Previous Page  20 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 12 Oktober 2020

20

PEGUAMHASIL

SABUNMESRA

ALAM SEKITAR

KUANTAN

Impian peguamNoor Jehan

Abu Bakar untuk memiliki bilik air tanpa

botol plastik menjadikan beliau dikenali

sebagai ‘pembuat sabun’ mesra alam

sekitar.

Bukan hanya sabun, sebaliknya Noor

Jehan, 50, berupaya menghasilkan

pelbagai baranganpenjagaandiri seperti

syampu, pencuci muka, deodoran dan

losen dalam bentuk ketulan yang tidak

menghasilkan sebarang ‘buangan’

apabila habis digunakan.

Bagi melengkapkan polisi tiada

plastik, anak jati Kuantan itu turut

menghasilkan ubat gigi, krim pelindung

matahari, serum muka dan lulur badan

yang disimpan di dalam bekas atau

botol kaca sebagai langkah membantu

mengurangkan penggunaan plastik

dalam kehidupan seharian.

“Bilik air adalah tempat paling

sesuai untuk kita memulakan inisiatif

mengurangkan plastik kerana barang

penjagaan diri tidak begitu banyak jika

dibandingkan dengan lokasi lain seperti

dapur yang majoriti barang memasak

dibungkus menggunakan plastik.

“Plastik mengambil masa lama untuk

terurai. Jika terurai dalam laut, ia akan

menjadi mikroplastik dan nanoplastik

yang membahayakan hidupan laut.

Jadi walaupun bermula di bilik air,

ia membuka peluang kepada setiap

individu untuk turut serta menjaga alam

sekitar,” katanya kepada media semasa

ditemui di sini.

Noor Jehan mengakui idea untuk

menghasilkan barangan bebas plastik

itu mula bermain di €ikirannya sejak lima

tahun lepas, namun beliau mengambil

masa hampir dua tahun sebelumberjaya

‘mencari resipi tepat’ untuk menghasil-

kan sabun mandi yang kemudiannya

membawa kepada penghasilan produk

penjagaan diri yang lain.

Sambil tersenyum, ibu kepada sepa-

sang cahaya mata itu mengakui bebera-

pa siri percubaannya tidak berhasil apa-

bila sabun yang dihasilkan berbau tengik

atau mendapat komen negatif anggota

keluarganya sehinggakan beliau sendiri

tidak sanggup untuk menggunakannya.

Enggan mengalah, Noor Jehan

mengambil inisiatif mempelajari seni

pembuatan sabun dengan lebih serius

malah sanggup menghadiri kelas di

luar negara sebelum dirinya berani

‘berkongsi’ idea bilik air tanpa plastik

dengan produk penjagaan diri di bawah

label Le Starry Natural Products.

“Saya mahu menyediakan alternatif

kepada mereka yang mencari kerana

ramai beranggapan produk seperti ini

sangat mahal dan itu tidak tepat. Harga

barangan penjagaan diri mesra alam ini

bermula RM10 kerana niat saya mahu

mengajak lebih ramai individu mengu-

rangkan penggunaan plastik,” katanya.

Noor Jehan berkata lebih istimewa,

semua produk penjagaan diri itu

dihasilkan daripada bahan semula jadi

seperti susu kambing, madu, serai

wangi, bunga telang, pandan, minyak

kelapa, aloe vera, biji kopi, bunga

lavender, kunyit, ‘loofah’, minyak argan

dan rempah ratus yang diketahui

mempunyai khasiat tersendiri.

Ia bermaksud tiada penggunaan

bahan kimia dan bonus kepada pembeli,

setiap sabun juga amat berseni dan

kelihatan mewah sehingga boleh

mendatangkan perasaan ‘sayang untuk

digunakan’ kerana dibuat dengan penuh

kasih sayang sehingga bolehmengambil

masa berhari-hari untuk disiapkan.

Manakan tidak, Noor Jehan menetap-

kan tema alam sekitar pada setiap sabun-

nya dan sebagai contoh, sabun bertema-

kan pemuliharaan laut mempunyai hiasan

tapak sulaiman, cengkerang siput, kuda

laut atau ekor ikan duyung yang perlu di-

hasilkan terlebih dahulu sebelum memu-

lakan proses menghasilkan sabun asas.

