Rabu, 14 Oktober 2020
14
BEIJING, 13OKT–
PerdaganganChina
meningkat pada bulan September ke-
tika permintaan global untuk penutup
mulut dan hidung serta bekalan pe-
rubatan meningkatkan eksport dan
pembukaan semula ekonomi memberi
kelebihan kepada pengeluar berban-
ding pesaing asing.
Eksport meningkat 9.9 peratus ber-
banding tahun sebelumnya kepada
AS$239.8 bilion, naik dari 9.5 peratus
pada Ogos, pertumbuhan bagi bulan
keempat berturut-turut, data kastam
menunjukkan hari ini.
Import meningkat 13.2 peratus ke-
pada AS$202.8 bilion, naik daripada
2.1 peratus bulan sebelumnya ketika
ekonomi kedua terbesar di dunia itu
kembali mendapatkan momentum.
Eksport mengalami ‘pemulihan
secara menyeluruh’ dalam tiga bulan
yang berakhir pada bulan September,
kata seorang jurucakap agensi
kastam, Li Kuiwen. Katanya, China te-
lah mengeksport penutup mulut dan
hidung serta bekalan perubatan lain
bernilai 1 trilion yuan (AS$150 bilion).
China telah berjaya mengatasi
kekurangan bekalan global, kata Li
pada sidang akhbar. Pengeksport
China meraih semula keuntungan
selepas sekatan perjalanan dan per-
dagangan berakhir, di mana pihak
berkuasa menyatakan kemenangan
memerangi wabak tersebut pada bu-
lan Mac. Lebihan perdagangan global
China meningkat 6.6 peratus berban-
ding tahun sebelumnya. – AFP
WASHINGTON, 13 OKT –
Pandemik
COVID19 dijangka menelan kos AS$16
trilion, atau kira-kira 90 peratus daripa-
da Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
tahunan Amerika Syarikat (AS), lapor
agensi berita
Xinhua
.
Memetik artikel bekas Setiausaha
Perbendaharaan AS LawrenceSummers
dan ahli ekonomi Universiti Harvard
David Cutler pada Isnin, kira-kira sepa-
ruh jumlah itu adalah pendapatan yang
hilang akibat kemelesetan disebabkan
COVID19, dan selebihnya kesan ekono-
mi jangka pendek dan penurunan kualiti
kehidupan.
Artikel Jurnal Persatuan Perubatan
Amerika itu diterbitkan secara dalam
talian. Kerugian ekonomi menjadi empat
kali ganda daripada kos kemelesetan,
lebih dua kali jumlah perbelanjaan un-
tuk semua perang yang dilancarkan AS
sejak 11 September 2001, termasuk di
Afghanistan, Iraq dan Syria.
Untuk empat sekeluarga, anggaran
kerugian adalah hampir AS$ 200,000.
Sehingga malam Isnin, AS sudah
mencatat lebih 7.8 juta kes COVID19
disahkan dan lebih 214,000 kematian,
menurut data Johns Hopkins University.
Cutler dan Summers berkata output
lebih rendah bukan satu-satunya ukuran
kos ekonomi COVID19, kematian dan
penurunan kualiti hidup juga dapat diu-
kur daripada sudut itu.
Sebagai contoh kos ekonomi kema-
tian pramatang yang dijangkakan hing-
ga tahun depan dianggarkan bernilai
AS$4.4 trilion. – Bernama
BRUSSELS, 13 OKT –
Menteri-menteri
Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran
hari ini bahawa tempoh perjanjian per-
dagangan pasca-Brexit dengan London
hampir tamat dan berkata mereka tidak
akan menolak peraturan persaingan
yang adil dan hak perikanan.
Tibadi Luxembourguntukpertemuan
di mana mereka akan diberi taklimat
oleh perunding EU MichelBarnier, para
menteri memberi amaran bahawa run-
dingan itu berada pada ‘tahap kritikal’.
"Dan kami sangat tertekan, waktu
hampir tamat," tegas Menteri Jerman
bagi hal ehwal Eropah, Michael Roth,
dua hari menjelang sidang kemuncak
utama EU. Pemimpin EU akan bertemu
pada hari Khamis dan Jumaat di Brussels
dan juga akan mendengar pendapat dari
Barnier, tetapi negara-negara anggota
tidak bersedia untuk memberi alasan
mengenai tuntutan teras mereka. – AFP
PKPB BENARKAN EKONOMI DAN
RANTAIAN BEKALAN DITERUSKAN
Seorang peniaga ikan celup tepung dan pisang goreng kelihatan memakai penutup mulut dan
hidung semasa menjalankan perniagaan pada tinjauan baru-baru ini. PKPB membenarkan
ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan meskipun terdapat sekatan pada sektor sosial dan
pendidikan. – Bernama
KUALA LUMPUR, 13 OKT –
Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
membenarkan ekonomi dan rantaian
bekalan diteruskan meskipun terdapat
sekatan pada sektor sosial dan pendidi-
kan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan
Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau mengakui usaha untuk me-
lindungi dan mencapai keseimbangan
antara kesihatan dan ekonomi berikutan
COVID19 ini merupakan satu cabaran.
