Selasa, 13 Oktober 2020
21
POLEWALI, INDONESIA
– Dikurung
saban hari dalam pondok kecil dan
kotor dengan ruang amat sempit untuk
berbaring, Raufmenjadi tawanankepada
isu kesihatan mental dan satu-satunya
cara penjaga mampu menjaganya
adalah dengan mengurungnya dalam
bilik.
Sementara
keadaan
tersebut
bukan sesuatu yang unik di Indonesia,
mangga, belenggu dan rantai sering
digunakan untukmengganti kekurangan
peruntukan kesihatan mental di negara
yang mempunyai jumlah penduduk
keempat terbesar di dunia itu.
Namun pandemik koronavirus telah
memburukkan masalah yang dihadapi,
memaksa ramai orang dirantai semula
selepas mereka dibebaskan berikutan
perubahan dalam sikap, dan akses
kepada ubat-ubatan dan penjagaan
yang lebih baik.
Rauf, 40, menghabiskan berdekad-
dekad dipasang belenggu sehingga
beberapa tahun lalu, apabila dia akhirnya
dibenarkanberjalan-jalandengansendiri
– biasanya ke tempat kegemarannya,
sebuah pasar yang sibuk.
Bagaimanapun, virus telah memaksa
kaedah lama digunakan, dan dia sekali
lagi dibelenggu dan dikunci di kawasan
belakang rumah yang sempit di mana
dia makan, tidur dan membuang air
besar.
“Kami tidak mahu dia dijangkiti virus
tatkala kami mendapat tahu keadaan
menjadi semakin buruk sekarang,”
kata Hasni, ibu saudara Rauf yang
menjaganya di Polewali di Sulawesi
Barat.
Dia juga bimbang sekatan virus
mungkin membatas akses Rauf untuk
mendapatkan ubat, dan bimbang dia
mungkin mencederakan dirinya sendiri
atau orang lain.
Mengurung orang dengan masalah
kesihatan mental merupakan perkara
biasa di Indonesia, terutamanya dalam
kalangan keluarga yang tidak dapat
mengendalinya atau mampu mendap-
atkan jagaan profesional.
Pelancong asing di Bali sering berasa
terkejut apabila terjumpa seseorang
yang dirantai pada pokok di kampung
yang mempunyai pemandangan indah.
Satu kempen kebangsaanmembantu
ribuan mendapatkan akses lebih baik
kepada rawatan kesihatan mental dan
ubat-ubatan, dan pakar percaya mereka
telah mencatat kejayaan – sehingga
virus melanda.
“Ia merupakan tragedi dengan
pandemik yang berlaku di banyak
negara termasuk di Indonesia,” kata
Kriti Sharma, penyelidik hak golongan
kurang upaya untuk Pemerhati Hak
Asasi Manusia (HRW).
Dalam satu laporan yang dikeluarkan
pada Selasa bertajuk ‘Hidup Dirantai:
MembelengguOrangdenganKecacatan
Psikososial di Seluruh Dunia,’ HRW
mendokumenkan ratusan ribu orang
dengan isu kesihatan mental – ada di
antaranya berusia 10 tahun – dikurung
bertahun-tahun lamanya.
Kecacatan psikososial – apabila pe-
nyakit mental mengganggu keupayaan
seseorang untuk berfungsi – boleh tim-
bul daripada mana-mana isu kesihatan
mental sekiranya kesan ke atas kehidu-
pan mereka adalah amat teruk.
Laporan itu dikeluarkan sebelumHari
Kesihatan Mental Sedunia pada Sabtu.
Kes-kes belenggu dikumpul sama
ada oleh pekerja lapangan, dilaporkan
oleh penduduk tempatan atau dikongsi
oleh saudara-mara mangsa yang tidak
dapat menjaganya.
“Ia adalah satu amalan yang ber-
leluasa, kejam dan berlaku secara ter-
buka dalam kebanyakan komuniti,” kata
Sharma.
Kementerian kesihatan Indonesia
– yang mencatat hampir 300,000
orang sebagai mengalami masalah
kesihatan mental – berkata ia telah
mencatat lebih daripada 6,000 kes
‘membelenggu’ dalam separuh tahun
pertama, pertambahan lebih daripada
1,000 sepanjang tahun 2019.
“Jumlah itu mungkin meningkat dua
kali ganda jika pandemik berlarutan,”
kata Siti Khalimah, pengarah hal ehwal
kesihatan mental di kementerian.
Menggambarkan angka terbaharu
sebagai ‘sebahagian kecil daripada yang
sebenarnya,’ diaberkata lebihbanyakkes
mungkin tidak dilaporkan disebabkan
rasa malu atau stigma sosial.
Perkhidmatan kesihatan mental telah
terjejas teruk oleh sekatan koronavirus,
tambah beliau, dengan pesakit tidak
dapat mengunjungi klinik, atau pekerja
kesihatan mengadakan lawatan ke
komuniti.
Sodikin, 34, dibebaskan pada 2016
selepas menghabiskan lebih lapan
tahun dirantai di Cianjur, Jawa Barat.
Satu kombinasi ubat dan khidmat
nasihat bermakna perkembangannya
adalah mengagumkan, dan pa-
da 2018 dia mula bekerja di
sebuah kilang pakaian – menjadi
pencari nakah untuk keluarga.
PESAKIT MENTAL
KEMBALI DIRANTAI,
BELENGGU
Seorang lelaki dengan keadaan kesihatan mental dibelenggu dalam sebuah pondok oleh
keluarganya di Majene di Sulawesi Barat. – AFP
Seorang lelaki dengan masalah kesihatan mental bercakap kepada ibunya (kiri) dalam bilik
berkunci di rumahnya di Labuhan Haji di wilayah Aceh Selatan. – AFP
Namun kini dia dikurung sekali lagi
selepas sekatan koronavirus memu-
tuskan akses kepada ubat-ubatan dan
perkhidmatan kesihatan mental dalam
komuniti.
“Dia tidak menimbulkan masalah
selama sembilan tahun, tetapi sejak
pandemik, dia menjadi tidak terkawal,”
beritahu abang Sodikin, Mustafa kepada
AFP
.
“Kami tidak mempunyai pilihan
melainkan mengurungnya. Jika dia
mengambil ubat, dia rasa sihat, tetapi
jika ubatnya habis, dia menjadi tidak
terkawal.
“Kami tidak mempunyai wang untuk
membeli ubat.”
Di Sulawesi Barat, seorang lagi
pesakit – bapa kepada empat orang
anak, Ahmad, 38 tahun – sedang tidur
dalam sebuah bangsal dengan kaki dan
tangannya dirantai apabila seorang
wartawan
AFP
mengunjunginya.
“Kami tidak mempunyai wang untuk
mendapatkan rawatan,” kata abangnya,
Nurdian.
“Walaupun sebelum pandemik, kami
sedang bergelut – kini situasi adalah
lebih sukar.
“Cara ini kami boleh meneruskan
kerja-kerja kami di ladang tanpa berasa
bimbang mengenai dirinya,” tambah
beliau.
“Kami berasa sedih melihatnya
dirantai seperti ini, tetapi ia merupakan
satu-satunya pilihan yang ada.” – AFP




