Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 13 Oktober 2020

14

RINGKASAN

Hampir 50,000

kenderaan

ditarik balik

SEOUL, 12 OKT 

Hyundai

Motor Co, BMW, Mercedes-Benz

dan empat syarikat lain secara

sukarela akan menarik balik

hampir 50,000 kenderaan yang

mengalami masalah komponen,

kata Kementerian Pengangkutan

Korea Selatan hari ini.

Ia

merupakan

langkah

baharu diambil pembuat dan

pengimport kenderaan yang

beroperasi di negara itu, lapor

agensi berita Yonhap.

Empat syarikat lain adalah Kia

Motors Corp., Audi-Volkswagen

Korea, Jaguar Land Rover Korea

dan Daijeon Machinery Co.,

yang mengimport motosikal

Kawasaki.

Semua syarikat itu menarik

balik 49,959 unit kenderaan

untuk 64 model.

Antara masalah yang dikenal

pasti ialah kemungkinan berlaku

kebocoran pada hos bahan

bakar untuk kenderaan model

Karnival Motivan Kia Motors

Corp, manakala masalah tali

sawat pemasaan bagi model

sedan BMW 520d. – Bernama

Parlimen guna

bas hidrogen

SEOUL, 12OKT 

Parlimen Korea

Selatan akan memperkenalkan

penggunaan bas elektrik untuk

mempromosi kenderaan hidro-

gen, lapor agensi berita

Yonhap

.

Langkah itu sekali gus

menjadikan parlimen organisasi

pertama di negara itu yang

menggunakan bas hidrogen,

untuk membawa mereka yang

berada di sekitar bangunan

parlimen dan dari stesen kereta

api bawah tanah berdekatan.

“Pada

permulaan

bas

hidrogen itu akan menyediakan

perkhidmatan ulang-alik antara

dua hingga empat kali sehari

bersama dengan bas biasa yang

lain,” kata seorang pegawai di

Parlimen dalam satu kenyataan.

– Bernama

Percubaan

antibodi ke fasa

seterusnya

LONDON, 12 OKT 

Kumpulan

farmaseutikal United Kingdom

(UK), AstraZeneca berkata hari ini

ia akan melanjutkan percubaan

rawatan COVID˜19 ke peringkat

ketiga, selepas Amerika Syarikat

(AS) melabur sekitar AS$486 juta

dalam perkembangannya.

Pelaburan kerajaan AS akan

menyaksikan

peningkatan

100,000 dos dikeluarkan ‘men-

jelang hujung tahun ini’, dengan

pilihan bagi satu juta dos lagi ta-

hun hadapan, kata AstraZeneca.

Syarikat itu telah mendaf-

tarkan 6,100 peserta dalam dua

rejim ujian berasingan bagi ra-

watan gabungan ‘long-acting

antibody (LAAB)’ di AS dan ne-

gara lain, ‘beberapa minggu

akan datang’. – AFP

D…VIRTUAL PARK: DEDAH

TEKNOLOGI DIGITAL

KUALA LUMPUR, 12 OKT 

D˜Virtual

Park, taman tema realiti maya (VR)

pertama di Borneo oleh Serba Dinamik

Holdings Bhd (SDHB) yang dilancarkan

secara rasmi di Kota Samarahan,

Sarawak, hari ini merupakan inisiatif

terbaik oleh syarikat itu untuk memberi

kesedaran dan pendedahan dalam

kalangan penduduk luar bandar

mengenai teknologi terbaharu dan

penggunaan peranti serta aplikasi

digital.

KetuaMenteriSarawakDatukPatinggi

Abang Johari Tun Openg berkata taman

tema VR itu seiring dengan agenda

kerajaan Sarawak untuk memacu

ekonomi digital kerana ia adalah salah

satu cara untuk merevolusikan ekonomi

digital dalamkalangan2.8 jutapenduduk

tempatan.

“Untuk menjadi agresif di pasaran,

kita harus dihubungkan dengan

pasaran.

“Oleh itu, kita mesti menggunakan

penghubung ke pasaran, iaitu dengan

mempromosikan

penggunaan

lejer digital terbuka, pautan yang

dihubungkan ke seluruh dunia,” katanya

ketika berucap pada majlis pelancaran

hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri

Sarawak ketika ini sedang dalam usaha

untuk

meningkatkan

infrastruktur

jaringannya, ia telah melabur sebanyak

RM1 bilion daripada dana negeri bagi

kerja-kerja menaik taraf, termasuk

memasang menara telekomunikasi,

selain menerima bantuan yang sesuai

daripada Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (MCMC).

Abang

Johari

juga

berkata

DatukPatinggi Abang Johari TunOpengmerasai sendiri keseronokanketikamencubapermainan

mayapadaperasmianTamanTemaMayaPertamaBorneo (Borneo’s 1st VRPark) pada 12Oktober.

