai terutamanya peminat
yang nak tengok saya beraksi semula
sebagai penyanyi dan daripada
situ saya dapat kekuatan untuk
mengembangkan
semula
karier
nyanyian.
“Peminat yang membuatkan saya
lebih bersemangat! Jadi
single
baharu
ini menjadi permulaan untuk saya
lebih aktif sebagai penghibur. Insya
Allah sepanjang Oktober ini saya
akan sibuk dengan rangka promosi,”
katanya kepada media.
Buaya
merupakan lagu ciptaan
Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Balqis dan
Mimi Fly. Lagu ini mempunyai mesej
peringatan untuk lelaki supaya tidak
mempermainkan hati dan perasaan
wanita.
Dalam pada itu, Balqis turut melu-
ahkan rasa syukur apabila impiannya
untuk bergandingan dan berpadu su-
ara bersama Mimi Fly tercapai.
“Salah satu sebab saya pilih Mimi
adalah kerana dia mentor dan idola
saya dalam bidang ini. Saya suka cara
dia buat persembahan atas pentas.
“Semasa menyertai Mentor 2017,
selain Hazama, Mimi juga banyak
membantu dan mengajar saya
menari dan buat persembahan di atas
pentas.
“Bermula dari situlah kami bina
persahabatan... kalau nak tahu
memang dari dulu saya pasang impian
nak buat lagu dengan Mimi, akhirnya
impian saya itu tercapai, rasa macam
tak percaya pula,” ujarnya.
Buaya
boleh didengari di laman
YouTube Universal Music Malaysia
dan semua platform digital bermula
Jumaat. – Agensi
Penggambaran
Jurassic World:
Dominion
ditangguhkan
Penggambaran ilem trilogi
Jurassic
World
, iaitu
Jurassic World: Dominion
,
terpaksa ditangguhkan selama dua
minggu selepas beberapa kru disahkan
positif COVID19.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pe-
ngarah ilemberkenaan, Colin Trevorrow
menerusi hantaran di akaun Twitter
miliknya.
“Bangun pagi dengan berita be-
berapa orang disahkan positif ujian ko-
ronavirus di set penggambaran
Jurassic
World: Dominion
. Bagaimanapun ujian
selanjutnya selepas itu mendapati se-
mua negatif.
“Demi mengikuti protokol keselama-
tan, penggambaran akan ditangguhkan
Chris Pratt (kanan) dan Bryce Dallas Howard
akan kembali sebagai Owen dan Claire. –
Agensi
dua minggu. Akan kembali semula,”
tulisnya.
Penggambaran ilem ketiga ini sudah
pun bermula semenjak Februari lalu di
Vancouver, Kanada dan kemudian ber-
sambung di United Kingdom sebelum
dihentikan akibat penularan COVID19.
– Agensi
Novel Jessica
Shine
tersenarai penjualan terbaik
Pada bulan lalu, Jessica menerbitkan
novel pertamanya,
Shine
, yang men-
ceritakan kisah seorang remaja Korea-
Amerika yang berusaha mencapai im-
piannya untuk menjadi bintang K-pop.
Bahkan sebelum ia dipasarkan, su-
dah ada rancangan untuk mengadaptasi
novel tersebut menjadi ilem, dan ketika
Shine
merupakan sebahagian daripada
perjanjian dua buku, sekuelnya juga se-
dang dalam pembikinan.
The New York Times
kini telah mener-
bitkan senarai penjual terbaik yang terke-
nal untuk minggu depan, 18 Oktober
(yang mencerminkan penjualan untuk
minggu yang berakhir pada 3 Oktober),
dan
Shine
memulakan penampilannya di
tangga nombor lima. – Agensi
Jessica menerbitkan novel pertamanya
bertajuk
Shine
. – Agensi




