Isnin, 12 Oktober 2020
21
ISLA SAN LUCAS, Costa Rica
- Ketika
dunia global masih di bawah ancaman
COVID 19, beberapa buah negara
masih mengekalkan langkah-langkah
pencegahan penularan virus, di mana
salah satu daripadanya melakukan
penutupan setiap sempadan negara
bagi mengelak penambahan kes yang
diimport.
Justeru,
dengan
penutupan
sempadan ini perjalanan ke luar negara
masih tidak dibenarkan. Sebagai satu
inisiatif untuk meningkatkan ekonomi
negara dari segi sektor pelancongan,
para pelancong tempatan didedahkan
untuk mengenali tempat-tempat pe-
lancongan dalam negara yang menarik.
Di Costa Rica sendiri, meskipun
negara itu terkurung, di pulau San
Lucas, bekas penjara penjajahan yang
memiliki sejarah gelap, baru saja ditukar
menjadi tempat pelancongan baharu,
walaupun dengan protokol yang ketat
bagi mengawal pandemik.
Dianggap sebagai Alcatraz versi
Costa Rica, pulau ini pernah menjadi
salah satu penjara terkenal dalam
sejarah negara itu. Sejak dibuka semula
pada bulan Ogos lalu, ia juga menjadi
destinasi yang wajib untuk melakukan
aktiviti hiking, mengunjungi pantai
yang indah dan fauna yang berlimpah -
penghargaan kepada beberapa agensi
kerajaan yang membuka jalan pejalan
kaki dan mengubahsuai infrastruktur
bernilai AS$2.4 juta itu.
Terletak di Teluk Nicoya di luar pantai
Pasiik, San Lucas yang sebelumnya
ditinggalkan berfungsi sebagai penjara
antara tahun 1873 dan 1991, yang
terkenal dengan penyeksaan.
Pada tahun 1995 pulau ini
diisytiharkan sebagai kepentingan seni
bina dan pada tahun 2001 dinamakan
sebagai tempat perlindungan hidupan
liar.
“SanLucasmerupakandestinasi yang
menakjubkan. Ia mempunyai budaya,
sejarah, seni bina, pantai, biodiversti,”
kata Wanita Pertama, Claudia Dobles,
yang berada di balik tabir projek itu,
dalam sebuah video yang dikirimkan
kepada media.
“Ini harta karun terbaik di Pasiik.”
Island of Lonely Men
Pada permulaan sejarahnya sebagai
penjara, San Lucas merupakan pusat
tahanan bagi mereka yang dianggap
“ahli politik yang tidak diingini” oleh
BEKAS PENEMPATAN TAHANAN
JADI TARIKAN PELANCONGAN
DikatakansebagaiAlcatrazversiCostaRica,pulauSanLucas inipernahmenjadisalahsatupenjara
terkenal dalam sejarah negara itu. – AFP
Kelihatan sekumpulan pelancong menaiki perahu menuju ke pulau San Lucas, di Puntarenas,
Costa Rica. – AFP
Keadaan penjara yang dikatakan serupa dengan penjara terkenal Alcatraz. - AFP
pemimpin tentera kerajaan, Tomas
Guardia.
Kemudian ia menjadi penjara
keselamatan
maksimum
bagi
penjenayah Costa Rica yang paling
ganas. Seorang bekas tahanan, novelis
Jose Leon Sanchez, menghabiskan
lebih dari satu dekad di San Lucas dan
menceritakan pengalamannya dalam
novel 1963,
Island of Lonely Men
.
Novel ini, yang dijadikan ilem
Mexico pada tahun 1974, menceritakan
kisah penganiayaan, kebuluran dan
penderaan seksual dalam kalangan
tahanan. Tujuh bekas sel tahanan
keselamatan maksimum terbentang di
halaman yang melingkar dengan lubang
tertutup di tengah. Lubang itu adalah
sel hukuman bagi tahanan yang cuba
melarikan diri.
Menurut Sanchez, tahanan lebih
suka mati daripada menghabiskan tem-
poh sehari di sana. Sebahagian daripada
sejarah penjara telah terukir di dinding
selnya, di mana tahanan meninggalkan
lukisan. Penjara San Lucas berkongsi
lebih dari sekadar kemiripan dengan
pulau Alcatraz, lokasi bekas penjara di
Teluk San Francisco yang juga merupa-
kan tarikan utama pelancongan.
Kerajaan Costa Rica berhasrat me-
nandatangani perjanjian “persaudaraan”
antara kedua-duanya.
Kepelbagaian kehijauan dan kekayaan
biologi
Pengunjung dapat melihat runtuhan
bangunan terawal di pulau seluas 500
hektar ketika jeritan monyet bergema di
hutannya.
“Di sini ada biodiversiti yang sangat
hijau dan kaya,” kata Giovany Mora, ren-
jer taman dengan pengalaman 14 tahun
di pulau itu, kepada media.
“Anda melihat banyak rusa berekor
putih, tupai, iguana, agoutis, tepez-
cuintles,” tambahnya, menyenaraikan
sejumlah haiwan yang ada.
Perahu ke pulau itu berlepas dari
bandar pelabuhan Puntarenas tetapi
sekatan koronavirus membatasi jumlah
pelancong. Pengunjung hanya dibe-
narkan pada hujung minggu dalam
tiga kumpulan yang boleh memuatkan
maksimum 40 orang, bagaimanapun
pantai-pantai adalah dilarangan untuk
kunjungan.
Walaupun begitu, pulau ini menerima
920 pengunjung, hampir secara eksk-
lusif orang-orang Costa Rica pada bulan
Kelihatan pulau San Lucas yang terletak di Teluk Nicoya di luar pantai Pasiik Costa Rica. – AFP
pertama, menurut pihak pelancongan
Puntarenas. Pekerjaan sedang berjalan
dengan rumah baru untuk renjer taman
yang akan dibuka pada bulan Disember,
sementara kerja pemulihan di pos ko-
mando lama telah dimulakan. – AFP




