22
Selasa, 13 Oktober 2020
SAO PAULO, 12 OKT –
Penyerang veteran Brazil,
Robinho telah bergabung
semula dengan kelab
masa kecilnya Santos,
yang di-tinggalkan untuk
menyertai Real Madrid se-
masa dia berusia 21 tahun
sebelum berpindah ke
Manchester City dan AC
Milan.
Pemain berusia 36
tahun itu membuat per-
janjian lima bulan den-
gan membayar jumlah
nominal sekitar 230 euro
(AS$250) sebulan den-
gan bonus dan dilanjut-
kan sekiranya semuanya
berjalan lancar.
“Ini selalu menjadi ru-
mah saya, sangat istimewa
untuk kembali ke sini di
mana karier saya bermula,”
katanya.
Robinho sebelum ini
telah dihukum penjara ke-
rana melakukan kesalahan
merogol di Itali pada tahun
2017.
Robinho
terkenal
dengan
menjaring-
kan banyak gol di Rio,
sebelum menyertai Real
Madrid pada tahun 2006.
Pemain tengah yang
berbakat dan hebat ini per-
nah memenangi gelaran
liga bersama Real dan
Milan dan juga telah mem-
buat penampilan ke-100
untuk Brazil dan pernah
memenangi Piala Amerika
dan Piala Konfederasi.
– AFP
ENGLAND BANGKIT
TEWASKAN BELGIUM
LONDON, 12 OKT –
England
menduduki tempat pertama
dalam peringkat kumpulan
Liga Negara-negara UEFA se-
malam setelah jaringan Marcus
Rashford dan Mason Mount
memberikan kemenangan buat
England selepas menewas-
kan Belgium 21 di Stadium
Wembley.
Belgium tiba di London se-
bagai pasukan nombor satu
di dunia, selepas meraih 12
kemenangan
berturut-turut
dalam pertandingan kom-
petitif. Jaringan penalti di
awal perlawanan oleh Romelu
Lukaku merupakan permulaan
yang cerah daripada pasukan
Roberto Martinez.
Tetapi dendam England ter-
balas berikutan dua kekalahan
lalu ketika kedua-dua pasukan
bertemu di Piala Dunia 2018,
jaringan penalti Rashford dan
Mount membawa mereka ke
puncak Liga A , Kumpulan 2.
Pengurus England, Gareth
Southgate membuat sembilan
perubahan dari kemenangan
perlawanan persahabatan 30
ke atas Wales pada Khamis
lalu dengan Dominic Calvert-
Lewin antara dua pemain yang
dikekalkan berikutan ketiadaan
ketua pasukan Harry Kane,
yang duduk menyaksikan per-
lawanan di bangku simpanan.
Southgate
juga
tanpa
Raheem Sterling dan Ben
Chilwell kerana mengalami ke-
cederaan, sementara Jadon
Sancho bermula di bangku
simpanan setelah melanggar
peraturan COVID19 hujung
minggu lalu.
Ketiadaan mereka memberi
kesan buruk kepada pasukan
tuan rumah, yang bergelut un-
tuk mencipta peluang.
Pasukan Martinez menda-
hului perlawanan di minit ke-
16 menerusi jaringan penalti
Lukaku selepas kekasaran yang
dilakukan oleh Eric Dier.
Namun England berjaya
menyamakan kedudukan ketika
Meunier menjatuhkan Jordan
Henderson di dalam petak
penalti yang dijaringkan oleh
Rashford.
Jaringan kedua England di-
jaringkan oleh Mount dengan
melambungkan bola melepasi
Toby Alderweireld ke sudut
gawang. – AFP
Aksi MasonMount, (tengah) ketikameraikan jaringan gol kedua pasukannya
semasa perlawanan Liga Negara-negara UEFA antara England dan Belgium
di StadiumWembley, London, semalam. – AP
Pertembungan juara dunia,
juara Eropah seri tanpa jaringan
PARIS, 12 OKT –
Perancis
dan Portugal seri tanpa ja-
ringan di perlawanan Liga
Negara-negara UEFA yang
berlangsung di Stadium
Stade de France semalam
untuk merebut tempat per-
tama Liga A, Kumpulan 3.
