Selasa, 13 Oktober 2020
20
Kepentingan
menjaga
kebersihan
semakin ditekankan ketika dunia
berdepan dengan ancaman COVID 19.
Cecair atau gel pensanitasi tangan
dipandang sebagai satu kewajipan yang
perlu dimiliki sebagai salah satu langkah
untuk membasmi kuman. Selain itu,
penggunaan kertas tisu juga disarankan
sebagai amalan kebersihan terutama
selepas menggunakan tandas. Kertas
tisu rol sering kali menjadi pilihan
jimat namun tanpa tempat meletakkan
khusus akan menimbulkan kesukaran
terutama ketika ia terjatuh dan terbuka
dari gulungan. Untuk itu, dengan
merekanya sendiri, ia setentunya
mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Persediaan sebelummemulakan
projek
Sebelum memulakan projek rekaan,
terlebih dalu sediakan barangan
penting seperti kepingan papan, mesin
pemotong kayu, mesin gerudi, gam
kayu, pengepit kayu, mesin router,
ketam kayu atau mesin ketam, skru,
mata gerudi berdiameter 2mm (untuk
lubang skru) dan 8mm (untuk dowel),
dowel, kertas pasir, pahat kayu, pita
pengukur, pensel penanda, pahat kayu,
Langkah pembuatan satu persatu
Melalui langkah pertama pembuatan,
kepingan papan yang tersedia pada
awalnya perlu diratakan keseluruhan
permukaan bagi memastikan struktur
rak yang dicantumkan nanti mempunyai
ukuran yang sama rata.
Gunakan mesin ketam kayu untuk
melakukannya namun jika awda mahir
dalam penggunaan ketam tradisional
(manual),
menggunakannya
juga
mampu memberikan hasil akhir yang
hampir sama.
Jika mesin ketam sukar untuk
didapatkan atau dimiliki, membeli
kayu yang telah diketam dari kilang
merupakan pilihan yang ada namun ia
agak berharga sedikit dibandingkan
dengan yang masih kasar atau mentah.
Setelah permukaan kayu diratakan
menjadi ketebalan ¾”, papan tersebut
akan dipotongkan dengan lebar 6”
menggunakan mesin pemotong kayu.
Dengan lebar yang telah didapatkan,
kayu-kayu
tersebut
kemudiannya
akan dipotongkan dengan panjang
yang diperlukan iaitu sekeping kayu
berukuran 31”, sekeping berukuran
21”, sekeping berukuran 6″ ¾” dan tiga
keping kayu 6” serta sekeping kayu
dengan panjang 7”
Empat keping kayu berukuran 31”,
21”, 6″¾” dan 7” panjang pada salah satu
bahagian hujungnya akan dipotongkan
dengan sudut 45 darjah. Ia akan
memainkan peranan ketika dicantumkan
dengan bahagian lain di mana sudut
cantuman sebegitu akan menunjukkan
gaya rekaan yang tampak profesional
dan kemas selain cukup kukuh.
Langkah seterusnya ialah mereka
ruangan sokongan untuk menempatkan
kayu dengan panjang 6” pada bahagian
dalam. Sebelum memulakan langkah
tersebut, terlebih dahulu ruangan yang
perlu dibuangkan perlu ditandakan
menggunakan
pensel.
Ini
bagi
memastikan tidak berlaku kesilapan
dalam menetapkan kedudukan ketika
meneruskanprosesmembuang ruangan
kayu.
Untukmemudahkanprosesmenanda-
kanbahagiantersebut,gunakansekeping
kayu daripada bahagian rak kayu yang
telah dipotongkan (kayu 6”) yang
dijadikan panduan bagi menandakan
ukuran yang tepat yang kemudiannya
RAK KERTAS TISU HIASI RUANGAN
Oleh Amri HTZ
Ruangan dalam yang perlu direka untuk mencantumkan bahagian kayu berukuran 6” dan 6
¾”dengan kayu sebenar dijadikan panduan untuk menandakannya.
Mereka ruangan untuk kayu 6” menggunakan mesin pemotong kayu sebagai salah satu cara.
dengan tepat dan mudah.
Memandangkan mata gergaji tidak
mampu melakukan tugas dengan
satu langkah untuk mendapatkannya,
ia memerlukan awda melakukan
pemotonganberulang kali pada ruangan
ditandakan (perlu dibuang) tersebut. Ini
akan menghasilkan sedikit kepingan
kayu yang kekal tercantum di bahagian
tersebut dan bagi membuangkannya,
gunakan pahat kayu yang cukup tajam.
Bagi tempat menggantungkan kertas
tisu, kayu berbentuk ‘L’ akan direka
menggunakan mesin jigsaw, skroll atau
bandsaw. Bentuk ‘L’ yang direka adalah
bagi memastikan kertas tisu yang
ditempatkan nanti tidak akan terkeluar
ketika ditarik untuk digunakan.
Selesai melakukan langkah tersebut,
awda bolehlah beralih ke langkah
mencantumkan keseluruhan bahagian
menggunakan gam kayu.
Terdapat
dua
teknik
dalam
mencantumkan struktur rak iaitu
dengan cara mencantumkannya secara
langsung hanya menggunakan gam
kayu yang kemudiannya dikekalkan
kedudukannya menggunakan pengepit
kayu dan penggunaan dowel di setiap
bahagian cantuman untuk memastikan
kedudukannya tepat dan tidak mudah
teralih
ketika
tekanan
diberikan
menggunakan pengepit kayu.
Mula-mula cantumkan kayu-kayu
berukuran 6” dan 6″¾” (bahagian yang
tercantum dengan hujung kayu 21”
panjang) pada bahagian dalam kayu
dengan panjang 31”, diikuti dengan kayu
21” panjang dan 7” pada bahagian atas.
Setelah itu cantumkan kayu berbentuk
‘L’ yang direka untuk menempatkan
kertas tisu.
Setelah gam mengering, permukaan
kayu bolehlah disapukan dengan wood
wax atau varnis untuk melindungi
permukaannya. Rak kertas tisu yang
telah siap direka kini hanya perlu
ditempatkan di ruangan yang sesuai.
Selain kegunaan untuk kebersihan diri,
ia juga mampu menjadikan sesebuah
ruangan lebih teratur.
Kayu berbentuk ‘L’ direka menggunakan mesin bandsaw untuk menggantungkan kertas tisu.
Prosesmencantumkankeseluruhanbahagian
menggunakan gam kayu.
akan dilorek menggunakan beberapa
cara bersesuaian.
Salah satu cara ialah menggunakan
mesin router dengan mata yang
bersesuaian. Awda perlu mereka
ruangan dengan kedalaman ¼” dan bagi
lebarnya pula ialah ¾” sesuai dengan
ketebalan kayu.
Cara lain untuk mereka ruangan
tersebut dengan mudah ialah dengan
menggunakan
mesin
pemotong
kayu. Ruangan yang telah ditandakan
menggunakan pensel sebelumnya akan
dipotong juga dengan mata gergaji
yang dinaikkan (mata yang terkeluar
dari permukaan meja mesin) dengan
ketinggian ¼”.
Manakala cara tradisional yang
juga terbukti efektif ialah dengan
menggunakan pahat kayu. Dengan
mengetukbelakangpahatmenggunakan
tukul bersesuaian, bahagian yang
ditandakan akan dibuangkan perlahan-
lahan
sehinggalah
mendapatkan
kedalaman ruangan yang diperlukan.
Gunakan
vernier
caliper
untuk
memeriksa kedalaman yang diperlukan




