Previous Page  15 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 14 Oktober 2020

15

AK ZAKI

KASHARAN

SELAMI SEJARAHMELALUI

PERMAINANMENYERONOKKAN

Gabungan kreativiti dan minat menda-

lamnya terhadap sejarah tanah air, mem-

buatkan belia ini mencuba sesuatu yang

jarang dibuat pada zaman kecanggihan

teknologi ini, ketika lapisan masyarakat

daripada kanak-kanak, remaja, belia

orang dewasa malahan sebahagian

warga emas lebih tertarik bermain per-

mainan maya.

Namun ciptaan berani Awang Zaed

Hani ternyata menampilkan kelainan,

berinspirasi sejarah tanah air tercinta,

Negara Brunei Darussalam khususnya

sejarah lombong arang batu yang suatu

ketika dahulu pernah bertapak di Daerah

Brunei dan Muara.

Tarik minat kepada sejarah negara

Sejarah bandar perlombongan itu

dilahirkannya dalam bentuk permainan

kad diberi nama Letters to Brooketon

sebagai salah satu usaha menarik minat

dan mendedahkan sejarah tanah air

kepada generasi muda negara ini.

Brooketon diadaptasi daripada nama

lama bandar Muara dinamakan Charles

Brooke dalam tahun 1889 ketika Rajah

Sarawak itu mengambil alih bandar

Muara itu, di mana pentadbirannya

menubuhkan pejabat pos pertama.

“Ia merupakan cebisan sejarah ne-

gara yang saya tidak ketahui sebelum-

nya,” kata Awang Zaed, menambah ba-

hawa bandar lombong arang batu lama

itu suatu ketika dahulu bukan sahaja

menjana pendapatan lumayan bagi tu-

juan domestik, malah dieksport ke luar

negara.

Daripada sejarah itu dan himpunan

maklumat lain, beliau mula mencipta

permainan kadnya namun hanya meng-

gunakan sejarah bandar itu sebagai asas

atau gambaran sahaja dalam permainan

tersebut.

Ringkas tetapi menyeronokkan

Awang Zaed ketika ditemui penulis,

mengatakan Letters to Brooketon

berbeza dengan permainan kad lainnya

yang sering memakan masa pemainnya.

Letters to Brooketon agak ringkas dan

tidak memerlukan masa yang panjang.

Permainan berkisarkan pelombong

dan tikus mondok itu menggunakan

sebanyak 104 keping kad dan boleh

dimainkan antara tiga hingga enam

orang yang menggunakan sistem mata

(points) denganpemainperlumerangka

strategi bagi meraih lima mata terawal

untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Menceritakan permulaan mencipta

permainan itu, Awang Zaed menga-

takan, “Ketika negara di puncak pande-

mik, saya bekerja dari rumah dan ketika

bosan, saya mula mencari sesuatu un-

tuk dimainkan bagi memastikan interak-

si bersama rakan dan memberi peluang

kepada orang lain menjalinkan hubu-

ngan sambil berseronok.

“Dari situlah saya mencipta permain-

an ini dan mengambil masa sebulan

untuk menghasilkan dan mereka karya

seninya,” ujarnya.

Bangkit daripada kegagalan

Pengasas dan pemilik perusahaan

permainan di bawah nama Comet

Games ini pernah menghasilkan

permainan papan diberi nama Kawal,

namun ia kurang berjaya disebabkan

ukuran, berat dan kos penghasilannya

yang tinggi.

Namun kegagalan itu tidakmematah-

kan semangatnya menghasilkan Letters

To Brooketon yang mudah dibawa ke

mana-mana.

Beliau melancarkan permainan itu di

premis Games & Lattes di Kiulap pada

Ogos lalu dan menerima respons positif

dan menggalakkan daripada orang

ramai.

“Ia pertama kali saya menghasilkan

permainan seumpamanya dalam skala

besar,” katanya dengan rasa bangga.

Menurutnya lagi, setakat ini beliau

berjaya menghasilkan 150 set Letters of

Booketon dan habis dijual.

Beliau kini dalam proses mengha-

silkan lebih banyak set permainan kad

tersebut bagi memenuhi permintaan

para penggemarnya.

Awang Zaed juga percaya indus-

tri kreatif tempatan semakin berkem-

bang dan berharap lebih ramai yang

terbabit dalam perusahaan kreatif

seumpamanya.

Beliau turut menaruh harapan untuk

melebarkan lagi pemasaran produk per-

mainannya itu ke luar negara, terutama

negara jiran dan serantau dalam usa-

hanya memperkenalkan negara dan se-

jarah Brunei kepada dunia.

Awang Zaed bersama rakan-rakan bermain Letters to Brooketon semasa melancarkan permainan kad itu di Games & Lattes baru-baru ini.

Permainan kadmenyeronokkan yangmenampilkan secebis sejarah negara di Daerah Brunei dan

Muara.

Awang Zaed bersama Letters to Brooketon

yang diciptanya dalammasa sebulan.