Walaupun kedua-dua pa-
sukan memiliki banyak pe-
nyerang berbakat, Portugal,
juara Liga Eropah dan juara
bertahan Liga Negara-
negara dan Perancis, juara
Piala Dunia, hanya berjaya
melakukan empat percu-
baan gol di antara mereka.
Perancis sebelum ini
memenangi lima perlawan-
an dan telah menjaringkan
11 gol dalam dua perlawan-
an terakhir mereka semen-
tara Portugal memenangi
empat perlawanan terakhir
mereka.
Namun perlawanan se-
malam seperti perlawanan
ulangan ¡inal Euro 2016 di
stadium yang sama yang
mana berakhir dengan 00
selepas 90 minit sebelum
Eder menjaringkan gol ke-
menangan untuk Portugal
pada masa tambahan.
Pemain
pertahanan
Porto, Pepe melakukan
jaringan dengan menanduk
bola dari sepakan sudut tetapi
dibatalkan kerana ofsaid dan
percubaan Cristiano Ronaldo,
yang mengejar jaringan ke-102
antarabangsanya, diselamat-
kan oleh Hugo Lloris.
“Kami tidak menjaringkan
gol, tetapi kami di sini untuk
mencetak gol,” kata jurulatih
Portugal, Fernando Santos.
“Perancis adalah pasukan
yang hebat. Mereka mempu-
nyai pemain hebat dan selalu
mencipta peluang.”
Kylian Mbappe mempu-
nyai peluang satu lawan satu
dengan penjaga gawang Rui
Patricio namun gagal.
Kumpulan 3, Portugal men-
dahului Perancis dengan per-
bezaan gol, diikuti dengan
Croatia berada di tempat ke-
tiga dan Sweden. - AFP
Penyerang Portugal, Ronaldo dan penyerang Perancis, Kylian Mbappe pada
akhir perlawanan Liga Negara-negara UEFA antara Perancis dan Portugal,
semalam di StadiumStade de France di Saint-Denis, Paris. – AFP
Lyndon Dykes wira Scoltland
GLASGOW, 12 OKT -
Scotland
meneruskan rekod tanpa kalah
mereka kepada tujuh perlawan-
an ketika jaringan LyndonDykes
memberikan kemenangan 10
ke atas Slovakia di Liga Negara-
negara UEFA yang berlangsung
di Hampden semalam.
Pasukan Steve Clarke bera-
da di puncak Liga B Kumpulan 2
gembira dengan persembahan
Reaksi penyerangScotland, Lyndon
Dykes ketikameraikankemenangan
semasa perlawanan Liga Negara-
negara UEFA menentang Slovakia
di StadiumHampdenPark, Glasgow
semalam. – AFP
pasukan Scotland yang me-
nempah tempat ke ¡inal kelaya-
kan Euro 2020 pada pertenga-
han minggu lalu.
Perjalanan ke Serbia bulan
depan memberi peluang kepa-
da Scotland untuk layak ke ke-
johanan utama untuk pertama
kalinya dalam 22 tahun. Tetapi
kempen Liga Negara-negara
juga dapat memberi peluang
untuk mencapai impian ke Piala
Dunia pada tahun 2022.
Clarke membuat empat
perubahan daripada perlawa-
nan mengalahkan Israel pada
pertengahan minggu lalu dan
diberi penghargaan dengan
persembahan yang lebih he-
bat. Dykes telah mencatat dua
gol dalam empat penampilan
untuk negaranya.
Slovakia mengakhiri hara-
pan Republik Ireland untuk
mara ke Kejuaraan Eropah ta-
hun depan di perlawanan ke-
layakan pada Khamis lalu.
Oli McBurnie hampir berjaya
menjaringkan gol pertamanya
di Scotland ketika tandukan
penyerang Shef¡ield United itu
terkena palang. Tetapi satu gol
sudah cukupuntukmemastikan
tuan rumah meninggalkan satu
mata daripada Republik Czech,
yang mengunjungi Hampden
Rabu ini. – AFP
Robinho kembali ke Santos




