Previous Page  16 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 16 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 14 Oktober 2020

16

INDIA BERGELUT TINGKATKAN

SEMULA EKONOMI

NEW DELHI

– Jutaan peniaga dan

pengilangIndiayangterjejasmenantikan

kedatangan musim perayaan pada

Oktober hingga Disember untuk

menyelamatkan perniagaan mereka

daripada bencana koronavirus.

Walau bagaimanapun, berbelanja

mungkin merupakan perkara terakhir

yang akan terlintas dalam ikiran ra-

mai warga India yang telah kehilangan

pekerjaan atau perniagaan mereka ke-

tika pandemik ini, dan tekanan semakin

meningkat terhadap Perdana Menteri

Narendra Modi untuk berusaha lebih

keras bagi mendapatkan kembali mo-

mentum perkembangan ekonomi, 8.2

peratus pada 2016ƒ2017, yang menjadi-

kan India sebagai salah satu ekonomi

utama yang paling cepat berkembang.

Perayaan-perayaan Hindu Dussehra,

Diwali dan Durga Puja yang berpanjan-

gan pada musim percutian Hati Natal

dan Tahun Baharu adalah waktu terbaik

untuk berbelanja ke atas barangan mahal

seperti emas, rumah dan kereta, pakaian,

telefon pintar serta peralatan elektronik.

Tahun ini berkemungkinan acara

tahunan tersebut akan kurang meriah,

kerana keperluan untuk memakai penu-

tup mulut dan hidung serta penjarakan

izikal masih berjalan, dengan vaksin

belum tersedia. Pihak kerajaan secara

perlahan-lahan telah mengendurkan

perintah berkurung ketat yang berjalan

selama dua bulan pada Jun, namun

jumlah perniagaan yang beroperasi

masih pada tahap suku hingga satu per-

lima daripada jumlah kebiasaannya dan

pelanggan-pelanggan pula masih lagi

pada jumlah yang sangat sedikit, kata

Praveen Khandelwal, setiausaha agung

Persekutuan Peniaga Seluruh India.

Pada bulan Ogos, Perdana Menteri

Narendra Modi telah mengumumkan

projek infrastruktur bernilai AS$1.46

trilion untuk memacu ekonomi yang

lembap dan memperuntukkan sebanyak

AS$2 bilion untuk menaiktaraf sistem

kesihatan negara tersebut.

Semuanya adalah kesinambungan

daripada pakej rangsangan ekonomi

berjumlah 1.7 trilion rupee (AS$22 bilion)

yang telah diumumkan pada Mac lalu,

termasuk penghantaran catuan bijirin

dan lentil kepada 800 juta penduduk,

60 peratus daripada penduduk negara

yang mempunyai jumlah penduduk

kedua tertinggi di dunia itu.

Antara subsidi-subsidi lain adalah

termasuk bantuan kewangan sebanyak

6,000 rupee (AS$80) setiap seorang

setahun kepada 86 juta petani miskin

dan silinder gas memasak percuma

kepada 83 juta wanita miskin sehingga

penghujung bulan September. Keadaan

ekonomi masih merosot sehingga 24

peratus pada suku April-Jun, dengan

dijangka akan terus merosot pada

Julai-September. Pihak kerajaan perlu

meningkatkan lagi usaha mereka,

kata pemenang anugerah Nobel

Abhijit Banerjee, seperti memberikan

bantuan kewangan secara terus kepada

orang-orang miskin dan yang lainnya

yang terjejas teruk akibat sekatan

berpanjangan. Bantuan pandemik India

hanya mencecah kira-kira sebanyak 1

peratus daripada keluaran dalam negara

kasarnya (KDNK), ujarnya, berbanding

di AS yang telah mencecah sehingga 10

peratus daripada KDNKnya pada Mac.

Krisis tersebut masih belum menun-

jukkan tanda-tanda ia akan berakhir, kes

koronavirus India telah melonjak daripa-

da 1 juta pada pertengahan Julai kepada

7 juta dalammasa kurang tiga bulan dan

jumlah kematian pula melebihi 100,000

orang.

KerajaanModi kekurangan peruntukan

untuk memberikan lebih banyak rangsan-

gan, meskipun begitu, ini disebabkan

permintaan kewangan yang tinggi untuk

mengatasi pandemik dan menghadapi

ketegangan antarabangsa dengan China

mengenai perbalahan sempadan di per-

gunungan wilayah Ladakh, di mana ke-

dua-dua belah pihak telah menempatkan

puluhan ribu orang tentera.

Penganalisis pertahanan mengang-

garkan India memerlukan sehingga 1

bilion rupee (AS$13 juta) sehari untuk

mengendalikan jentera tentera pada ke-

tinggian altitud 16,000 kaki jika kedua-

dua buah negara itu gagal mencapai

kata putus dalam perbalahan mereka

selama berbulan-bulan.

Perintah berkurung yang dikenakan

pada lewat Mac mengakibatkan lebih

10 juta pekerja migran kehilangan kerja

mereka di bandar-bandar. Ramai yang

memutuskan untuk pulang ke kampung

halaman. Kini mereka menghadapi caba-

ran untuk kembali dan mendapatkan se-

mula pekerjaan mereka di kilang-kilang.

