22
Isnin, 12 Oktober 2020
PARIS, 11 OKT
– Mikel Oyarzabal meng-
hukum kesilapan yang dilakukan oleh
ketua pasukan skuad Switzerland, Granit
Xhaka untuk mencatat kemenangan 10
buat Sepanyol di Liga Negara-Negara
UEFA kelmarin.
Perlawanan yang dilangsungkan di
Estadio Alfredo Di Stefano di Madrid,
yang merupakan padang utama bagi pa-
sukan simpanan Real Madrid, penyerang
Real Sociedad, Oyarzabal menyumbat
gol pada minit ke-14 perlawanan.
Switzerland mengambil risiko den-
gan bermain dari bahagian pertahanan,
tetapi Xhaka buat kesilapan selepas dia
cuba untuk merebut bola hasil hantaran
penjaga gol, Yann Sommer.
Mikel Merino membuat asakan dan
melorongkan bola kepada Oyarzabal,
dan kemudian menyudahkan bola me-
lepasi Sommer.
“Saya sangat gembira dengan keme-
nangan ini dan menambah tiga mata,”
beritahu Oyarzabal kepada televisyen
Sepanyol.
“Kami tahu bahawa Switzerland ada-
lah sebuah pasukan yang hebat, mereka
gemar untuk bermain dan meraih be-
berapa mata yang mereka kurang layak
menerimanya.
“Kami juga tahu mereka mengambil
terlalu banyak risiko untuk bermain dari
bahagian bawah dan kami mahu mem-
beri tekanan kepadamereka kerana kami
percaya kami mungkin akan merebut
bola dari mereka dan mengecewakan
mereka dan cara tersebut berkesan.”
Peluang keemasan untuk Oyarzabal
untuk menggandakan kedudukan hadir
pada minit ke-52.
Switzerland sekali lagi bergelut untuk
mengeluarkan bola dari kawasan mer-
eka, Jesus Navas membuat hantaran ke
kawasan kotak penalti di mana Sommer
hanya mampu menampan bola tepat ke
Oyarzabal.
Percubaan penyerang tersebut ba-
gaimanapun singgah ke tiang gol lalu
tersasar.
Kemudian giliran Merino yang men-
sia-siakan peluang. Selepas sejam per-
lawanan, bola cuba dikeluarkan selepas
sepakan penjuru lalu singgah ke kaki ka-
nan pemain tersebut dan dia membuat
percubaan tetapi tersasar di hadapan
pintu gol.
Sergio Ramos kemudian membuat
percubaan tetapi berjaya dihalang
oleh Xhaka sebelum tandukan ter-
sasar selang beberapa saat kemudian
semasa Sepanyol sedang mendahului
perlawanan. – AFP
LONDON, 11 OKT
– Pemain tengah
Manchester City, Kevin De Bruyne berka-
ta dia bersedia untuk menandatangani
perjanjian lanjutan di tengah-tengah
laporan mengatakan bahawa pemain
Belgium tersebut semakin hampir me-
nyetujui perjanjian baharu.
De Bruyne masih mempunyai baki
dua tahun setengah dalamperjanjiannya
ketika ini, tetapi dikatakan bahawa min-
ggu ini City sedang dalam perbincan-
gan dengannya mengenai kontrak lan-
jutan lumayan bernilai 300,000 pound
seminggu. Pemain berusia 29 tahun,
yang ketika ini bersama skuad Belgium
yang sedang membuat persiapan untuk
menentang England di Wembley hari ini,
merupakan pemain penting untuk City
dalam menjuarai kejuaraan pada tahun
2018 dan 2019.
Ketika
City
diancam
dengan
penggantungan dari bola sepak Eropah
musimlalu,DeBruyneberkatadiasedang
MILAN,11OKT
–Pemainantarabangsa
England, Ashley Young telah disahkan
positif dijangkiti koronavirus, pasukan
dari Serie A telah mengesahkan
perkara tersebut hari ini.
“Ashley Young telah diuji positif
dijangkiti COVID19 selepas menjalani
beberapa ujian yang dijalankan
kelmarin (Sabtu) di Appiano Gentile,”
menurut kenyataan yang dikeluarkan
oleh kelab.
“Pemain England tersebut telah
menjalani pengasingan diri di
rumahnya.”
Bekas pemain Watford dan Aston
Villa itu telah menyertai Inter dari
Manchester United pada Januari lalu.
Pemain yang berusia 35 tahun itu
merupakanpemainke-6yangdisahkan
positifdikelabtersebutselepaspemain
tengah, Radja Nainggolan dan Roberto
Gagliardini, pemain pertahanan Milan
Skriniar, pemain kebangsaan bawah
21 tahun Itali, Alessandro Bastoni dan
penjaga gawang, Ionut Radu, di mana
kesemuanya telah disahkan positif.
Pasukan naib juara Serie A, Inter
Milan akan bertemu dengan musuh
setempat, AC Milan pada 17 Oktober.
