Selasa, 13 Oktober 2020
15
SIMY. H.
BERSAMA JAGA, PRIHATIN
KESIHATANMENTAL
Kesihatan mental bukan sahaja me-
ngenai dengan penyakit mental tetapi
ia menekankan kepada keperluan kita
semua untuk mempunyai mental yang
sihat iaitu yang merangkumi perasaan
gembira dan sejahtera, berupaya meng-
hadapi pelbagai cabaran hidup serta
mempunyai sikap positif terhadap diri
sendiri.
Menurut
Pertubuhan
Kesihatan
Sedunia, kesihatan mental dide inisikan
sebagai keadaan kesejahteraan di mana
setiap individu menyedari potensinya
sendiri, dapat mengatasi tekanan hidup
yang normal, dapat bekerja dengan
produktif dan dapat memberikan sum-
bangan kepada masyarakat.
Pada masa yang sama, tidak da-
pat dina ikan bahawa kesihatan men-
tal merupakan satu isu yang memerlu-
kan kerjasama daripada semua pihak
untuk menjadikannya sebagai topik
perbincangan yang mudah diakses oleh
orang ramai serta perlu ditingkatkan
lagi sokongan kesihatan mental kepada
mereka yang memerlukan di mana ia
merupakan tanggungjawab masyarakat
yang perlu dikongsi bersama.
Ke arah itu, Negara Brunei Darussalam
tidak ketinggalan bersama-sama negara-
negara lain di dunia untuk memperingati
SambutanHari KesihatanMental Sedunia
2020 yang membawa tema, ‘Kesihatan
Mental Untuk Semua: Tingkatkan Pela-
buran, Tingkatkan Akses.’
Dalam perutusannya sempena Hari
Kesihatan Mental Sedunia, Menteri
Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri
Setia Dr Haji Mohammad Isham bin
Haji Jaafar berkata sistem rekod kesi-
hatan negara, Talian Harapan 145 dan
Perkhidmatan Psikiatri Hospital Raja
Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)
mendaftarkan peningkatan dalam gang-
guan mental berkaitan kemurungan,
bi-
polar disorder, skizofrenia
.
Menurutnyalagi,daftarbagikeskanak-
kanak dan remaja pula di Perkhidmatan
Psikiatri pula 100 kes dari Januari hingga
September manakala bagi Perkhidmatan
Psikologi, menjumpai antara 400 hingga
600 kes setiap bulan.
Yang Berhormat Dato berkata, statis-
tik ini menunjukkan tahap tinggi bagi
penggunaan perkhidmatan kesihatan
mental dalam kalangan masyarakat di
negara ini.
Beliau seterusnya berkata, kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
NegaraBrunei Darussalamtelahmening-
katkan kesedaran bagi kesihatan mental
dan menangani stigma yang menjadi
penghalang utama untuk mendapatkan
bantuan.
Walaupun negara mempunyai perkh-
idmatan kesihatan mental yang mudah
diakses oleh masyarakat, namun rasa
malu dan takut mereka akan didiskrimi-
nasikan sering menghalang individu-
individu daripada memohon bantuan
yang diperlukan.
Oleh itu, sempena Sambutan
Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun
ini, Kementerian Kesihatan dengan
kerjasama rakan-rakan sektor swasta
dan sumbangan daripada masyarakat
akan mengadakan beberapa acara
seperti pameran kesedaran kesihatan
mental, forum Kesihatan Mental,
Mental Health Awareness Virtual Run
2020
: 10/30/50 km Run, Walk, Hike or
Cycle Challenge
yang dianjurkan oleh
Lembaga Pelawat Perkhidmatan Psikiatri
dan Perkhidmatan Psikiatri di Hospital
RIPAS dan pembukaan Pusat Pemulihan
Psikiatri harian baharu yang telah
disumbangkan oleh Lembaga Pelawat
Perkhidmatan Psikiatri di Hospital Suri
Seri Begawan, Kuala Belait.
