Selasa, 13 Oktober 2020
17
Gara-gara menjual baju-baju terpakai,
penyanyi Wany Hasrita menerima
kecaman warganet yang menuduhnya
menjual semula pakaian percuma yang
diterima atas kapasiti seorang selebriti.
Wany atau nama sebenarnya
Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28,
menjelaskan, koleksi baju yang dijual
itu adalah barangan peribadi yang
dibeli sendiri.
Malah, beberapa baju bertanda
‘sample’ atau contoh yang terdapat
dalam akaun media sosial miliknya
itu juga merupakan baju model yang
dibeli di sesebuah butik.
“Salam, semua barang
pre-loved
di
akaun media sosial ini semua barang
yang saya beli. Tak pernah dan tak akan
pernah jual barang yang saya dapat
percuma. “Sample (contoh) yang
dimaksudkan adalah baju
sample
yang
dipakai sewaktu sesi fotograi produk
(baju model) yang ada satu saiz sahaja
dan dijual di butik tersebut.
“Dan satu-satunya saiz yang sesuai
dengan saya tanpa perlu ubah suai.
Lepas itu sekarang dah tak muat dan
saya nak
let go
la,” kata Wany.
Penyanyi lagu
Terlalu Muja
itu
tampil menjelaskanperkara tersebut di
InstaStory miliknya selepas menerima
mesej daripada individu yang kurang
senang dengan perkara itu.
“Dapat barang percuma lepas itu
jual kat orang, hebat-hebat permainan.
Jelas kat situ ***
sample
,” tulis individu
Model sensasi, Nicole Poturalski menjadi
perbualan hangat warganet apabila
digosipkansedangmenjalinkanhubungan
cinta dengan pelakon Brad Pitt.
Menerusi laporan
US Magazine
, Nicole
menerima pelbagai kecaman dan tudu-
han kononnyamenjadi perosak hubungan
Brad Pitt dan bekas isteri Angelina Jolie.
Pelbagai dakwaan dan tuduhan
dilemparkan kepada gadis berusia 27
tahun ini sehingga laman sosial miliknya
dibanjiri denganpelbagai komennegatif.
Berang dengan tindakan warganet itu,
Nicole meminta mereka supaya tidak
lagi mengikutinya di laman sosial.
“Sangat menyedihkan apabila me-
reka tulis komen begitu... jangan
follow
orang yang kamu tak mahu lihat atau
tak suka. “Sangat mudah! Sentiasalah
jadi baik dan berbuat baik dengan se-
mua orang.
“Apa untungnya berbuat demikian
(komen kebencian)? Saya nak tahu dasar
PERSEMBAHAN NORANIZA
IDRIS CURI PERHATIAN
Konsertminggupertamaprogram
Gegar
Vaganza
musim
ketujuh
(GV7)
menyaksikan kesemua 14 penyanyi
profesional yang bertanding terselamat
daripada penyingkiran.
Konsert bertemakan
Grand Konsert:
Lagu-lagu popular nyanyian bintang GV
itu diadakan di Putrajaya International
Convention Center (PICC) baru-baru
ini.
GV7 masih mengekalkan Datuk Ramli
MS sebagai juri tetap bersama Datuk
Khadijah Ibrahim.
Manakala, juara-juara Gegar Vaganza
dari musim pertama sehingga keenam
iaitu Ayai, Siti Nordiana, Azharina,
Aishah, Noryn Aziz, Naqiu dan Hardy
Mirza tampil sebagai juri jemputan
secara bergilir-gilir.
Kesemua peserta diadili 100 peratus
menerusi pemarkahan daripada barisan
juri.
Rata-rata juri memberikan komen
berpuas hati dengan persembahan
kesemua peserta dan menantikan
sesuatu yang lebih pada konsert minggu
hadapan.
Antara yang menarik perhatian juri
ialah persembahan Noraniza Idris dan
Mus.