“Hampir tiada pekerjaan di sana,”

kata Ram Ratan, 46, yang bekerja di

sebuah syarikat percetakan sebelum dia

pulang ke kampung pada April. “Kami

terus berkeliaran, mencari pekerjaan

tetap, namun kebanyakan kilang enggan

membenarkan kami masuk.”

Mansoor Ansari adalah antara ra-

tusan pekerja yang menunggu setiap

hari dalam apa yang dikenali sebagai

“bulatan buruh”, di kawasan perindus-

trian, berharap untuk diambil bekerja

oleh majikan-majikan. Sebelum perintah

berkurung, Ansarimempunyai pekerjaan

stabil di sebuah kilang pakaian di ban-

dar perindustrian Manesar berdekatan

New Delhi, memperoleh gaji sehingga

AS$200 sebulan, katanya. Dia mampu

membayar sewa dan mengirim wang

kepada isteri dan lima orang anaknya di

kampung di timur daerah Bihar.

Deshraj, bukan nama sebenar, kehi-

langan pekerjaannya sebagai pelayan

di sebuah gerai makan di Surat, sebuah

bandar di barat India yang terkenal den-

gan industri pemotongan dan penggi-

lapan berlian, pada musim bunga dan

bercucuk tanam di kampung halaman-

nya. Namun disebabkan hujan lebat

yang berlanjutan pada April telah me-

nyebabkan tanamannya rosak.

“Ini merupakan kisah yang biasa

kedengaran di kampung-kampung di

mana tanaman musnah akibat hujan

tidak bermusim, menyebabkan ra-

mai petani membunuh diri,” kata Raja

Bhaiya, yang menerajui sebuah pertu-

buhan bukan kerajaan untuk membantu

para petani. Dibandingkan dengan skala

yang diperlukan, bantuan kerajaan han-

yalah “sedikit,” Raghruram Rajan, bekas

gabenor Bank Rizab India, berkata da-

lam pos Linked In. Beliau menyamakan

bantuan tersebut dengan tonik.

“Apabila penyakit berjaya diatasi, ia

dapat membantu pesakit untuk bangkit

dari katilnya dengan cepat,” kata Rajan.

“Namun jika pesakit itu tenat, ia hanya

akan memberi sedikit kesan.”

Kerajaan berkata perkara buruk telah

berlalu. Sektor pertanian secara keselu-

ruhan meningkat pada kadar 3.4 pera-

tus. Dengan turunan hujan monsun,

India mungkin akan merekodkan seh-

ingga 301 juta tan metrik tuaian bijirin,

termasuk gandum, beras, biji-bijian, len-

til dan mustard, pada tahun kewangan

2020ƒ2021, empat juta tan metrik lebih

banyak berbanding 2019ƒ2020.

Sektor-sektor utama seperti arang

batu, minyak, gas, keluli dan si-

men semakin beransur pulih, kata

ketua penasihat ekonomi kerajaan,

Krishnamurthy Subramanian.

“Dengan pemulihan dalam bentuk-V,

adalah mungkin bagi cerun kenaikan itu

tidak akan selalu sama dengan cerun

kejatuhan, yang mana lebih drastik lagi,”

ujarnya. Antara kebaikan yang terlihat,

jenama-jenama domestik mendapat

rangsangan daripada boikot yang

dijalankan ke atas barangan buatan

China yang murah, dengan orang ramai

lebih memilih produk-produk buatan

tempatan, kata Khandelwal.

Bagi hampir 70 juta peniaga India,

yang menjadi majikan kepada kira-kira

400 juta penduduk, kadar peningkatan

tersebut mungkin belum cukup

memadai. Mereka cuba untuk tidak

menyimpan harapan yang terlalu tinggi

dengan kehadiran musim perayaan.

Sanyam Jain, 24, dan abangnya Ankit

Jain, 31, memiliki tiga buah kedai paka-

ian di New Delhi dan pinggir bandarnya,

setiap sebuah daripadanya mempe-

roleh lebih daripada AS$25,000 sebu-

lan sebelum perintah berkurung. Pada

tahun ini, mereka telah menutup salah

sebuah daripada kedai mereka dan akan

berasa gembira sekiranya hanya berjaya

menjual separuh daripada barangan

mereka.

“Kerajaan langsung tidak memberi-

kan sebarang bantuan kepada kami,”

kata Ankit Jain. Jualan selalunya men-

ingkat sehingga 20ƒ25 peratus semasa

musimpercutian, kataNitinMakkar, yang

menjalankan sebuah kedai di Noida di

luar bandar New Delhi. “Saya tidak me-

nyimpan harapan kerana orang ramai

mungkin akan mengehadkan pembe-

lian barangan keperluan dan mengelak

membeli barangan mewah.” – AP

Penjajabuah-buahanmenutupmukasebagai langkahberjaga-jagabagimenghindari koronavirus

sementara menanti pelanggan mereka di pasar borong di Bengaluru, India. – AP

Pekerja-pekerja migran kembali bersama barang-barangan mereka untuk mencari pekerjaan di

NewDelhi, India. – AP

Pekerja-pekerja migran Ram Ratan (tengah) dan Mansoor Ansari (duduk kanan) berbual-bual di

tepi jalan semasa mencari pekerjaan di Manesar, India. – AP