Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 13 Oktober 2020

13

‘ARTIK TENAT’

ANGKARA

PEMANASAN

GLOBAL

BERLIN, 12OKT

Para penyelidik dalam

misi terbesar dunia ke Kutub Utara

kembali ke Jerman hari ini, membawa

pulang bukti Lautan Artik yang sudah

semakin tenat dan amaran mengenai

musim panas tanpa ais dalam masa

beberapa dekad.

Kapal Institut Alfred Wegener

Jerman Polarstern kembali ke pelabu-

han Bremerhaven selepas 389 hari di-

habiskan terapung di Artik yang dilitupi

ais, membenarkan saintis mengumpul

maklumat penting mengenai kesan pe-

manasan global di rantau itu.

Sebelum

pulang,

ketua

misi

Markus Rex memberitahu

AFP

bahawa

kumpulan ratusan saintis dari 20 negara

telah melihat sendiri kesan dramatik

pemanasan global ke atas ais di rantau

yang dianggap ‘pusat perubahan iklim.’

“Kami menyaksikan bagaimana

lautan Artik sudah menjadi tenat,” kata

Rex. “Kami melihat proses ini di luar

jendela kapal kami, atau apabila kami

berjalan di atas ais yang rapuh.”

“Di Kutub Utara sendiri, kami me-

nemui ais yang terhakis teruk, cair, nipis

dan rapuh.”

Jika trend pemanasan di Kutub Utara

berterusan, maka dalam beberapa

dekad kami akan menyaksikan ‘musim

panas tanpa ais di Artik,” kata Rex.

Pemerhatian

penyelidik

telah

disokong oleh gambar satelit AS yang

Gambar fail menunjukkan Markus Rex, saintis atmosfera dan ketua ekspedisi MOSAIC berdiri

dalam kapal penyelidikan Artik Jerman Polarstern di Bremerhaven, Jerman. - AFP

menunjukkan pada 2020, ais lautan

di Artik telah mencecah musim panas

kedua terendah yang dicatat, selepas

2012.

Misi Polarstern, digelar MOSAIC,

menghabiskan setahun mengumpul

data mengenai atmosfera, lautan, ais

lautan dan ekosistem untuk membantu

menilai impak perubahan iklim ke atas

rantau dan dunia. – AFP

Marikh paling hampir

dengan bumi Rabu ini

DOHA, 12 OKT Ž

Qatar Calendar

House (QCH) mengatakan planet

merah (Marikh) akan kelihatan lebih

terang dan lebih besar berbanding

hari biasa bermula petang Selasa

hingga subuh Rabu, lapor agensi

berita Qatar (QNA).

Keadaan itu berlaku disebabkan

Marikh akan mencapai kedudu-

kan terhampir dengan Bumi pada

pagi Rabu, 27 Safar, 1442 H, bersa-

maan 14 Oktober, 2:18 pagi waktu

tempatan Doha, kerana akan berada

dalam posisi berselisih dengan ma-

tahari, dikenali secara astronomi

sebagai fenomena pertembun-

gan Marikh dan Matahari.

Fenomena itu amat penting,

kerana dianggap peluang yang

baik untuk mengamati dan melihat

planet Marikh dari permukaan

bumi dengan mata kasar atau

menggunakan alat astronomi untuk

jangka waktu terpanjang sepanjang

tahun ini, yangakan kelihatanhampir

sepanjang malam, kerana waktu

terbit dan terbenamnya hampir

sama dengan waktu matahari terbit

dan terbenam, kata pakar astronomi

QCH Dr Beshir Marzouk.

Ketika fenomena ini, Marikh akan

berada di kedudukan paling jauh dari

matahari dan akan berada sekitar

211.5 juta kilometer (km) dari pusat

matahari, pada masa sama ia berada

di kedudukan paling dekat dari bumi

iaitu pada jarak 62.3 juta kmdari pusat

bumi, tambah Marzouk. - Bernama

Lapan maut bangunan roboh

LAGOS, 12 OKT

Lapan orang maut

apabila sebuah bangunan roboh di hab

ekonomi yang mempunyai penduduk

padat di Lagos, Nigeria, kata perkhid-

matan kecemasan hari ini.

Punca masih tidak diketahui tetapi

bangunan roboh biasa berlaku di negara

Afrika itu, di mana jutaan penduduk ting-

gal dalam bangunan usang dan undang-

undang pembinaan sering diabaikan.

“Malangnya lapan mayat telah

ditemui, enam lelaki dan dua wanita,”

kata Agensi Pengurusan Kecemasan

Negeri Lagos (LASEMA) di Twitter

selepas runtuhan semalam.

Sepuluh orang cedera parah dan

dibawa ke hospital, sementara 10 yang

lain cedera ringan, tambah agensi.

Kejadian itu berlaku di sebuah

bangunan yang sedang dibina di Ikoyi,

kawasan mewah di Lagos.

“Punca runtuhan masih belum disah-

kan tetapi usaha sedang diteruskan oleh

LASEMA untuk menyelamatkan situasi,”

kata perkhidmatan kecemasan bandar.

– AFP

Armenia kutuk tindakan provokatif Turki

YEREVAN, 12 OKT

Kementerian Luar

Armenia semalam mendakwa tindakan

provokatif Turki boleh menggugat

kestabilan di rantau itu, lapor agensi

berita

Sputnik

.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya

tindakan provokatif Turki di wilayah kami

dan hargai kerjasama semua pihak yang

mahu kestabilan di rantau itu berkekalan,”

memetik kenyataan kementerian luar.

MenurutYerevan, Turkimenjadipeng-

gerak utama di sebalik pencerobohan

Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.

“Jelas Turki berada di belakang

pencerobohan

tentera

Azerbaijan

terhadap Artsakh (Nagorno-Karabakh),

tidak berputus asa untuk terus

mengganggu-gugat

keadaan

dan

menggagalkan perjanjian yang dicapai,”

kata Kementerian Luar Armenia.

Pihak Armenia turut mendakwa

Ankaramembekalkan tentera Azerbaijan

dengan pengganas asing dari Timur

Tengah. – Bernama