Isnin, 12 Oktober 2020
19
Isnin, 12 Oktober 2020
19
ALAT PENGHAWA DINGIN/
PETI SEJUK
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN
PAIP/ELEKTRIK
LEEMOI SERVICE & REPAIR
Aircon, Icebox, Freezer, W.Machine,
Repair, Wiring, Hse to Hse. 8910790
PLUMBING TOILET & KITCHEN
block, electric, welding, painting,
tiling, repair work. Tel: 8678970
PLUMBING, HOUSE RENOVA
TION,
Electric,
Roof
Leaking,
Welding, Aluminium, Toilet Block.
8885975/ 7155975
ORKESTRAWUHAN DALAM
MISI BANTU PENDUDUK
BEIJING
China buat pertama kalinya
akan mengadakan pesta muzik klasik
sejak bermulanya penularan pandemik
koronavirus di negara tersebut, yang akan
turut menampilkan ahli muzik dari bandar titik
bermulanya penularan wabak tersebut dalam
usaha untuk membantu mereka yang sedang
dalam proses pemulihan dari segi psikologi
dan emosi.
Zou Ye, yang merupakan seorang
komposer berasal dari bandar Wuhan,
bandar yang terletak di tengah China di
mana virus tersebut pertama kalinya dikesan
pada penghujung tahun lalu, berkata konsert
yang akan diadakan pada malam minggu itu
merupakan sebahagian daripada usaha untuk
menghilangkan rasa kekecewaan dan tidak
berdaya terhadap rasa minat dan bertoleransi,
dan berharap ia akan menjadi ‘balas dendam
yang terbesar kepada alam semula jadi’.
Ahli muzik dari Orkestra Filharmonik Wuhan
akan mempersembahkan simfoni koir yang
diberi nama ‘To 2020’ yang didedikasikan
untuk mangsa COVID19, yang ditulis bersama
oleh Zou dan dua orang rakannya.
Lebih 11 juta orang penduduk Wuhan dan
kawasan sekeliling bandar tersebut menjalani
76 hari pengasingan diri semasa permulaan
pandemik. Bandar tersebut mencatatkan
sebanyak 3,869 kes kematian dari 4,634
jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik
koronavirus di China dan mencatatkan lebih
dari 85,000 kes.
Pada penghujung perintah berkurung pada
8 April yang dilihat sebagai titik permulaan
bagi China untuk melawan virus, yang mana
kini mereka sudah dapat membendung
penularan wabak di negara itu, dengan tiada
kes jangkitan setempat dilaporkan dalammasa
lebih dari dua bulan.
Walau bagaimanapun, trauma emosional
masih lagi menghantui sebilangan besar
mereka yang terselamat, ahli keluarga mangsa
dan pegawai kesihatan barisan hadapan dan
muzik dapat memberikan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan itu, menurut Zou.
“Apa yang kami semua ingin lakukan ialah
untuk menceritakan kejadian bersejarah
bahawa kami mengalaminya dan ia telah
mengubah keadaan di seluruh dunia, dan
bagaimana kami perlu berdepan dengan
realiti dan menilai kembali apa yang telah
kami lakukan terhadap diri sendiri,” Zou
memberitahu
The Associated Press
. “Ada
banyak informasi yang sedang kami usahakan
- ada perasaan kecewa, tidak berdaya, pujian
kepada orang yang berjasa dan harapan.”
Zou berkata bahawa pesta tersebut
turut menawarkan harapan kepada para
ahli muzik yang terbeban dari segi ekonomi
akibat pandemik yang melanda disebabkan
oleh kurangnya peluang untuk mengadakan
persembahan.
“Apabila ahli-ahli muzik di seluruh dunia
kehilangan pekerjaan, kami boleh membantu
mereka dengan bekerjasama dengan orkestra,”
katanya. “Ia bukan mudah dan kami sangat
bersyukur atas peluang ini.”
Pihak kerajaan negara tersebut sedang
berusaha untuk mempromosikan kejayaan
mereka dalam membendung virus dari
menular kembali, dan Zou berkata penganjur
pesta tersebut ‘tidak melakukan semua itu
untuk propaganda rasmi.”
“Kerja-kerja yang kami usahakan dan kami
kerjakan adalah bukan atas permintaan pihak
berkuasa,” tambahnya. “Semua ini adalah hasil
dari niat dan tujuan kami semata-mata.” - AP
Ahli koir semasa menjalani latihan. Kebanyakan ahli muzik merasa beban dan sebahagiannya kehilangan
pekerjaan akibat penularan wabak. - AP
Zou Ye, mengadakan latihan bersama Orkestra Filharmonik Wuhan sebelum
mengadakan pesta pertama muzik klasik sejak penularan wabak COVID19. - AP
ATAS: Dengan adanya
pesta tersebut, ia
dapat membantu
menghilangkan
kekecewaan dan
kesedihan yang
menimpa terutama
kepada mangsa yang
terselamat. - AP