“Pembuatan sabun memerlukan

pengiraan yang tepat mengikut acuan

danbagaimanasusunaturhiasanhendak

Serunding puyuh bantu pengusaha bertahan ketika wabak

TANAH MERAH, IPOH -

Penularan

pandemik COVID‘19 yang menjejaskan

pendapatan banyak pihak termasuk

pengusaha burung puyuh di negeri ini

memaksa mereka mencari ‘jalan ke-

luar’ bagi memastikan perniagaan ter-

us terselamat dan tidak menanggung

kerugian.

Pengusaha puyuh penelur Abdul

Khairan Firdaus Abdul Rahim, 38, berka-

ta beliau mengambil keputusan meng-

hasilkan produk serunding berasaskan

haiwan ternakan itu berikutan jualan te-

lur puyuh merudum akibat COVID‘19.

Ternakan burung puyuh miliknya di

Kampung Tirok Gual Ipoh, dekat sini

yang kini berjumlah 3,000 ekor dapat

menghasilkan sebanyak 15,000 biji telur

sehari untuk pasaran tempatan.

“Saya terpaksa menyembelih hampir

20,000 burung puyuh ternakan saya, ia

menghasilkan 5,000 kilogram (kg) da-

ging puyuh, kemudian saya berjumpa

kenalan di Tumpat yang mempunyai

syarikat menghasilkan produk serun-

ding untuk mendapat kerjasama meng-

hasilkan serunding puyuh,” katanya ke-

tika ditemui.

Abdul Khairan berkata daripada

5,000kg daging puyuh yang disembe-

lih itu, ia dapat menghasilkan sebanyak

500kg serunding puyuh.

Beliau yang mengusahakan terna-

kan burung puyuh sejak 2015, berkata

kini secara purata sebanyak 500kg

serunding puyuh seminggu dapat di-

hasilkan dan mampu meraih hasil jualan

mencecah kira-kira RM40,000 sebulan.

Abdul Khairan yang turut menda-

pat bimbingan keusahawanan daripada

LembagaPertubuhanPeladangKawasan

Tanah Merah, memasarkan serun-

ding tersebut secara runcit dan borong

di pasaran tempatan dan berhasrat

mengembangkan jualan ke luar negara.

“Saya turut memasarkannya secara

dalam talian dan menggunakan ejen

yang kini ada seramai 64 orang seluruh

negara,” kata bapa kepada dua anak itu

yang turut mempunyai ejen jualan di

Singapura. – Bernama

Pengarah Urusan A K Puyuh Emas Enterprise

Abdul Khairan Firdaus menunjukkan produk

serunding puyuh keluaran syarikatnya. -

Bernama

Sabunkreatifmesraalambentukburunghantu

antara yang dihasilkan oleh Noor Jehan Abu

Bakar. - Bernama

Pengusaha sabun mesra alam, Noor Jehan Abu Bakar, yang juga seorang peguam, bergambar

bersama sabun mesra alam yang dihasilkannya sendiri selepas nekad untuk memiliki bilik air

tanpa botol plastik ketika ditemui di kedainya. - Bernama

Antara reka bentuk dan bekas khas sabun kreatif mesra alam yang dihasilkan dan dijual. -

Bernama

dilakukan. Sebab itu, saya perlu mengira

dan melakar terlebih dahulu sabun yang

hendak dihasilkan menggunakan kertas

buku matematik yang berkotak.

“Pembuatannya bermula dengan

mencampur bahan boleh mengambil

masa antara tiga ke empat jam dan perlu

dibiarkan semalaman sebelum boleh di-

potong. Jika sabun itu perlu diukir untuk

meningkatkan kemasannya, ia dilakukan

dengan menggunakan pisau mentega

atau pencungkil gigi,” katanya.

Setiap produk yang dihasilkan boleh

bertahan antara lapan ke 12 bulan,

namun lazimnya Noor Jehan akan

memastikan tiada produk yang dijual

melebihi tiga bulan kerana semuanya

dibuat dalam kuantiti kecil.

Bukan hanya sesuai untuk penja-

gaan diri, malah sabun buatan sendiri

dan mesra alam itu juga sesuai untuk

digunakan kepada haiwan peliharaan

dan Noor Jehan turut menghasilkan

syampu buku untuk mandian anjing atas

permintaan selain turut mendermakan

sabun kepada individu yang menjaga

kucing. – Bernama