“(Tetapi) kehilangan keseimbangan
bermakna kehilangan nyawa dan mata
pencarian. PKPBmembolehkan ekonomi
dan rantaian bekalan diteruskan tanpa
gangguan tetapi, sekatan dikenakan ke
atas sektor sosial dan pendidikan,” kata
beliau dalam hantaran Twitternya.
Ini berikutan PKPB akan dilaksana-
kan di Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya, bermula tengah malam 14
hingga 27 Oktober ini susulan pening-
katan kes COVID19 dan selepas kes ba-
haru dilaporkan adalah konsisten di tiga
tempat berkenaan setiap hari.
Bilangan kes baharu COVID19 di
Malaysia kekal tiga digit dengan 660
kes baharu dilaporkan hari ini, menjadi-
kan jumlah keseluruhan kini mencecah
16,880 kes. Jumlah kes aktif dengan ke-
bolehjangkitan turut meningkat kepada
5,345 kes, dengan dua kematian dilapor-
kan, menjadikan jumlah kematian akibat
pandemik ini sebanyak 163.
Pada sidangmedia yang diadakan se-
malam, Noor Hisham berkata walaupun
kes baharu dicatatkan kurang daripada
1,000 setiap hari, ia berselerak dan mula
menular di Kuala Lumpur dan Putrajaya
serta semua daerah di Selangor kecuali
Sabak Bernam.
Kerajaan tidakbolehhanyamelihat dan
menungguzon-zonkuningmenjadimerah
untuk melaksanakan PKPB atau Perintah
KawalanPergerakanDiperketatkan(PKPD),
katanya pada sidang akhbar secara maya
yang disiarkan di Facebook Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Dr Noor Hisham menjelaskan baha-
wa penilaian risiko sama ada teruk atau
tidak bukan hanya bergantung kepada
kes positif seharian tetapi juga perlu
melihat kepada corak penularan jangki-
tan dalam sesebuah negeri.– Bernama
Maersk kurangkan 2,000 pekerja
COPENHAGEN, 13 OKT –
Syarikat
perkapalan
gergasi
Denmark,
Maersk, hari ini mengumumkan
akan memberhentikan kira-kira
2,000 pekerja sebagai sebahagian
daripada
rancangan
penstruk-
turan semula, walaupun ia berkata
syarikat itu bernasib baik kerana
tidak terlalu terjejas penularan wa-
bak koronavirus.
Rancangan penstrukturan se-
mula pada awalnya diumumkan
pada bulan September yang me-
rangkumi lautan serta logistik dan
perkhidmatan syarikat. AP Moller-
Maersk, sebuah syarikat perkapalan
terbesar di dunia, telah menumpu-
kan semula aktiviti pengangkutan-
nya sejak 2017 dan mengatakan
angka awal menunjukkan suku ke-
tiga yang lebih baik daripada yang
dijangkakan untuk tahun ini.
Pendapatan untuk suku tersebut
dilaporkan bernilai AS$9.9 bilion (8.4
bilion euro), penurunan satu peratus
Gambar fail menunjukkan seorang pekerja memerhatikan kontena Maersk yang diletakkan di
sebuahpelabuhandi Copenhagen.Maerskmengumumkanakanmemberhentikankira-kira2,000
pekerja sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula. – AFP
berbanding dengan tempoh yang sama
tahun sebelumnya, walaupun berdepan
dengan kesan wabak global.
"Kadar pemulihan berlaku lebih ce-
pat daripada apa yang dijangkakan, kos
kami tetap terkawal dengan baik, tarif
pengiriman meningkat tatkala permin-
taan semakin kukuh dan kami mening-
katkan pendapatan dengan cepat di lo-
gistik. – AFP
Tempoh rundingan
pasca-Brexit
semakin singkat
Pertumbuhan perdagangan
Sept China meningkat
AS: Kos tangani pandemik
global cecah AS$16 trilion