Menyentuh mengenai Sambutan Hari
Kesihatan Mental Sedunia, beliau ber-
kata, pada tahun ini ia membawa tema
‘Kesihatanmentaluntuksemua.Tingkatkan
Pelaburan – Tingkatkan Akses’.
Beliau berkata, pandemik COVID19
telah menjadi tajuk utama di seluruh
dunia tahun ini dan walaupun pandemik
ini telah memberi kesan kepada kesiha-
tan izikal dan menjangkiti berjuta-juta
individu di seluruh dunia, namun terda-
pat impak yang lebih luas terhadap kesi-
hatan mental kerana ada peningkatan
pada tahap kegelisahan, kebimbangan,
kemurungan dan pengasingan sosial.
Dalam masa yang tidak menentu ini,
Yang Berhormat Dato berkata, semua
orang boleh memberikan sokongan ke-
pada rakan dan ahli keluarga dengan ber-
tanyakan bagaimana keadaan mereka,
jadilah tempat mereka meluahkan peras-
aan dan jadilah seorang insan yang baik.
Sementara itu, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat
Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji
Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya
Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji
Abidin dalam ucapannya sempena Hari
Kesihatan Mental Sedunia, menekankan
bahawa perkara yang paling mustahak
ialah bagi setiap pihak, kerajaan dan
bukan kerajaan untuk sama-sama meli-
hat bahawa kesihatan mental dan usaha
menanganinya adalah komitmen kita
semua bersama terutama dalam men-
gubah pola ikiran dan meningkatkan
kesedaran mengenai kesihatan mental
dari peringkat awal.
Ke arah itu, beliau mengongsi tiga
perkara utama iaitu pertama kepenti-
ngan peranan keluarga dan masyarakat,
kedua mempraktikkan sistem dukungan
yang efektif dan ketiga, kepentingan un-
tuk mendengar serta memberikan suara
kepada golongan yang menghidap pe-
nyakit mental.
Menyentuh mengenai dengan pe-
ranan keluarga dan masyarakat, Yang
Berhormat Dato menyatakan bahawa
rawatan sepatutnya bermula di da-
lam keluarga dan masyarakat dengan
kerjasama pesakit, ahli keluarga, ahli
profesional kesihatan, kebajikan dan
agensi-agensi masyarakat di mana me-
reka, selaku insan yang terdekat dengan
seseorang yang mengalami cabaran da-
lam kesihatan mental, merekalah yang
memberikan kesan yang paling besar
terhadap kognitif individu berkenaan
dalam jangka masa yang panjang.
“Di sinilah platform pengetahuan
yang mudah diakses memainkan pe-
ranan yang amat kritikal dalam memas-
tikan ahli-ahli keluarga dan masyarakat
setempat mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang betul untuk menan-
gani situasi demikian.”
Jelasnya lagi, “Merekalah yang me-
nentukan landasan yang positif bagi
individu yang terdekat kepada mereka
dengan kefahaman dan tindakan yang
sewajarnya agar tidak mengetepikan
mereka yang memerlukan sokongan
lanjut akibat kesalah fahaman.”
Dengan peningkatan statistik gang-
guan mental ini, semua pihak harus
terus komited untuk menyediakan lebih
banyak platform secara
Whole of Nation
bagi mengadakan perbincangan se-
cara terbuka mengenai kesihatan men-
tal agar masyarakat lebih peka dan apa
yang turut penting, memberikan soko-
ngan yang padu kepada para individu
penghidap penyakit mental – Mencegah
Lebih Baik Daripada Mengubati.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan ketika memotong kek sempena Sambutan Hari Kesihatan
Mental Sedunia di Hospital RIPAS baru-baru ini. – Gambar oleh Bahiyah Bakir
Kesihatan mental dan usaha menanganinya adalah komitmen kita semua bersama terutama dalam mengubah pola ikiran dan meningkatkan
kesedaran mengenai kesihatan mental dari peringkat awal.




