Rabu, 14 Oktober 2020
13
DUBAI, 13OKT
– Penerbangan langsung
di antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu
(UAE), dijangka bermula pada Oktober
selepas perjanjian pemulihan bersejarah,
akan ditunda sehingga Januari disebab-
kan koronavirus, kata pegawai Israel hari
ini.
Penerbangan itu, salah satu hasil
perjanjian paling ketara yang dimeterai
di Rumah Putih pada bulan lalu, bertu-
juan membuka peluang pelancongan
dan perniagaan untuk menghapus ke-
melesetan akibat COVID19 yang telah
menjejas ekonomi negara mereka.
Namun sekatan kedua di Israel, yang
kini mencatat kadar jangkitan tertinggi
per kapita di dunia, telahmenangguhkan
rancangan tersebut.
“Saya rasa dengan COVID19, kami
beroperasi dengan tangan terikat,”
beritahu penolong datuk bandar
Baitulmaqdis Fleur Hassan-Nahoum
kepada
AFP
semasa satu lawatan ke
Dubai, anggota UAE.
“Sepatutnya penerbangan langsung
bermula pada Oktober, kemudian Israel
dikenakan sekatan. Sekarang, apabila
saya bercakap dengan pegawai di sana
sini, kami memutuskan pada minggu
pertama Januari,” kata Hassan-Nahoum,
yang juga pengasas bersama Majlis
Perniagaan UAEIsrael. - AFP
DAMSYIK, 13 OKT
– Presiden Syria
Bashar al-Assad hari ini mengisytihar-
kan malapetaka negara selepas me-
meriksa tanaman yang dimusnahkan
oleh kebakaran hutan yang telah me-
landa kawasan pantai Mediterranean
negaranya.
Seramai 25,000 orang telah
meninggalkan rumah mereka, kata
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), dalam satu tamparan baharu ke
atas rantau yang merupakan tonggak
sokongan untuk kerajaan Assad.
Kebakaran, yang meletus akibat
cuaca kering pada Jumaat, telah me-
musnahkan lebih daripada 9,000 hek-
tar tanah ladang dan hutan di wilayah
pantai Latakia dan Tartus, serta pulau
Homs.
Di wilayah yang paling teruk terje-
jas Latakia, penduduk terkorban dan
sekurang-kurangnya 70 dimasukkan
ke hospital, kata pejabat hal ehwal ke-
manusiaan PBB.
Assad berjanji akan memberikan
bantuan kepada penduduk di kawasan
terjejas, terutamanya petani yang
telah kehilangan tanaman mereka.
“Ia adalah malapetaka negara...
WASHINGTON, 13 OKT
–
Presiden Amerika Syarikat (AS)
Donald Trump disahkan negatif
COVID19 untuk ‘dua hari ber-
turut-turut,’ kata doktor Rumah
Putih Sean Conley semalam,
lapor agensi
Anadolu
.
“Sebagai tindak balas ter-
hadap pertanyaan anda men-
genai ujian COVID19 terbaharu
Presiden, saya boleh memberi-
tahu anda bahawa beliau telah
diuji NEGATIF, untuk dua hari ber-
turut-turut, menggunakan kad
antigen Abbott BinaxNOW,” kata
Conley dalam satu kenyataan.
Perkembangan itu diumum-
kan ketika Trump akan men-
gadakan kempen pada malam
Isnin di Florida. – Bernama
RINGKASAN
Peserta sakit,
percubaan vaksin
dihentikan
WASHINGTON, 13 OKT
–
Syarikat farmaseutikal Amerika
Syarikat (AS) Johnson & Johnson
berkata semalam ujian klinikal
vaksin COVID19 ditangguh-
kan sementara apabila seorang
peserta dilaporkan sakit, lapor
agensi berita
Xinhua
.
“Kami menghentikan se-
mentara dos seterusnya dalam
semua ujian klinikal vaksin per-
cubaan COVID19 termasuk per-
cubaan fasa tiga,” kata syarikat
itu dalam satu kenyataan.
Keadaan pesakit sedang
dikaji dan dinilai oleh Lembaga
Pemantau Keselamatan Data, ka-
tanya. Memandangkan banyak
percubaan dikawal oleh plase-
bo, tidak jelas sama ada peserta
menerima rawatan kajian atau
plasebo, menurut syarikat itu.
Percubaan
klinikal
fasa
tiga vaksin COVID19 Johnson
& Johnson bermula pada 23
September. – Bernama
E-skuter
lebihi had laju
dirampas
COPENHAGEN, 13 OKT
–
Polis di Oslo telah merampas
sebuah skuter elektrik milik
persendirian dengan kelajuan
terpantas 58 kilometer sejam,
yang mencatat hampir tiga
kali ganda had kelajuan yang
ditetapkan.
Skuter elektrik itu dirampas
semasa program kawalan se-
malam di pusat bandar Oslo
dalam operasi bersama dengan
Pentadbiran Jalan Raya Awam
Norway di mana dua skuter
elektrik disuruh berhenti kerana
disyaki memecut melebihi had
laju yang dibenarkan.