– Bernama

memandangkan kegiatan pertanian

negeri merangkumi sebahagian besar

penduduk, kerajaan negeri sedang

mempromosikan pertanian komersial

berdasarkan teknologi secara agresif,

pada masa yang sama meneruskan

penggunaan Sarawak Pay, negeri

pertama yang memperkenalkan sistem

pembayaran mudah alih di negara ini.

Beliau berkata simulasi dalam VR dan

realiti terimbuh (AR) dalam permainan

dan studio disediakan untuk orang

ramai, pelajar dan usahawan itu dapat

mencabar pemikiran individu untuk

menjadi lebih kreatif dan inovatif di

taman tema VR tersebut,

Sementara itu, Pengerusi Serba

Dinamik Group Bhd, Datuk Abdul Kadier

Sahib berkata walaupun pandemik

COVID˜19 telah memberi banyak caba-

ran bagaimanapun ia telah mengubah

pemikiran masyarakat, terutama warga

emas dan mereka yang enggan meng-

gunakan teknologi dan aplikasi digital

pada mulanya untuk menyesuaikan diri

dengan menggunakan telefon pintar

dan membeli-belah dalam talian.

“Di sini (taman VR)… juga terdapat

kemudahan studio kreatif dan bagi

syarikat

pemula

niaga,

syarikat

berkenaan dapat dihubungkan ke tiga

pusat kemudahan penyelidikan lain di

dunia, iaitu Indian InstituteofTechnology

Madras; Stanford Universiry, California

dan Makmal Inovasi Terbuka Shenzhen,”

katanya. – Bernama

Turki mula semula operasi

cari gas, cetus pertikaian

Gambar fail bertarikh23Ogosmenunjukkankapal OrucReis berlabuhdi pelabuhanHaydarpasa,

yang mencari hidrokarbon, minyak, gas cecair asli dan simpanan arang di laut. – AFP

ANKARA, TURKI, 12 OKT 

Turki akan

mengerahkan semula kapal penyelidikan

di tengah-tengah pertikaian tenaga

dengan Greece ke timur Mediterranean

hari ini, keputusan yang dikecam oleh

Athens sebagai ‘ancaman langsung

kepada perdamaian.

Pertikaian berhubung penerokaan

gas di timur Mediterraneanmenyaksikan

dua negara NATO mengadakan latihan

tentera pada Ogos di perairan strategik

antara Cyprus dan pulau Greece, Crete.

Greece menuntut hak ke atas

perairan sekitar pulaunya Kastellorizo

namun Turki berkata pinggir lautnya

yang panjang itu menjadikan wilayah itu

kawasan sah bagi kapal-kapalnya untuk

meneroka.

Tentera laut Turki berkata kapal

Oruc Reis akan melaksanakan aktiviti di

rantau itu, termasuk selatan Kastellorizo,

sehingga 22 Oktober dalam mesej yang

dihantar kepada sistem amaran maritim

NAVTEX lewat kelmarin.

Kapal itu akan ikut serta dalam misi

terkini ‘kajian seismik’ bersama dua

kapal lain digelar Ataman dan Cengiz

Han, menurut mesej tersebut. – AFP

Malindo hentikan

2,200 tenaga kerja

KUALA LUMPUR, 12 OKT 

Susulan

daripada syarikat penerbangan

di seluruh dunia mengurangkan

pekerja akibat pandemik COVID˜19,

Malindo Airways Sdn Bhd juga

tidak terkecuali dalam mengambil

langkah tersebut.

Dilaporkan bahawa syarikat pe-

nerbangan perkhidmatan penuh

hibrida dijangka akan memberhen-

tikan sekitar 2,200 kakitangan atau

lebih separuh daripada 3,200 tena-

ga kerjanya.

Syarikat penerbangan itu juga

kemungkinan akan mengurangkan

jumlah pesawatnya kepada lima

pesawat Boeing 737 dan enam

turboprop ATR.

“Proses pemberhentian kerja

melibatkan kakitangan yang terlibat

dijangka selesai pada 30 November

depan manakala kakitangan yang

tidak terjejas diperlukan melakukan

tugasan yang pelbagai,” kata laporan

tersebut.

Pada 9 Oktober lepas, syarikat

penerbangan

tambang

rendah

AirAsiaBhddanAirAsiaXBhdmenge-

sahkan pemberhentian sebanyak 10

peratus daripada 24,000 kakitangan

mereka untuk kelangsungan dalam

industri penerbangan yang terjejas

teruk kerana krisis COVID˜19.

KetuaPegawaiEksekutifKumpulan

(CEO) Tan Sri Tony Fernandes berka-

ta langkah pemberhentian kerja itu

harus dilakukan memandangkan re-

aliti sektor penerbangan yang meng-

hadapi kesukaran untuk pulih dalam

masa terdekat. – Bernama