“Masih bertenaga... tinggi lagu
tu. 35 tahun menyanyi, apabila kamu
buat persembahan dan seni itu datang
menghormati kamu semula, ” kata Ramli
MS terhadap persembahan Mus.
“Pesembahan Kak Ani sangat
menakjubkan!” komen Naqiu kepada
Noraniza Idris.
Dalam konsert minggu pertama, Cliff
menyampaikan lagu
Wanita Seluruh
Dunia
, Yantzen (Medley Tiada lagi Aku
& Insan), Mus (Sendiri & Biru Mata
Hitamku), Oja (Dasira), Nomad (Tetap
Menantimu) dan Aju Success (Ku Basuh
Luka Dengan Airmata).
Manakala peserta wanita iaitu
Haslinda (Sehati Sejiwa), Ashira (Di
Ombak Resah), Ayu Damit (Hanya Di
Mercu), Rozita Izlyn (Dunia Kita Berbeza),
Linda Nanuwil (Jika Kau Kekasih)
dan Noraniza Idris (Medley Dondang
Dendang & Dikir Puteri).
Dua peserta berkumpulan pula
iaitu Indigo mempersembahkan lagu
Istimewa dan Eva (Bulan Cinta).
Anugerah mingguan dimenangi oleh
Linda Nanuwil.
Gegar Vaganza 7
masih mengekalkan
MinggupembukaankonsertGV7menyaksikanNoraniza Idrismencuri perhatian juri danpeminat.
– Agensi
hos yang sama iaitu Nabil Ahmad dan
Jihan Muse.
Bagaimanapun, minggu ini Nabil
tidak dapat hadir kerana kurang sihat
dan digantikan oleh Datuk AC Mizal.
– Agensi
Wany Hasrita dedah baju
bukan dapat percuma
tersebut.
Dalampada itu,Wanymemberitahu
individu tersebut tidak perlu berasa
bimbang kerana dia masih menjaga
dan mementingkan etika serta
keberkatan dalam setiap apa yang
dilakukannya.
“Jangan risau, saya masih lagi
mementingkan etika dan keberkatan,”
ujarnya. – Agensi
Nicole Poturalski serik
kecaman warganet
Nicole Poturalski meminta warganet untuk
tidakmengikutinya lagi di lamansosial selepas
menerima pelbagai kecaman. – Agensi
pemikiran apa yang membuatkan kamu
komen begitu?” katanya. – Agensi
Sana Khan tinggalkan
dunia hiburan
Pelakon popular Bollywood, Sana Khan
mengambil keputusan berhijrah dan
memaklumkan akan meninggalkan
dunia hiburan buat selama-lamanya.
Menurut laporan
Hindustan Times
,
Sana memberi bayangan dia tidak
ingin lagi berkecimpung dalam industri
hiburan dan mahu mendekatkan diri
dengan agama.
Menerusi Instagram, Sana berharap
keputusannya itu tepat dan berdoa
supaya Allah akan menghapuskan dosa-
dosa yang pernah dilakukan olehnya
sebelum ini.
“Saya minta pada semuanya untuk
mendoakan supaya Allah menerima
taubat saya dan memberi saya
kemampuan untuk meneruskan hidup.
“Sesuai dengan tekad saya untuk
menghabiskan hidup mengikuti ajaran
pencipta dalam melayari kehidupan
sebagai manusia.
“Ingin saya menyatakan mulai hari ini
dan seterusnya, saya telah memutuskan
untuk mengucapkan selamat tinggal
pada gaya hidup hiburan saya
selamanya,” katanya.
Sana Khan memulakan karier seni
sejak 2005 dan telah membintangi
puluhan ilem serta drama televisyen.
Beberapa tahun kebelakangan ini,
namanya sering tersenarai sebagai
calon dalamprogram anugerah terbesar
di India dan Asia. – Agensi
Sana Khan mengambil keputusan berhijrah
meninggalkan dunia hiburan yang telah
diceburinya sejak 2005. – Agensi