Pemilik berdepan pendak-
waan, kata polis, namun tidak
berkata hukuman yang mungkin
dikenakan ke atas mereka.
Skuter elektrik mempunyai
had maksimum 20 kilometer se-
jam, menurut polis Oslo. - AFP
Trump disahkan
negatif COVID19
WHO: KONSEP KEKEBALAN
KELOMPOK TAK BERETIKA
GENEVA,13OKT
–PertubuhanKesihatan
Sedunia (WHO) memberi amaran terha-
dap cadangan sesetengah pihak supaya
membiarkan penularan COVID19 supaya
masyarakat dapat membina ‘herd immu-
nity’ atau kekebalan berkelompok.
Ketuanya,
Tedros
Adhanom
Ghebreyesus berkata perbuatan itu tidak
beretika kerana ia hanya berkesan bagi
program vaksin di mana penduduk boleh
dilindungi kerana sebahagian besarnya
sudah mendapat vaksin.
“Kekebalan berkelompok ini dicapai
dengan melindungi masyarakat, bukan-
nya mendedahkan mereka kepada vi-
rus,” katanya pada sidang media secara
maya. Tegas beliau, tidak pernah dalam
sejarah kesihatan awam di mana konsep
kekebalan berkelompok digunakan se-
bagai strategi menangani wabak, apa-
tah lagi pandemik seperti COVID19.
Tedros berkata tindakan bergantung
kepada kekebalan berkelompok dalam
keadaan seperti ini akan menimbulkan
masalah, baik dari segi sainti¤ikmahupun
etika.
“Membenarkan penularan virus ber-
bahaya yang kita tidak ketahui sepenuh-
nya adalah perbuatan tidak beretika dan
bukannya satu pilihan bijak. Kita belum
ada pengetahuan mencukupi menge-
nai perkembangan kekebalan terhadap
COVID19 termasuk tahap kekuatan
kekebalan dan berapa lama antibodi
terbabit dapat kekal dalam badan,” ka-
tanya. – AFP
Labu 2,350 paun menangi pertandingan
HALF MOON BAY, CALIFORNIA, 13
OKT
– Terkurung di rumah disebabkan
pandemik telah mendatangkan keun-
tungan kepada seorang guru horti-
kultur Minnesota yang menggunakan
masa tambahan untuk menyiram dan
membaja labu besar yang memenangi
pertandingan labu pada tahun ini.
TravisGiengerdari Anoka,Minnesota,
meluangkan masa lapangnya di kebun
labu di kawasan belakang rumah,
menyiram tanamannya sehingga 10
kali sehari dan membajanya sekurang-
kurangnya dua kali sehari.
Gienger, 40, kemudian membawa
labu gergasinya selama 35 jam untuk
melihat usahanya mendatangkan ke-
untungan pada Kejohanan Timbangan
Labu Dunia ke-47 di Half Moon Bay, se-
latan San Francisco, di mana labunya
mempunyai berat 2,350 paun.
“Ia mendebarkan kerana sepanjang
perjalanan saya asyik ber¤ikir, ‘adakah
ia akan berjaya?” Dan akhirnya apabila
ditimbang, ia merupakan labu yang
terakhir dan kemenangan ini sungguh
menakjubkan,” kata Gienger.
Gienger,
guru
landskap
dan
hortikultur di Kolej Teknikal Anoka, telah
menanam labu sejak remaja, didorong
oleh bapanya yang juga menanam
tanaman itu. Ia adalah kali pertama dia
Travis Gienger, dari Anoka, Minnesota, bergambar bersama labunya, yang mempunyai berat
2,350 paun, memenangi Kejohanan Timbangan Labu Dunia di Half Moon Bay pada 12 Oktober
2020. – AFP
menyertai pertandingan tetapi dia tidak
pasti sama ada akan kembali pada tahun
depan.
Juara labu pertama kali itu
memenangi AS$16,450, atau AS$7 se-
tiap paun, untuk labu jingga yang akan
dipamerkan semasa satu perarakan di
Half Moon Bay pada lewat Isnin. – AP
Penerbangan Israel-
UAE ditunda Januari
Assad isytihar kebakaran hutan
‘malapetaka negara’
Gambar yangdikeluarkankelmarindi laman
Facebook menunjukkan Presiden Bashar
Assad (dua dari kiri) bercakap dengan
penduduk semasa lawatannya ke wilayah
Latakia, Syria. – AP
kemanusiaan, ekonomi dan alam seki-
tar,” kata Assad.
“Kerajaan akan menanggung be-
banan terbesar dalam menawarkan
bantuan ini,” kata beliau.
Kebakaran hutan sering berlaku
di Syria pada musim panas, begitu
juga di negara jiran Israel, Lubnan dan
Cyprus.
Namun kebakaran minggu ini
adalah lebih besar daripada biasa,
menurut penduduk. – AFP