Perlawanan derbi masih kekal tidak
jelas selepas dua orang pemain Milan
iaitu Leo Duarte dan Matteo Gabbia
ketika ini sedang menjalani pengasin-
gan diri.
Pemain Milan dari Sweden, Zlatan
Ibrahimovic kembali menjalani latihan
selepas dua kali keputusan negatif
ujian
swab
, selepas disahkan positif
pada 24 September lalu.
ACMilan yang ketika ini menduduki
tangga ke-2 Serie A selepas
mencatatkan tiga kemenangan dari
semua perlawanan, dengan Inter
berada di kedudukan ke-4 selepas dua
kemenangan dan satu keputusan seri.
– AFP
MELAKA, 11 OKT
- Pasukan Johor Darul
Ta’zim (JDT) berupaya mengekalkan
prestasi cemerlang mereka dalam
saingan
Piala
Malaysia
akan
datang, meskipun tanpa kehadiran
tonggak pasukan Muhammad Safawi
Rasid.
Ia dibuktikan dengan kejayaan JDT
menundukkan Melaka 50 dalam aksi
Liga Super di Stadium Hang Jebat,
semalam.
Jurulatih skuad Harimau Selatan
Benjamin
Mora
berkata
dengan
ketiadaan pemain berusia 23 tahun itu,
ia jugamemberi peluang kepada pemain
lain untuk menyerlah dan membantu
persiapan pasukan untuk aksi Piala
Malaysia.
“JDT bukan mengenai seorang
pemain sahaja. Kami semua sayangkan
Safawi kerana dia seorang pemain
yang hebat, berkeyakinan tinggi.
Kami percaya ia adalah keputusan
terbaik untuknya beraksi di luar
negara dan kami di sini perlu teruskan
permainan dan beraksi dalam satu
pasukan.
“Seseorang bakal menggantikan
tempatnya (Safawi), kami dapat melihat
bagaimana prestasi pemain malam tadi.
Kami akanmembuat perancangan untuk
permainan dan sesi latihan berikutnya,”
katanya dalam sidang media selepas
perlawanan semalam. - Bernama
ALOR SETAR, 11 OKT
– Jawatankuasa
Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah
(KFA) hari ini menolak peletakan
jawatan Muhammad Sanusi Mohd Nor
sebagai Presiden KFA.
Timbalan Presiden KFA Datuk
Abdul Rahman Abdullah berkata
keputusan dibuat pada mesyuarat
khas jawatankuasa berkenaan set-
elah mengambil kira pencapaian baik
yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah
itu dalam mentadbir dan menyelesai-
kan beberapa isu berbangkit sejak
menerajui KFA.
“Pagi ini, Jawatankuasa Eksekutif
KFA bagi sesi 2018 hingga 2022
telah mengadakan mesyuarat khas,
membincangkan surat peletakan
jawatan bertarikh 25 September
lalu yang dihantar oleh Presiden KFA
itu.
“Beliau
(Muhammad
Sanusi)
menyatakan hasrat untuk meletak
jawatan sebagai Presiden KFA berkuat
kuasa 15Oktober ini, tetapi kita sebulat
suara menolak peletakan jawatan itu,”
katanya selepas mempengerusikan
mesyuarat berkenaan di sini.
Abdul Rahman berkata tiada
sebab kukuh untuk Muhammad
Sanusi meletak jawatan selepas
berjaya menyelesaikan beberapa
masalah besar dalam persatuan
itu dan secara tidak langsung
telah memberi motivasi kepada
pasukan Kedah yang kini merupakan
pasukan kedua terbaik Liga Super.
– Bernama
KESILAPAN XHAKAMEMBAWA PADAH
Reaksi Oyarzabal meraikan gol semasa menentang Switzerland bersama dengan rakan
sepasukannya. – AP
Peletakan jawatan Muhammad
Sanusi ditolak KFA
Seorang lagi pemain Inter
dijangkiti COVID19
KDB sedia
tandatangani
perjanjian
baharu
mempertimbangkan masa depannya,
tetapi rayuan mereka yang berjaya
terhadap penggantungan tersebut
bermakna perkara tersebut bukan lagi
menjadi satu masalah buatnya.
“Saya sangat gembira bersama kelab,
saya boleh katakan saya masih belum
berbincang dengan kelab jadi saya tidak
tahumengapa mereka mengatakan saya
sudah bersetuju,” kaya De Bruyne, yang
menyertai City pada 2015.
“Saya sentiasa beritahu semua orang
saya gembira berada di sini dan saya
merasa selesa jadi jika ada wakil dari
kelab yang ingin berbincang dengan
saya, saya bersedia mendengar dan kita
akan lihat apa yang berlaku nanti. “Tapi
belum ada apa-apa yang berlaku jadi
saya akan biarkan begitu sahaja.” - AFP
Gambar fail aksi Kevin De Bruyne semasa
bermain di Liga Perdana Inggeris. - AP
JDT tetap gah walau tanpa Safawi




